Monday, October 15, 2012

dah dekat dah

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Ok,apa yang dah dekat dah tu?hehe.
Exam mid semeseter dah dekat dah. Lusa kot. So, best of luck I wish to myself and my classmates :)

The first paper is gonna be 'PAEDATRICS'

Thursday, October 11, 2012

kawan

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Rasa macam nak tulis blog pulak tengah-tengah sakit macam ni. Tadi seriously tak tahan dengan mata gatal rasa macam nak terkeluar biji mata (rasa macam nak jadi exopthalmos je) nasib belum jadi lagi Alhamdulillah. Hidung saya yang rasa macam tak ada hidung nya. Saya jarang sakit resdung sampai macam ni sekali seriously. Tapi tak tahu macam mana boleh jadi teruk pulak dalam tiga hari ini. Tadi dah ponteng kelas dah. Burn kedatangan untuk satu subjek. Huhu.

Selepas dah rehat Alhamdulillah hidung rasa lega dan badan pun tak rasa semacam macam tadi.
Masa kita sakit inilah kita boleh tahu siapa kawan siapa bukan kawan kita. Huhu. Saya makan roti je, sakit sendiri tanggung je. Nak mati keras atas katil tu tak ada siapa yang perasan agaknya. Haha. Kelakar kan hidup ni? Maknanya senang je kita tak ada hubungan hati itu aje.

Alhamdulillah satu panggilan yang tidak disangka-sangka daripada Mena (my bestfriend). Ingatkan dia nak tanya apa-apa yang berkaitan dengan Jalinan Budi ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kerja.But,she asked me whether I had eaten or not. Kalau tahu dia nak tanya saya tak ngap roti tu. Hahaha. (Just kidding, girl). Walaupun makan roti sahaja I'm still grateful because Allah has shown me who is my friend and who is not.

Terima kasih, Mena. Sahabatku. Boleh lah kalau nak buat calon (p/s: calon je) =p





Saturday, October 6, 2012

Guys: I am proud of you

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Nampak tak gambar budak-budak lelaki yang matang-matang kat atas tu? Merekalah abang-abang opto rakan sekelas saya.

Apa kena mengenanya intro saya dengan tajuk post saya ni?
Saya sebenarnya sangat berbangga dengan mereka. Tanpa mereka siapalah kami (sisters opto) Hahaha. An over satatement.

Saya sangat berbangga dengan mereka sebab mereka merancang tentang perjalanan kami sekelas. Merekalah 'pioneer' idea untuk membuat 'group discussion', pembentangan berkaitan dengan lab skill test, screening dll.

Mereka dari tahun ke tahun yang saya perhati menjadi sangat matang dan mempunyai idea-idea bernas. Merekalah penggerak student opto 3rd year. Terima kasih! =)

Kalau nak cerita masa dulu-dulu,masa first year dulu, tak payah ceritalah. Haha.

I'm very proud of you guys. Memang dah jadi matang sekarang. Bolehlah kalau nak berumah tangga pun. Haha.

Hopefully our friendship will not end after we have graduated. Seriously! Hopefully we will still keep in touch with each other. Benda ni bukan saya tujukan untuk 'kanak-kanak ribena' (patutnya dah tak boleh guna dah. Haha) opto sahaja, tapi sister-sister opto jugak.

Ok sebenarnya saya tak ada idea sangat nak menulis ni..Hmmmm

Friday, October 5, 2012

Maafkanlah~


Assalamualaikum wbt

Kesalahan, kegagalan, atau tindakan yang menyakitkan akan membuat hati kita sedih dan kecewa. Ini adalah perasaan yang negatif, perasaan negatif akan memberikan efek berupa motivasi yang lemah. Oleh karena itu kita perlu menghilangkan perasaan negatif ini dalam hati kita, caranya ialah dengan memaafkan.
Kesalahan dan kegagalan dimasa lalu adalah sudah berlalu. Jangan diingat dan menyalahkan diri sendiri terus menerus, maafkan diri Anda, ambil hikmah dan lupakan kesedihannya. Dengan memaafkan diri sendiri akan melepaskan energi negatif dalam diri Anda. 

Diri kita tidak bisa kosong dan hanya bisa terisi oleh satu energi, maka saat energi negatif pergi, akan muncul energi positif. Ini akan memberikan semangat baru bagi Anda.
Jika kesalahan Anda berhubungan dengan dosa, maka mintalah pengampunan dari Allah. Yakinlah bahwa Anda akan diampuni selama Anda melakukan taubat yang benar-benar taubat karena Allah Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-Nya. Dalam berbagai ayat Al Quran dan Hadits, Allah telah berjanji akan mengabulkan do’a dan taubat kita jika mau melakukannya. Percayalah rahmat Allah lebih luas dari murka-Nya.


Saya dengan ini MEMAAFKAN DIRI SAYA SENDIRI

a troublemaker





Assalamualaikum wbt

Oh, apa yang saya dah buat malam ni? Saya dah susahkan ramai orang sampai saya sendiri dah hilang mood. Saya nak mintak maaf banyak-banyak dekat semua orang yang saya dah kacau hidup kamu malam ini. Sedih sangat kenapa lah boleh jadi begini. Masalah komunikasi yang tidak jelas berlaku. Memang saya yang salah 100%. Risiko yang perlu saya tanggung. Cover muka tahap ke berapa entah.

Nak tidur pun macam tak boleh tidur. Sori everyone sincerely from my heart. Tak terniat untuk jadi begini. Saya buat setakat yang saya mampu.

Maafkan diri sendiri ialah jalan terbaik!








Thursday, October 4, 2012

Taktahu

Assalamualaikum...

Seriously saya tak tahu nak cerita macam mana. Haha.
Susah nak mulakan cerita ni kerana tak tahu nak bermula dari mana.

??????????????