Sunday, September 23, 2012

HADIAH hari jadi ku

Assalamualaikum wbt...

Ok, saya ambil sedikit masa untuk update blog.

Actually I wanna say thank you to my bestfriend Wan Nur Amalina Wan A. Latif for the precious birthday present. Thank you so much! Hehe..
What a lovely present!

Walaupun lambat, I really appreciate it! Rasa macam tak nak guna je. Haha..
Masih berbalut lagi tu.
Tapi, bila tengok gambar rabbit tu macam ada makna lain je. Haha ;)
Tengok ni:


Monday, September 17, 2012

spec pertamaku =)



Assalamualaikum wbt

Pada 14 sept lalu, aku dan rakan sekelas masa lab opthalmic optics and dispensing 2, kami di kehendaki untuk potong spec. Inilah pengalaman pertamaku potong spec. Hihi. Menarik!

Dalam debar, kami sangat 'excited' untuk potong spec. Aku dapat spec yang agak senang untuk dipotong. Walaupun aku potong former untuk frame spec tu agak besar, terpaksa asah juga la former tu nak bagi muat masuk fram spec tu. Huhu.

Aku buat lens untuk mata kanan dulu. Alih-alih tak jadi. Ceh! Sedih giler. Sabar je la. Sebab tinggal satu lagi lens untuk mata kiri. So, I just proceed to left eye first. Alhamdulillah, yang left eye tak ada masalah langsung. Aku buat perfect! (Koya)

Sebab tak sempat nak siapkan kedua-dua belah mata, jadi kami sambung petang hari tersebut. Untuk mata kanan tu aku buat sampai tiga kali baru jadi! Lega! At least kali yang ketiga dah ok! ;)

Untung kami tak perlu bayar untuk lens-lens yang tak jadi tuh. Huhu. Thanx a lot to bro Yop! Brother Yop, Brother Azman dan tak dilupakan Sir Skar yang buat pertama kalinya mengajar kami! Hehe.

Buat pengetahuan semua, aku tak ingat langsung nak 'capture' gambar spec pertama aku tu. Rugi giler. So, aku sematkannya di dalam hati sudaaa. Haha.


In our first lab, we need to cut single vision full-framed spectacles. Nice-ah!
Lepas ni banyak lagi spec-spec yang kena potong. Pastinya penat (p/s: berpeluh-peluh juga nak siapkan spec ni). Hope for better tomorrow and luck next time!



Monday, September 10, 2012

taaruf with juniors! so excited!

Assalamualaikum..

Hari ni walaupun kelas tak ada, (Daftar subjek pun belum lagi, macam mana nak ada kelas kan? Haha)
rasa sangat gembira dapat berkenalan dengan junior tahun pertama optometri. Mereka semua ala-ala macam sekepala sahaja dengan kami.

Bilangan mereka ramai kali ni. Seramai 27 orang. Terdiri daripada 20 perempuan dan 7 lelaki. Oh, hanya tujuh orang lelaki sahaja. Girls will conquer then. Haha ;)

First impression saya kat diorang, mereka nampak baik dan bagus. Hormat kami selaku senior mereka. Hopefully, they will grown up becoming better optometrists.

Kawan sepupu saya pun ada ambil optometri merangkap junior saya jugak. Sepupu saya namanya Mohd Syafiq b. Aziz. I used to call him Apiq.

Semoga ukhwah sentiasa baik antara senior dan junior optometri. Huhu

Remarks:
 Happy!

Sunday, September 9, 2012

First day sem 1, 2012/2013 session

Assalamualaikum..

Tengok tajuk berdebar rasanya. Huhu..
Terlalu banyak yang terjadi semalam membuatkan emosi aku sedikit terganggu. Semalam bila ye? Semalam 8/9/2012 aku bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuantan, IIUM terchenta. (Terchenta lah sangat kan? Padahal aku langsung benci dengan sistem UIA). Sudah nasib badan apa boleh ku buat.

Selain permulaan cutiku 3 bulan yang lalu menambah gores di dalam hatiku, begitu jugalah hari pertama sampai di UIA Kuantan.

Nak kata semalam adalah hari malang, aku sangat takut kerana perancangan Allah itu kita tidak tahu. Walaupun terluka, sedih dan sebagainya, perancangan Allah tetap yang terbaik. Setiap sesuatu itu berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Walau apa pun yang berlaku, aku akan masih tetap memaafkan diriku ini.

Semuanya gara-gara sistem buruk yang dilaksanakan oleh Mahalah Ofis. Kami terpaksa berpenat lelah mengangkut barang dari tingkat 3, turun seterusnya naik ke tingkat 3 balik. dan bla bla bla.

Bermulanya sem ini, bermulalah perpisahan antara kami student opto 3rd year. Tragis je rasa (OVER sebenarnya). Kami berempat berpisah daripada 8 student opto yang lain. Kami di level 3 blok M4, mereka di M3 level 1 dan 2.

OH, kawan-kawan opto yang kusanyangi,
............................................................................................................................

REDHA  itu lebih berhak berada di tempatnya sekarang. Amin.

Lepas ni, aku nak telefon ma pulak. Takut ada, rasa bersalah sikit ada, hmmmmm..

Hopefully she is being alright and mujhe bhi.

Every cloud has has a silver lining. =)

Smile for tomorrow! Esok start kelas pertama. Mass lecture gabung dengan audio students.

Dear Mahalah management systems,
I hate you very much!

However,
I am still being grateful as I have a place to stay. Study well and control your emotion and be matured. Hua! Hua! Hua!