Saturday, August 12, 2023

MOVING ON

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirahim


Aku begitu TERASA dengan dia. Dan decide untuk let it go. We cannot change what happen & whether he loves me or not. If he does not choose me, I should go. Right away supaya aku tak buang masa aku dengan orang yang salah.


Aku betul-betul trauma dengan pilihan hati aku sendiri. Aku tak patut involve from the beginning. Itu hanya akan break my heart je at the end. Takut nak suka orang dan nak kenal orang. Dan ini membuatkan aku trauma nak kenal dengan mana-mana lelaki. 


Aku takut kalau dia akhirnya akan layan aku sama macam dia buat dekat aku. 


So, right now aku nak cari tips macam mana nak move on. 

Doakan saya boleh move on. I am sad. But I just ignore the feeling because I like to shutdown my feeling. 

I know kalau layan pun benda tu tak akan ke mana. I want to stop this cycle of tarik tali, hot&cold treatment. Never feel loved. 


Rasa pergi adalah lebih baik. I H.A.T.E. you 💔

Thursday, July 27, 2023

p.u.t.u.s c.i.n.t.a

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum




Aku tak tahulah kenapa aku begitu tidak bernasib baik dalam urusan cinta. Kenapa aku dilayan begitu sedangkan yang aku dambakan hanyalah sebuah balasan cinta daripadanya. 

Aku mengerti, dan akan pergi. Pergi selama-lamanya daripada dirinya. Terima kasih untuk kesudian selama lima bulan ini. Saya sangat happy mengenali dirimu. Tetapi tulah aku bukan reti sangat cintan cintun ni. End up lelaki tu jadi rimas dan benci dengan kita. 

So, decided to move on and will never going back again. Thank you kerana hadir dalam hidup ini. Awak ada di sisi saya mendengarkan keluh kesah saya semasa ayah saya jatuh sakit hari tu. Terima kasih kerana bagi support. 

Saya selalu  fikirkan harus bagaimana aku agar engkau bisa mencintaiku. Tetapi, saya tahu bukan dalam kawalanku untuk memegang hatimu. Semoga awak bertemu dengan kebahagiaan awak. Saya sayang awak (sambil menitis air mata). 

Terima kasih. Iloveyou. (Kata-kata yang tak dapat saya ungkapkan kerana saya pergi sebelum dapat mengungkapkannya)

😭

Monday, April 3, 2023

Abah Jatuh Sakit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.



15 Mac 2023

Aku cuti pada hari tersebut kerana Ma ada appointment di Klinik Mata HSNZ. Aku harus teman Ma sebab aku kan belajar pasal mata ni, so maybe aku yang lebih tahu pasal management doctor (walaupun dok la tahu mana hahaha)

Tapi, berdasarkan apa yang doktor beritahu hari tu, memang Ma kena buat operation untuk mata belah kiri dia sebab keadaan saraf yang semakin merosot.

Berbalik kepada cerita macam mana abah boleh jatuh sakit. Beberapa hari sebelum 15hb, kipas di dalam bilik aku tiba-tiba rosak. Seperti biasa aku selalu mengadu dekat abah kalau ada barang rosak ke, masalah dengan kereta ke. Nak buat macam mana; My Abah is My Hero. Mana au my Superman ni nak sampai. Lama dah tunggu awak. haha.

Jadi, abah ni bersemangat nak baiki kipas tu. Actually niat aku nak abah tahu je. Since duit gaji pun belum masuk lagi, so aku ingat nak tangguh ke akhir bulan baru nak beli kipas baru.

Tapi, abah tu insist nak baiki jugak. So, selepas balik daripada appointment mata ma tu, kami singgah beli kipas baru. 

Selepas makan nasi tengah hari, abah terus nak pasang kipas tu dekat syiling. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang. 

Aku tanya abah, kipas ni berat, mana boleh pasang sorang- sorang. Tapi, dia insist nak pasang jugak. So, semasa aku assist abah, tiba-tiba abah mengadu sakit kepala. Jadi, aku turunkan kipas tu dan suruh abah turun. Tetapi, sebab terlalu sakit kepala, abah jatuh di atas lantai pada tangga terakhir.

Kami semua papah abah keluar dan tiba-tiba abah muntah.

Abah muntah 3-4 kali. Dan sakit kepalanya tak tertahan-tahan walaupun kami dah cuba picit. 

Tiga jam kemudian, lebih kurang pada pukul 7.30 petang, pertuturan abah jadi tidak jelas dan tidak memberi respon apabila dipanggil.

Aku terkejut kerana tak expect yang sakit kepala boleh menjadi teruk seperti itu

Abah dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Selepas 4 jam di Yellow Zone, abah dibawa ke bilik bedah untuk pembedahan membuat saluran di otak. 

Alhamdulillah pembedahan selesai selepas 2 jam; iaitu pada pukul 3 pagi. Abah dimasukkan ke ICU dan aku pulang ke rumah pada pukul 4.30 pagi.

16hb Mac 2023-today: 3 April 2023

Imbasan kepala abah tidak begitu jelas (CTA) dan ini menyebabkan abah perlu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujan imbasan (DSA) dan pembedahan kedua (ketiga sebenarnya kerana abah terpaksa melalui pembedahan membina saluran baru setelah saluran lama - EVD - teralih kerana abah tu banyak bergerak).

Pembedahan kedua adalah pembedahan meletakkan clip di saluran darah yang pecah untuk menghentikan pendarahan. Terdapat dua salur darah yang bengkak (aneurysm) - 1 di bahagian kanan kepala, 1 di bahagian kiri kepala. Tetapi, hanya di bahagian saluran darah yang pecah sahaja diletakkan clip kerana pembedahan ini agak berisiko untuk dilakukan secara serentak.

Dan sehingga kini, abah masih di HKL. Semoga abah cepat sembuh dan boleh transfer ke HSNZ. Tetapi, kalau berada di HKL lebih baik, abah stay-lah sana sampai sembuh. 😥


Ramadhan

Ramadhan kali ini berbeza sungguh dengan tahun-tahun sebelumnya kerana mostly kami berpuasa di hospital, berulang-alik di hospital, dan di Kuala Lumpur. 

Semoga dapat beraya bersama kali ni. 

Wednesday, January 18, 2023

Perhimpunan Bulanan Siri 1/2023 : Oftal + ENT

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Pada hari Ahad baru-baru ini (15 Januari 2023)  telah diadakan perhimpunan bulanan di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA).

Perhimpunan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Oftalmologi dan Otorinolaringologi. Gabungan kedua-dua jabatan ini telah menjadikan program ini sebagai program pembuka tirai bagi perhimpunan bulanan untuk sesi tahun 2023 yang hebat sekali! 

Tahniah untuk semua ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus merancang dan menjadikan perhimpunan ini satu kejayaan. 

Perhimpunan kali ini mengambil TEMA menjadikan surau awam di Aras 1 sebagai Surau Angkat selain merekrut staf sebagai ahli Rakan Surau. Selain itu, tujuan perhimpunan diadakan untuk memperkenalkan dan mengwara-warakan Surau Angkat tersebut kepada orang ramai. Apabila ahli Rakan Surau telah dilantik, program-program yang akan dibuat di surau tersebut menjadi lebih mudah.

Sebelum majlis berlangsung, rehearsal dilakukan beberapa kali bagi memastikan perjalanan majlis lancar. Walaupun ada beberapa masalah teknikal semasa rehearsal, tetapi masalah tersebut berjaya diselesaikan oleh unit IT dan kejuruteraan dengan baik. 

Alhamdulillah selesai sudah semuanya. Kami semua amat berpuas hati. 

Jumpa lagi di perhimpunan tahun 2024 akan datang!! 👀

InsyaAllah. B

Sunday, January 1, 2023

Welcome 2023! Be Kind to Me yaaa

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Selamat Datang tahun baru 2023!

Tidak sangka rasanya baru semalam lahir ke dunia, tetapi pejam celik dah sampai ke usia 30-an sudah.

Kahwin pun belum. 😢

Saya berharap dengan kedatangan tahun baru ini, semoga Allah mempermudahkan jalan saya bertemu dengan jodoh saya. Biar lambat asal selamat. 

Semoga pada tahun ini saya boleh istiqamah:

1. Berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, 

2. Membaca Ma'thurat setiap kali selepas Solat Subuh, 

3. Membaca Al-Quran 1 helai setiap kali selepas solat Maghrib, 

4. Solat sunat Istikharah selepas solat Maghrib,

5. Rajin menunaikan solat sunat rawatib, 

6. Bangun tahajud setiap hari dan disusuli dengan mengaji Al-Quran, 

7. Berzikir 10 minit setiap hari, 

8. Bersenam 30 minit setiap hari di atas threadmill, 

9. Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur dan 

10. Rajin mengulangkaji ilmu optometri. 

11. Dapat menunaikan Haji bersama Ma & (Abah).

Semoga Allah mempermudahkan urusan pada tahun ini dan rezeki bertambah di samping mendapat keberkatan daripada Allah dan dipertemukan dengan jodoh dunia, akhirat yang baik, jaga solat lima waktu, boleh treat saya dengan baik, baik dengan ibu bapa dan keluarga, tidak mudah marah, bersabar, rajin cari rezeki untuk keluarga, suami yang bertanggungjawab dengan urusan nafkah isteri dan keluarga, tidak ambil ringan urusan nafkah keluarga, penyayang, ayah yang baik untuk anak-anak kita nanti. Amin.

Hopefully like this: 

I was always thinking that love was wrongBut everything was changed when you came alongOhohohAnd there's a couple of words I want to say
For the Rest of My LifeI'll be with youI'll stay by your side honest and trueTill the end of my timeI'll be loving you. loving you
B

Thursday, December 29, 2022

Banjir 19 Disember 2022

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Setakat pukul 4 petang, air sudah naik ke paras peha




Bermula hari Ahad baru-baru ini, hujan turun dengan lebatnya. Langit kelihatan sangat gelap pada hari tersebut. 

Hujan turun tidak menunjukkan tanda akan berhenti. Sejak semalam hujan turun sehinggalah paras air tiba-tiba naik secara mendadak menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Besut dan Setiu. Air mengalir deras seperti penempatan sebenarnya dibina di dalam sungai. 

Kebanyakan mangsa di kawasan tersebut berjaya diselamatkan dengan menaiki bot penyelamat dan dibawa ke pusat perpindahan banjir sementara. 

Sebenarnya, pada pagi hari Isnin itu, paras air sudah di takat buku lali di jalan utama di kampung saya. Dan di sepanjang laluan tersebut selalu banjir. Tetapi, kali ini, akibat daripada hujan turun tak berhenti, jalan tersebut terpaksa ditutup kerana air naik agak tinggi daripada biasa.

Saya sudah panik dan perasaan untuk pulang membuak-buak kerana sudah mengetahui bahawa jalan tersebut mudah dinaiki air dan kereta saya pula rendah dan tidak mampu mengharungi air banjir tersebut. Saya terpaksa mengambil jalan alternatif untuk pulang ke rumah kerana jalan tersebut sudah tinggi dinaiki air walaupun masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Tetapi menjelang malam, laluan di situ telah pun ditutup untuk semua kenderaan.

Terdapat beberapa laluan alternatif untuk balik ke rumah, tetapi semua jalan dinaiki air dan hanya satu jalan yang masih boleh dilalui iaitu jalan belakang melalui Kampung Durian Mas, Manir.

Alhamdulillah kampung saya pernah mengalami banjir yang paling teruk adalah pada akhir tahun 80-an. Tetapi, sejak itu, banjir tidak pernah menjengah lagi. Rumah tok saya pula berhadapan dengan Sungai Manir, tetapi Alhamdulillah walaupun air sungai sedikit lagi akan mencecah tebing, tetapi, akhirnya surut kerana hujan telah pun berhenti dan matahari pun telah memancarkan sinarnya semula.

Boleh dikatakan banjir kali ini, air cepat naik dan cepat turun. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mangsa-mangsa banjir dan supaya mereka mendapat bantuan yang sewajarnya atas kehilangan dan kerosakan barang-barang yang dimiliki. B

Thursday, December 15, 2022

LUNCH BREAK

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu bos kami Dr Emma belanja ahli jawatankuasa teknikal dan harga, makan tengah hari di McD Gong Badak. Aku telah memilih burger prosperity (daging lembu). Thank you Boss. Memang pada setiap tahun, McD akan buat promosi ni pada hujung tahun. So, jangan lepaskan peluang ini ok 😉 B