Saturday, June 19, 2021
Review Mystic Pop-up Bar
Thursday, June 17, 2021
BINGKAI
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Jika kita toleh ke kiri dan kanan kita, hampir kesemua adalah pemakai cermin mata. Cermin mata kini sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Tetapi, mungkin ada yang belum benar-benar mengenali cermin mata walaupun sudah memakainya bertahun-tahun.
Jadi, dalam entri kali ini, saya ingin membawa anda mengenali serba sedikit secara ringkas tentang basic yang ada pada sesebuah cermin mata.
Jom!
Terlebih dahulu, jom kita ketahui dan kenali bahagian pada cermin mata. Cermin mata terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagian utama pada cermin mata ialah bahagian hadapan untuk memegang kanta, temple atau kaki, hinge yang menhubungkan bahagian kaki dengan bahagian hadapan cermin mata, nosepad, nosepad arm dan temple tips.
Seterusnya, adalah tentang bagaimana untuk mengetahui saiz yang ada pada sesebuah bingkai. Senang sahaja untuk membaca saiz pada sesebuah bingkai. Anda hanya perlu tengok pada kaki atau temple bingkai. Di situ ada tertulis nombor model bingkai dan saiz bingkai. Saiz bingkai selalunya ditulis seperti ini:
51-17-142
Apakah maksud 51?
= 51 itu merujuk kepada LEBAR bingkai cermin mata
Apakah maksud 17?
= 17 itu merujuk kepada BRIDGE cermin mata
Apakah maksud 142?
= 142 itu merujuk kepada panjang temple atau kaki bingkai
Jika sekiranya tulisan pada kaki bingkai cermin mata anda telah hilang, anda boleh mengukurnya dengan menggunakan pembaris.
Pemilihan bingkai yang tepat adalah sangat penting untuk memastikan bingkai terletak di muka dan selesa dipakai. Jika tersilap memilih saiz bingkai, antara masalah yang sering dihadapi ialah: kembang tudung dan frame senang terlorot jatuh. Jadi, apabila memilih bingkai, anda kena mencubanya sendiri untuk merasa sendiri sama ada frame tersebut selesa dipakai, sesuai dengan bentuk muka atau pun tidak. Bagi yang mempunyai features muka yang tidak simetri, pemilihan bingkai yang tidak menunjukkan kekurangan wajah anda adalah sangat crucial. Optometris dan staf akan membantu membuat penilaian yang terbaik buat anda agar anda berpuas hati dengan bingkai yang dipilih.
Selain itu, ada beberapa jenis bingkai yang terdapat di kedai cermin mata. Antaranya:
- bingkai penuh
- bingkai separuh
- rimless
- cermin tidak mudah serpih atau pecah
- lebih kukuh dan tahan lama
- nampak seperti tidak memakai spek daripada jauh
- kurang rasa terganggu dengan rim bingkai ketika melihat ke bawah
- napmpak lebih matang
- mudah serpih jika terjatuh
- Nampak seperti tidak memakai cermin mata
- Pandangan lebih jelas
- Boleh memilih bentuk bebas
- Tidak boleh berkasar dengan cermin mata
- Risiko mudah pecah tinggi jika tidak menggunakan kanta tahan pecah
- Harga cermin lebih mahal
Tuesday, June 15, 2021
KUKU
- Jom kenali bahagian jari dan kuku anda
- Fungsi kuku
- Penyakit yang berkaitan dengan kuku
- LUNULA?
- Pewarna kuku
- Cara penjagaan kuku
- Potong kuku cara Islam
- "White lunulae are healthy and natural. The moons should be several shades lighter than the skin."
- "Purple lunulae are a sign of poor blood circulation and a lack of oxygen in the organs and tissues."
- An excessively large lunula may be an indication of problems with your cardiovascular system, heartbeat and low blood pressure. A large lunula is common in athletes but if it's present in a person who doesn't exercise, it could be an indication of stress.
- elakkan memakai kasut yang ketat
- jaga kesihatan badan untuk mengelakkan kencing manis dan obesiti
- jangan gigit kuku atau menarik serpihan kuku dengan kasar
- potong kuku selepas mandi kerana kuku lebih lembut selepas mandi memudahkan untuk kuku itu dipotong
- sentiasa pastikan kuku kering dan bersih
- sentiasa potong kuku secara berkala
![]() |
| Mungkinkah ini alatnya? |
Monday, June 14, 2021
RESULT SWAB TEST
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Hari tu kan saya ada cerita tentang kampung saya kena buat SWAB test. Result keluar sekejap je dalam masa dua hari tak silap saya.
Jom tengok result swab saya.
Alhamdulillah result kami semua negatif 😊
Sunday, June 13, 2021
Vaksin Covid-19
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Vaksin adalah satu-satunya cara untuk memastikan semua penduduk di dunia ini boleh terselamat daripada serangan virus terutamanya virus yang sedang menyerang umat manusia abad ini iaitu virus COVID-19. Semasa serangan awal COVID-19, tidak ada seorang pun yang immune dengan virus ini, jadi virus ini tersebar dengan begitu cepat sekali dalam kalangan masyarakat setempat.
Sudah berapa banyak jumlah kematian telah dicatatkan di seluruh dunia akibat daripada virus ini. Untuk memastikan manusia hidup dalam herd immunity, kita memerlukan vaksin agar dapat menghalang serangan virus ini daripada menyebabkan kematian bertambah dengan lebih banyak lagi.
Vaksin
Tahukah anda apakah itu vaksin? Dan bagaimana mekanisma vaksin ini berfungsi dalam badan manusia?
Vaksin adalah virus yang telah dilemahkan. Dalam konteks virus COVID-19 ini, virus yang digunakan untuk dijadikan sebagai 'host' atau kambing hitam adalah virus yang menyerang chimpanzee. Sekerat genetik kod (spike protein virus COVID-19) daripada virus COVID-19 ini dimasukkan ke dalam virus host (yang telah dilemahkan ini) lalu dijadikan vaksin. Vaksin ini diuji secara klinikal, jika berjaya, ia selamat untuk digunakan kepada orang awam.
- Pfizer (AS)
- AstraZeneca (UK)
- Sinovac (China)
- CanSINOBio (China)
- SputnikV (Rusia).
Kenapa lambat Malaysia untuk bagi vaksin kepada penduduknya?
- Di sini anda kena faham bahawa ada kekangan dari segi jumlah vaksin yang kita dapat disebabkan oleh demand yang banyak. Pengeluar vaksin bukan hanya menjual atau membekal vaksin kepada sebuah negara sahaja, malah ada banyak lagi negara memerlukan vaksin selain daripada Malaysia.
- Sebenarnya Malaysia kena beli lebih daripada satu brand bukan kerana wujud teori konspirasi disebalik pembelian vaksin ini tetapi, bertujuan untuk memastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat di negara ini.
- Vaksin juga sampai ke negara kita secara berperingkat. Maka, kita harus bersabar sementara menunggu vaksin ini tiba. Vaksin pula memerlukan penjagaan yang teliti untuk menjaga kualiti vaksin tersebut.
Di Malaysia, terdapat sebuah jawatankuasa untuk mengenalpasti siapa yang lebih layak untuk mendapat suntikan vaksin terlebih dahulu. Jawatankuasa itu dinamakan JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara golongan yang layak mendapat suntikan vaksin lebih awal berbanding golongan lain adalah golongan warga emas dan frontliner.
Jadi, orang-orang muda macam kita ni kena tunggu giliran dahulu untuk mendapat suntikan vaksin kerana golongan tua mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kesan buruk daripada COVID-19 ini berbanding golongan muda kerana sistem imunisasi badan mereka lebih rendah berbanding orang muda.
Hanya terdapat tiga jenis vaksin yang sedang diberikan kepada orang awam sekarang ini. Vaksin tersebut ialah : Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.
Keberkesanan vaksin tersebut dinilai daripada result clinical trial. Terdapat dua cara vaksin ini dinilai iaitu berdasarkan efficacy vaksin dan effectiveness vaksin.
Efficacy ditentukan daripada clinical trial berdasarkan keputusan daripada subjek yang kita pilih.
Manakala effectiveness pula dinilai berdasarkan kejayaan vaksin tersebut untuk memberi kesan kepada orang awam secara keseluruhan.
Untuk pengetahuan semua, Vaksin AstraZeneca telahpun dikeluarkan daripada Program Imunisasi Kebangsaan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana sebab-sebab tertentu.
Herd immunity
Kenapa negara pengeluar dah mencapai tahap herd immunity manakala Malaysia belum?
Sebelum menjawab persoalan tentang capaian herd immunity, jom kita faham dulu apa itu herd immunity:
"Herd immunity occurs when a large portion of a community (the herd) becomes immune to a disease, making the spread of disease from person to person unlikely. As a result, the whole community becomes protected — not just those who are immune."
Setiap virus mempunyai pencapaian peratusan herd immunity yang tersendiri. Selalunya sebanyak 50% ke 90% rakyat perlu divaksin barulah herd immunity boleh dicapai.
"The higher the level of immunity, the larger the benefit. This is why it is important to get as many people as possible vaccinated."
Ini bukan sahaja berkenaan dengan kematian yang disebabkan oleh virus, tetapi apabila kita masih belum lagi mencapai herd immunity tetapi kita sudah tidak mahu menjaga social distancing, mengabaikan pemakaian mask dan tidak mengelakkan crowd yang ramai, hal ini boleh mengakibatkan virus tersebut mutate dan akhirnya menyebabkan program vaksinasi mencapai kegagalan.
"This can increase transmission risk, decrease the effectiveness of vaccines, and make the pandemic harder to control in the long run. As long as there are unvaccinated populations in the world, SARS-CoV-2 will continue to spread and mutate."
Maka, marilah kita bersama-sama bersabar menunggu giliran masing-masing untuk mendapat suntikan vaksin ini. Setiap orang akan mendapat dua dos suntikan vaksin ini baru boleh memberikan tindakbalas yang baik dalam menghasilkan antibodi yang bagus dan kuat dalam badan kita. Selain itu, jangan lupa jaga SOP kerana SOP sangat penting untuk memastikan virus tidak disebarkan dengan mudah dan cepat. Jalankan tanggungjawab kita untuk melindungi bukan sahaja diri kita, tetapi ahli keluarga kita dan orang lain. Pesanan terakhir:
"Please continue to wear masks, maintain distance, avoid high-risk indoor gatherings, and get vaccinated as soon as a vaccine becomes available to us."
(Sumber mostly daripada: Instagram Doktor wnshazwani21)
(Sumber: https://www.jhsph.edu/covid-19/articles/achieving-herd-immunity-with-covid19.html)
Saturday, June 12, 2021
Hepi Beday Sister!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Hari ni hari jadi kakak. Selamat Hari Jadi. Semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah sentiasa. Kakak adalah orang yang dalam famili ni yang pentingkan agama dan meletakkan Allah dan akhirat di depan. Jadi, kalau kita nak dapatkan nasihat yang membuka mata atau bernas yang boleh menyedarkan kita kehidupan akhirat dan macam mana related nya dengan kehidupan dunia, boleh lah rujuk kepada kakak saya ni. Saya pun, when I am lost, I find her.
Jadi bersempena dengan hari jadi dia ni, dia masak nasi lemak special untuk kitorang. 😊
Tak ada kek tahun ni sebab PKP dan kakak tak nak hadiah daripada kitorg tahun ni. Entahlah kenapa 😒
I think she is blessed with good husband and good children. Moga saya pun begitu amin.
Dan semoga kita adik beradik dok pecoh. Amin























