Bismillahirrahmanirrahim
Bersua kembali buat blog-ku yang
telah lama tidak aku kunjungi. Aku rindu padamu, untuk mencoret rasaku di sini,
apakah engkau juga rindu padaku?
Memaafkan diri sendiri.
Sesungguhnya amat sulit benar
untuk kita memaafkan kesalahan diri kita sendiri berbanding dengan kesalahan
yang orang lain lakukan kepada kita. Entah. Mungkin aku yang seperti itu. Ada manusia
lainnya sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain berbanding kesalahan yang
berpunca daripada dirinya sendiri.
Sebetulnya untuk menjadikan hidup
kita lebih bermakna dan positif, seharusnya kita mesti belajar untuk memaafkan
diri kita sendiri. Memang tidak mudah untuk memaafkan diri kita sendiri. Tambahan
jika kesalahan itu membuatkan kita berasa malu dan semakin rendah diri.
Tetapi, untuk sebetulnya kita
hidup bahagia, maafkanlah diri kita sendiri, kerana di situlah terletaknya kunci
kebahagiaan.
Aku juga pernah melakukan
kesilapan, yang aku rasa seolah-olah tidak mungkin aku akan pernah memaafkan
diri aku sendiri. Tetapi, semua itu telah pun berlalu. Aku harus menerima hakikat yang
aku tidak akan pernah bisa memutar kembali masa untuk membaiki kekhilafan lalu. Aku
harus bangkit, dan terus memandang masa hadapan yang jauh lagi penuh berliku
berbanding masa lalu yang telah meninggalkan aku.
Aku harus rawati luka itu, agar
seiring dengan peredaran waktu, aku sembuh dan aku akan dapat kecapi bahagia
lagi. Aku tidak mahu tenggelam dalam perasaan duka lalu. Aku tidak mahu
bersikap negative (walaupun ternyata begitu). Aku ingin bahagia. Mungkin ada
tersimpan hikmah paling besar yang aku tak tahu, dan aku harus merasakan perit
tangis duka dahulu sebelum Allah kirimkan sebuah senyuman dan kebahagiaan
abadi. Siapa tahu, bukan? Untuk jadi positif begitu, perkara pertama aku harus
lakukan adalah memaafkan diri aku sendiri dahulu.
Ya, dengan ini, aku secara rasminya
MEMAAFKAN DIRI AKU
AKU MAAFKAN DIRI AKU
AKU MAAFKAN DIRI AKU
Berikut aku sertakan tips untuk mudah
memaafkan diri sendiri.
Kita sering ingat bahawa andai
kita mendapat peluang untuk memutar balik masa, tentu kita tidak akan berbuat
begini. Ketahuilah bahawa, Rasulullah telah pun berpesan, kata seandainya itu
adalah celah masuk syaitan.
Bagi kesalahan yang cukup besar
dan fatal, sudah pasti kita akan dirundung penyesalan yang tidak berkesudahan,
bukan?? Hal itu berat, namun wajib ditempuh hanyalah menyedari bahawa semua itu
terjadi atas takdir Ilahi. Ketentuan Allah pasti luput daripada kesalahan. Ya,
siapa tahu dalam esak tangis tersimpan senyum yang paling manis.
Tips 1: Akui kesalahan kita dan
ikhlaskan semuanya
Jika menurut apa yang kita
perbuatkan itu salah, maka akui sahaja kekhilafan kita. Anggaplah bahawa semua
itu berlaku akibat daripada perbuatan diri kita snediri (memang betul pun). T.T
Serahkan segala urusan kepadaNya.
Tips 2: Membuka diri
Jangan terus-terusan menunding
diri.
Tips 3: Yang kita miliki adalah SEKARANG
dan DI SINI
Kita tak akan pernah dapat
membaiki dan mengembalikan masa lalu walaupun seberapa menyesal kia sekalipun. Fokuskan
untuk memanfaatkan masa kini agar tidak berbuah kembali penyesalan yang serupa.
Tips 4: Ambil hikmah
Ambil pengajaran daripada
kesalahan yang kita lakukan. Untuk aku, banyak giler pengajaran yang aku kutip.
Walaupun kadang-kadang berasa takut untuk melangkah, aku harus memaafkan diri
aku agar aku berani melangkah gagah semula.
Tips 5: Meluahkan perasaan kepada
orang yang dipercayai
Jangan pernah memendam perasaan
seorang diri. Luahkanlah kepada orang yang dipercayai insyaALLAH beban berat
yang dirasakan akan berkurang apabila dikongsi.
Tips 6: Tawakkal kepada Allah
Mohonlah petunjuk dan hidayahNya
agar segala keputusan yang kita ambil selepas ini diberkati olehNya.
No comments:
Post a Comment