Saturday, June 15, 2024

RUTIN BAHARU

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Pada entri kali ni saya nak share sikit tentang rutin baharu saya setelah adik mula bekerja di tempat baharu. 

Jika selama ini, adik yang telah dua ke tiga tahun menganggur itu membantu kami menguruskan abah yang sakit sementara memperoleh pekerjaan, kini tugasan tersebut telah beralih arah kepada saya sebagai anak kedua kerana adik telah mula bekerja. Dan tempat kerjanya agak jauh dari rumah dan adik harus menyewa di luar untuk memudahkan dirinya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja setiap hari. 

Antara rutin saya yang berubah ialah, saya tidak lagi boleh tidur awal pada waktu malam. Kadang-kadang tu disebabkan TERtidur ye, hahahah.

Sebelum tidur, saya perlu pastikan lampin abah telah ditukar dan perlu mandikan abah pada setiap pagi sebelum saya bertolak ke tempat kerja. Kalau sebelum ni, segala tugas rutin penjagan abah pada waktu pagi diserahkan kepada adik, namun kini tugas tersebut harus saya laksanakan sebelum saya bertolak ke tempat kerja. 

Doakan semoga urusan kami yang sedang menjaga abah yang tidak mampu menguruskan diri sendiri kerana strok dipermudahkan. Terima kasih diucapkan kepada jiran kami, Najmi yang sukarela menukar lampin abah pada waktu tengah hari. 

Alhamdulillah sepanjang menjaga abah yang sakit, abah tidak mempunyai banyak kerenah dan mudah diuruskan. 

Semoga abah cepat sembuh, boleh berjalan semula dan mengurus dirinya sendiri semula. Kepada yang menjaga ibu bapa yang sakit macam saya/kami ni, saya doakan kita diberikan kesabaran yang tinggi di samping dikurniakan keishatan yang baik agar kita dapat laksanakan tugas ini dengan baik. Amin. 💋

No comments:

Post a Comment