Saturday, 11 February 2017

Saat Aku Harus Pergi

Bismillahirrahmanirrahim

Berakhir sudah perjalananku di sini. Menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Kuala Lumpur. Sepertimana kata Imam Syafie, 'air yang mengalir lebih baik daripada air yang bertakung'. Oleh sebab itu, aku memilih untuk berhijrah, meninggalkan kota raya yang sibuk dan bertaraf hidup yang tinggi ini. 

Ya Allah, aku berharap dengan penghijrahanku ini, akan datang perkara-perkara yang lebih baik dalam hidupku,

Hidup ini adalah ujian. Ujian datang silih berganti dalam hidupku. Aku harus bersyukur kerana ujian itu tanda SAYANG dan CINTANYA kepadaku. Aku cuma insan yang lemah, tidak mampu untuk mengubah apa-apa yang telah terjadi. Tetapi, itu tidak bermakna aku berputus asa. Apa yang terbaik adalah bangkit kembali daripada kegagalan lalu. 

Buat ibu dan bapaku, izinkan aku berhijrah lagi, kerana aku telah berjanji suatu hari, di saat ketika yang diizinkanNya, aku (memang) mahu pulang kembali ke kampung halaman. 

Tempat baru, cabaran baru, ujian baru. Aku harus kuat dan tabah. Seorang diri, perempuan pulak tu. Aku harus jadi kuat. Moga jalan yang aku pilih ini jalan yang terbaik, Selamat tinggal teman, selamat tinggal kawan. Ada rezeki kita jumpa lagi. 

Bukanlah niatku untuk mengasingkan diri, kerana aku fikir, aku harus pergi agar aku dapat melupakan semua yang terjadi. Doakanlah yang baik-baik buatku teman. Sakit ditanggung sendiri, pergi mana-mana walau sendiri, percayalah bahawa Allah itu sentiasa ada. Di mana-mana. 

Seorang yang ingin jadi kuat dan tabah,

Rabiha 

No comments:

Post a Comment