Monday, June 17, 2024

SALAM AIDILADHA 1445H (2024)

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Pada hari ini seluruh umat Islam merayakan Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Kurban. Semalam merupakan hari wukuf di Arafah (waktu Malaysia) dan umat Islam digalakkan untuk berpuasa. Tetapi sebab aku period sehari sebelum tu, jadi tak dapatlah aku berpuasa. Kerana sabda Nabi SAW, barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah, dosa kecilnya setahun yang lalu akan diampun oleh Allah SWT. Tetapi, kerana kedatangan haid itu merupakan satu perintah daripada Allah, maka kita meninggalkan perkara larangan sewaktu haid, maka diharapkan Allah mengiranya sebagai satu ibadah jua.



Seperti tahun-tahun sebelumnya, perayaan Hari Raya Kurban tidak kurang meriahnya di kampung saya. Walaupun tidak semeriah seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, kerana konsepnya yang berbeza, bagi saya ia tetap disambut dengan meriah. Perbezaannya tidak ada sesi fotografi bersama-sama je pada pagi hari raya tu. Lebih kepada mengambil gambar lembu-lembu yang bakal disembelih. Haha


Kami bangun awal (takdelah awal sangat, aku bangun dalam pukul 7.00 pagi) haha untuk menyediakan sarapan pagi iaitu Nasi Minyak + Gulai ayam. Adik seperti biasa ditugaskan untuk memasak nasi minyak dan aku ditugaskan untuk memasak gulai ayam. Adik makin ‘terer’ masak Nasi Minyak, aku je yang tak pandai-pandai lagi haha.


Setelah itu dalam pukul 9 pagi kami ke rumah tok untuk menyaksikan lembu yang akan dikorbankan. Ma masuk rebang (korban) lembu pada tahun ni. Aku tak masuk hoho. InsyaAllah nak cuba untuk masuk pada tahun hadapan.


Kalau dekat rumah tok tu, memang keluarga Teh je yang selalu ditugaskan untuk memasak daging kurban. Selalunya Teh la yang jadi Master Chef. Haha. Antara lauk yang dimasak pada hari tersebut ialah Sup daging + tulang, daging masak merah/berlada dan daging goreng kunyit. + ada sambal belacan, timun cina (tembikai), kek, air oren, laksa, bihun goreng, ketupat dan lemang.


Aku makan bertambah dan makan banyak giler haha. Mentang-mentang kurus terus makan banyak. Aku rasa berselera sebab dah lama tak makan sup daging/tulang ni huhu. Sedapnya.

Kat sini saya share beberapa gambar untuk dijadikan kenangan untuk masa akan datang.

Bawak abah sekali untuk merasai suasana raya + makan tengah hari di rumah tok

Menyaksikan lembu yang bakal dikorbankan

Sesi melapah daging

Lapah 2.0

Aku take part jugaklah sikit haha

Sekian, wallahualam. 👀


No comments:

Post a Comment