Tuesday, December 13, 2016

PENCURI SMARTFON KAMI

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini 13 Disember 2016, dah nak hujung tahun Tahun 2016, apabila aku dan Kak Kimi tertimpa musibah. Smartfon kami berdua dicuri di kampus. Ketika itu masing-masing meninggalkan beg galas berisi smartfon dan pergi membeli makanan tengah hari. Malang memang tidak berbau, setelah selesai makan tengah hari baharu kami menyedari bahawa telefon telah dicuri. Masa tu mana boleh buat apa-apa dah. Haih manusia yang panjang tangan ni ada je kat mana-mana. Ingatkan bila berada di taman ilmu, manusia celik akal, tidak akan ada manusia seperti itu. Walhal di mana-mana sahaja anda berada harus berhati-hati. Mesti. Perlu. 

Aku ni fikir banyak kali juga sama ada ingin membeli henfon baharu atau ditangguhkan sahaja niat itu. Iya lah, duit bukannya seperti air sungai mengalir yang boleh datang pada bila-bila masa yang kita mahu. Jadi, aku buat keputusan untuk tangguhkan dahulu niat aku. Lebih baik aku kumpul duit sikit-sikit, dan beli henfon baru selepas cukup duit. Buat masa sekarang pakai henfon abang ipar dulu lah. 

Moga pencuri tersebut insaf dan mendapat balasan setimpal atas kesusahan yang dia buat pada orang lain. 

Amin.