Friday, 17 March 2017

KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR

Kurang sebulan aku bakal meninggalkan tempat ini. Aku sendiri tidak percaya yang aku ‘survive’ di sini selama lebih kurang setahun lebih. Kota raya yang pada asalnya untuk ‘travel’ di sini pun aku sudah takut untuk memikirkannya, inikan pula membuat keputusan untuk tinggal di sini.

Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang sibuk. Oleh sebab kesibukannya itulah ia telah mengajar aku banyak perkara. Lebih-lebih lagi dalam soal macam mana mahu menjadi insan yang lebih baik. Aku akui, kadang-kadang aku kecundang. Aku tewas dengan mehnah dan cubaan yang ia bawa kepadaku tapi, aku tidak punya banyak pilihan. Aku harus terus kekal hidup dan berjuang habis-habisan.

Dan akhirnya, perjuangan aku di kota raya ini telah pun selesai. Selesai yang tidak bermakna aku telah sampai ke penghujung, kerana aku sebenarnya telah tewas di pertengahan jalan. Aku ‘retreat’. aku sudah habis daya berjuang dan akhirnya keadaan menuntut aku agar meninggalkan kota raya ini. Aku berserah. Inilah takdirnya. Inilah suratannya. Aku memilih untuk pergi, agar bisa merawat hatiku yang luka kecewa. Yalah, mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya tetapi apa yang berlaku adalah berpunca daripada aku. Aku yang bodohkah? Aku yang tidak layakkah? Aku sudah tidak punya peluang kedua. Peluang kedua aku adalah berhenti. Berhenti daripada semua ini dan pergi, pergi jauh-jauh.

Jika aku menyatakan aku tidak sedih. Itu semua palsu. Itu semua dusta. Pembohongan semata-mata. Tetapi, aku tidak kuat lagi untuk terus kekal di sini, meskipun aku masih bingung. Apa keputusan yang aku ambil itu baik atau tidak? Aku cuma mampu berdoa. Agar disebalik keputusan ini, punya satu hikmah dan kebaikan yang tersembunyi. Ah, aku harap sungguh-sungguh. Sungguh-sungguh.

Jika dibuat kesimpulan, ada beberapa perkara yang boleh aku gambarkan kota raya ini.

1. BINGIT. Masih segar dalam ingatan aku, kali petama aku menjejakkan kaki ke sini. Kota raya ini terasa cukup asing. Terlalu banyak bunyi-bunyian yang tidak akan kenal akan maksud untuk berhenti. Telinga aku seperti sedang sibuk bekerja, menangkap segala bunyi di sekelilingku. Ia tidak boleh relaks lagi. Mungkin kena kerja ‘overtime’. Haha.

2. JEM. Kuala Lumpur dan jem amat sebati bagai isi dengan kuku. Takkan terpisah sampai akhir waktu. Mereka terlalu akrab dan tidak sampai hati ingin berpisah. Tetapi, itulah perkara yang membuat orang-orang di sini bisa hilang akal jadinya. Untuk jarak perjalanan yang beberapa kilometer sahaja pasti memakan masa sehingga berjam-jam untuk sampai gara-gara tersepit di dalam jem. Orang boleh jadi marah sebab jem. Lebih-lebih lagi waktu ketika semua orang hendak ke tempat kerja dan pulang daripada kerja.

3. MAKANAN. Kota raya ini syurga makanan. Pergi je mana-mana pasti ada tempat makanan ‘best’. Tapi, aku bukanlah jenis yang suka #JJCM, jadi jika ditanya tempat makan apa yang ‘best’ kat sini, aku akan jawab ‘foodcourt’ depan rumah je. Haha. Rugi ke kalau tak ‘explore’? Tak rugi. Sebab kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

4. PUBLIC TRANSPORT. Perjalanan jadi mudah dengan bantuan kenderaan awam seperti bas, teksi, MRL, LRT dan KTM. Tetapi, kadang-kadang tu hanya dua ke tiga tempat je yang dituju dalam masa satu hari, tetapi habis melayang not duit berwarna merah. Kadang-kadang tu rasa sayang jugak, jadi ‘end up’ habiskan masa di rumah je lagi baik.

5. PROGRAM SANA SINI. Ini yang thoorbaik setakat ni. Sebut je program apa-apa mesti  buat kat Kuala Lumpur. Pesta buku antarabangsa, ceramah sana sini, teater, wayang, usrah dll. Jadi, terpulang pada kita nak join ke tak nak. Tetapi, kadang-kadang tempat program jauh, susah jugak nak pergi, satu hal lagi, tak ada orang yang boleh temankan. Hee.

6. KOS HIDUP. Kota raya ni, memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi. Pergi mana-mana harus ada duit. Kalau tak, takkan ke mana. Makanan mahal, minuman pun sama, kadang terfikir harga yang ditetapkan memang cekik darah.


Inilah sedikit sebayak pandangan tentang Kuala Lumpur. Sebenarnya mana-mana tempat pun kita pergi pasti ada pro-cons dia. Yang tinggal hanyalah cara kita menilai dan membiasakan diri dengannya. Moga dalam setiap tempat yang kita tuju, ada pengajaran, kebaikan, pengalaman dan keseronokan yang akan kita perolehi. Amin.

Till we meet again, KL! I’m sure I’m gonna miss you.

Yang bakal merindu,

Bee

Saturday, 11 February 2017

Saat Aku Harus Pergi

Bismillahirrahmanirrahim

Berakhir sudah perjalananku di sini. Menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Kuala Lumpur. Sepertimana kata Imam Syafie, 'air yang mengalir lebih baik daripada air yang bertakung'. Oleh sebab itu, aku memilih untuk berhijrah, meninggalkan kota raya yang sibuk dan bertaraf hidup yang tinggi ini. 

Ya Allah, aku berharap dengan penghijrahanku ini, akan datang perkara-perkara yang lebih baik dalam hidupku,

Hidup ini adalah ujian. Ujian datang silih berganti dalam hidupku. Aku harus bersyukur kerana ujian itu tanda SAYANG dan CINTANYA kepadaku. Aku cuma insan yang lemah, tidak mampu untuk mengubah apa-apa yang telah terjadi. Tetapi, itu tidak bermakna aku berputus asa. Apa yang terbaik adalah bangkit kembali daripada kegagalan lalu. 

Buat ibu dan bapaku, izinkan aku berhijrah lagi, kerana aku telah berjanji suatu hari, di saat ketika yang diizinkanNya, aku (memang) mahu pulang kembali ke kampung halaman. 

Tempat baru, cabaran baru, ujian baru. Aku harus kuat dan tabah. Seorang diri, perempuan pulak tu. Aku harus jadi kuat. Moga jalan yang aku pilih ini jalan yang terbaik, Selamat tinggal teman, selamat tinggal kawan. Ada rezeki kita jumpa lagi. 

Bukanlah niatku untuk mengasingkan diri, kerana aku fikir, aku harus pergi agar aku dapat melupakan semua yang terjadi. Doakanlah yang baik-baik buatku teman. Sakit ditanggung sendiri, pergi mana-mana walau sendiri, percayalah bahawa Allah itu sentiasa ada. Di mana-mana. 

Seorang yang ingin jadi kuat dan tabah,

Rabiha