Friday, 26 August 2016

Jodoh siri 1



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini, topik yang akan saya coretkan adalah berkenaan tentang jodoh. Jodoh merupakan suatu perkara yang sangat misteri. Saban hari kita berfikir tentang siapakah dia jodoh kita? Kenapa tak kunjung tiba lagi ni? Awak kat mana? (P/S: Lagu Awak Kat Mana dari Singapura berkumandang di fikiran)

Dan aku juga tidak terlepas daripada memikirkan soal itu. Tipu la pulak kalau aku kata yang aku tidak pernah berfikir tentang itu. 

Bagi aku, jodoh itu sebenarnya adalah ketentuanNya sejak azali lagi. Cuma yang tinggal adalah kita perlu berusaha, berusaha agar kita bertemu dengan jodoh kita. Contoh usaha yang macam mana? Bagi aku, antara usaha yang orang yang masih bujang ini boleh buat ialah luaskan skop pergaulan, mana tahu dalam banyak-banyak orang yang kita jumpa, kita terserempak dengan jodoh kita. Haha. Itu bukan perkara mustahil tau. Tapi jangan salah faham, tujuan kita berpersatuan bukanlah semata-mata mencari jodoh, mungkin sahaja jodoh kita bukan ditemukan dengan cara demikian, kerana berpersatuan itu adalah wahana, bukannya matlamat. 

Boleh sahaja kita akan bertemu di kedai makan, kedai menjual cermin mata, kedai menjual telefon dan sebagainya. 

Sebab itu, di samping memperluaskan pergaulan, kita mestilah senantiasa mencuba membaiki diri agar menjadi insan atau hamba yang lebih baik. Agar, jodoh kita nanti yang dipilih olehNya merupakan jodoh yang baik juga. Oleh itu, untuk menjadi insan yang lebih baik, isilah masa dengan membaca bahan bacaan yang berfaedah seperti bahan bacaan agama di samping cuba mengamalkan ilmu yang dibaca. Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan membantu orang lain, buat baik dengan semua orang dan sentiasa berfikiran positif setiap masa.

Selain itu juga, banyakkan berdoa kepadaNya. InsyaAllah jika bukan sekarang, akan sampai juga masanya nanti. Siapa tahu, masa itulah yang terbaik sebenarnya untuk kita bertemu jodoh. Sebab itulah sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi sebab sekarang bukanlah masa yang terbaik. Mungkin kerana ketidakmatangan kita untuk memikul tanggungjawab, mungkin juga kerana faktor kewangan; seperti kita belum mendapat pekerjaan tetap, menyebabkan ibu bapa tidak berapa merestui jika kita bertemu jodoh dalam keadaan seperti ini. Mungkin sahaja restunya akan datang apabila kita sudah mempunyai kewangan yang kukuh dan kerjaya yang stabil. 

Banyak sebenarnya faktor yang mungkin menjadi penghalang kita bertemu jodoh. Cuma, kita sahaja jangan berhenti percaya kepadaNya dan BERDOA. InsyaAllah nanti jumpa. 

Hai Mr. J (Jodoh), tunggu saya ye. Sampai kita jumpa (lagi??)! Amin.



P/s:
Hehe, sorilah tulisan saya biasa-biasa sahaja. Hanya coretan kecil untuk aku melatih otak ini berfikir agar ia sentiasa dirangsang.


Setakat ni sahajalah dulu, sebenarnya nak coret banyak lagi. Nanti saya sambung apabila saya sudah bertemu dengan jodoh saya pula ye. Tunggu cerita sambungan dalam Jodoh Siri Ke-2. HEHE.

Bai!




No comments:

Post a Comment