Friday, 2 September 2016

Blog dan Sem Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ini orang dah tak guna blog lagi dah, Aku je ke yang ketinggalan zaman? Haha.

Aku sebenarnya menulis di blog ni sebab aku rasa selesa kat sini. Aku boleh tulis apa sahaja yang aku mahu. Untuk pengetahuan semua, esok insyaAllah aku akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian ke semester baru. Sedih jugak nak meninggalkan kampung halaman. Tetapi, aku sudah bertekad untuk bekerja di Kuala Lumpur. Bila kita berhijrah ni insyaAllah banyak benda yang kita boleh terokai dan belajar. 

Semoga pemergianku kali ini ke Kuala Lumpur menjadi titik tolak kepada kejayaan aku. Aku kena habiskan apa yang telah aku mulai. Semoga ALLAH sentiasa membuatkan aku kuat dan tabah dan berjaya. 

Kita merancang, Allah jua merancang dan sebaik-baik perancang itu adalah DIA jua. 

No comments:

Post a Comment