Sunday, 24 January 2016

Memaafkan diri aku sendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Bersua kembali buat blog-ku yang telah lama tidak aku kunjungi. Aku rindu padamu, untuk mencoret rasaku di sini, apakah engkau juga rindu padaku?

Memaafkan diri sendiri.

Sesungguhnya amat sulit benar untuk kita memaafkan kesalahan diri kita sendiri berbanding dengan kesalahan yang orang lain lakukan kepada kita. Entah. Mungkin aku yang seperti itu. Ada manusia lainnya sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain berbanding kesalahan yang berpunca daripada dirinya sendiri.

Sebetulnya untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna dan positif, seharusnya kita mesti belajar untuk memaafkan diri kita sendiri. Memang tidak mudah untuk memaafkan diri kita sendiri. Tambahan jika kesalahan itu membuatkan kita berasa malu dan semakin rendah diri.
Tetapi, untuk sebetulnya kita hidup bahagia, maafkanlah diri kita sendiri, kerana di situlah terletaknya kunci kebahagiaan.

Aku juga pernah melakukan kesilapan, yang aku rasa seolah-olah tidak mungkin aku akan pernah memaafkan diri aku sendiri. Tetapi, semua itu telah pun berlalu. Aku harus menerima hakikat yang aku tidak akan pernah bisa memutar kembali masa untuk membaiki kekhilafan lalu. Aku harus bangkit, dan terus memandang masa hadapan yang jauh lagi penuh berliku berbanding masa lalu yang telah meninggalkan aku.

Aku harus rawati luka itu, agar seiring dengan peredaran waktu, aku sembuh dan aku akan dapat kecapi bahagia lagi. Aku tidak mahu tenggelam dalam perasaan duka lalu. Aku tidak mahu bersikap negative (walaupun ternyata begitu). Aku ingin bahagia. Mungkin ada tersimpan hikmah paling besar yang aku tak tahu, dan aku harus merasakan perit tangis duka dahulu sebelum Allah kirimkan sebuah senyuman dan kebahagiaan abadi. Siapa tahu, bukan? Untuk jadi positif begitu, perkara pertama aku harus lakukan adalah memaafkan diri aku sendiri dahulu.
Ya, dengan ini, aku secara rasminya

MEMAAFKAN DIRI AKU
AKU MAAFKAN DIRI AKU
AKU MAAFKAN DIRI AKU

Berikut aku sertakan tips untuk mudah memaafkan diri sendiri.
Kita sering ingat bahawa andai kita mendapat peluang untuk memutar balik masa, tentu kita tidak akan berbuat begini. Ketahuilah bahawa, Rasulullah telah pun berpesan, kata seandainya itu adalah celah masuk syaitan.

Bagi kesalahan yang cukup besar dan fatal, sudah pasti kita akan dirundung penyesalan yang tidak berkesudahan, bukan?? Hal itu berat, namun wajib ditempuh hanyalah menyedari bahawa semua itu terjadi atas takdir Ilahi. Ketentuan Allah pasti luput daripada kesalahan. Ya, siapa tahu dalam esak tangis tersimpan senyum yang paling manis.

Tips 1: Akui kesalahan kita dan ikhlaskan semuanya
Jika menurut apa yang kita perbuatkan itu salah, maka akui sahaja kekhilafan kita. Anggaplah bahawa semua itu berlaku akibat daripada perbuatan diri kita snediri (memang betul pun). T.T
Serahkan segala urusan kepadaNya.

Tips 2: Membuka diri
Jangan terus-terusan menunding diri.

Tips 3: Yang kita miliki adalah SEKARANG dan DI SINI
Kita tak akan pernah dapat membaiki dan mengembalikan masa lalu walaupun seberapa menyesal kia sekalipun. Fokuskan untuk memanfaatkan masa kini agar tidak berbuah kembali penyesalan yang serupa.

Tips 4: Ambil hikmah
Ambil pengajaran daripada kesalahan yang kita lakukan. Untuk aku, banyak giler pengajaran yang aku kutip. Walaupun kadang-kadang berasa takut untuk melangkah, aku harus memaafkan diri aku agar aku berani melangkah gagah semula.

Tips 5: Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
Jangan pernah memendam perasaan seorang diri. Luahkanlah kepada orang yang dipercayai insyaALLAH beban berat yang dirasakan akan berkurang apabila dikongsi.

Tips 6: Tawakkal kepada Allah
Mohonlah petunjuk dan hidayahNya agar segala keputusan yang kita ambil selepas ini diberkati olehNya.


Semoga ada sinar dipenghujung ujian ini. Amin.

p/s: aku ada merujuk kepada satu blog tentang tips ni dan aku modified sikit-sikit lah haha :p