Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada melalui episod sedih seperti kehilangan pekerjaan atau kematian orang yang disayangi. Tetapi, apabila sesorang berada dalam fasa kesedihan yang terlalu lama, ia akan membawa kepada kemurungan (depression). Daripada kemurungan yang berpanjangan akan membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai 'Major Depressive Disorder' / (MDD).
Pernahkah anda mendengar tentang penyakit ini? Penyakit ini adalah satu penyakit mental dan psikologi. Individu yang mengalaminya mungkin telah lama berada di dalam tempoh tekanan atau kemurungan yang panjang disebabkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam hidup mereka.
Apabila seseorang individu mengalami MDD ini, seluruh fungsi kehidupan mereka akan terjejas seperti kitaran tidur ataupun selera makan.
Diagnosis MDD biasanya akan dibuat dengan mengambil kira perasaan pesakit, simptom-simptom yang dialami dan tindak-tanduk (behaviour) pesakit. Jom kenali tanda-tanda seseorang individu itu mengalami MDD:
Punca tekanan berlaku pula ialah:
Tekanan yang dialami oleh pesakit berkeupayan mengganggu kebolehan pesakit untuk mengawal kestabilan mood dan kimia otak. Hal ni akan membawa kepada kebolehan pesakit untuk menumpu, berfikir dan membuat keputusan terganggu dan merosot.
Kebiasaannya mereka akan dirawat dengan memakan ubat dan sekiranya terdapat lintasan fikiran ingin membunuh diri, mereka akan dipantau di wad sehingga mereka kembali pulih.
Selain ubat-ubatan, pesakit MDD dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat menaikkan mood dan mengurangkan simptom MDD.
Antara yang boleh dilakukan adalah:
1. Mengamalkan makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Jauhkan daripada pengambilan processed food
3. Banyakkan exercise kerana MDD akan menyebabkan badan berasa kurang bermaya. Dengan exercise, ia boleh menaikkan mood dan membuatkan pesakit berasa lebih baik.
Terdapat peluang untuk sembuh sekiranya individu tersebut mendapatkan rawatan awal. Sekiranya tidak mendapat rawatan lebih awal, perkara buruk yang mungkin berlaku ialah individu tersebut tidak lagi boleh bekerja dan membuat aktiviti harian dengan baik. Selain itu, pesakit juga mungkin akan mendapat delusi atau halusinasi dan berkemugkinan mempunyai fikiran untuk membunuh diri. Hal ini mengakibatkan pesakit perlu dipantau dengan ketat sebelum dipastikan pesakit itu benar-benar sembuh.
# pesanan penaja: aku mentally healthy 💓 # just sharing this topic for general knowledge
No comments:
Post a Comment