Wednesday, June 30, 2021

MERENTAS MASA?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Perjalanan merentas masa menjadi satu topik yang menarik minat saya setelah menonton drama Korea bertajuk Alice. Drama tersebut mengisahkan bagaimana seorang wanita berjaya menjumpai formula fizik yang membantu manusia untuk merentas masa. Ia berkisar tentang bagaimana manusia daripada sebuah organisasi bernama Alice ini yang wujud pada tahun 2050, membantu manusia pada tahun 2020 yang mempunyai penyesalan pada masa lalu untuk mengubah masa lalu mereka agar hidup mereka berubah pada masa akan datang.   

Drama Alice Korea


Jika kita menonton drama di atas, kita akan nampak betapa chaosnya kehidupan seseorang semata-mata ingin mengubah masa lalu. Itu adalah kesan dan akibat yang akan berlaku sekiranya kita ingin mengubah masa lalu sesuka hati sedangkan banyak faktor yang perlu dikira sebelum sesuatu kejadian itu ingin diubah.

 

So, sounds so irrelevant, right?


Bagaimana manusia boleh merentas masa daripada masa lalu ke masa hadapan dan sebaliknya? 

Adakah perkara ini mustahil untuk dihasilkan? 

Adakah kita sudah punya bukti yang memungkinkan perkara ini boleh diwujudkan pada masa akan datang?


Jawapan kepada persoalan ini semuanya berbalik kepada kepercayaan kita kepada agama kita iaitu Islam. Islam telah mengemukakan pelbagai hujah berpandukan wahyu yang menentang teori merentas masa ini. Pada hemat saya, secara logik pun, memang mesin merentas masa tidak dapat diwujudkan. Dunia akan menjadi huru-hara sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. 


Berikut saya senaraikan hujah daripada perspektif Islam. (Rujukan: http://aku-macjay.blogspot.com/2011/05/kajian-al-quran-mesin-merentas-masa.html)


Blog di atas mempunyai content dan penjelasan yang sangat bagus tentang pencanggahan teori ini dengan wahyu Allah.


Saya ringkaskan di sini:

a) Peringatan Rasulullah SAW tentang kepentingan masa iaitu: 



Hujah di atas cukup kuat untuk menunjukkan bahawa:

- masa yang paling penting adalah masa sekarang. Gunakanlah masa yang ada agar tidak menyesal di kemudian hari. Ini membuktikan bahawa tiada apa yang dapat mengubah masa lalu kita andai kita leka dengan masa sekarang.  

b) Peringatan Allah dalam Al-quran.


c) Konsep taubat untuk kesalahan masa lalu

Konsep taubat dalam Islam jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lampau untuk mengubah atau mengelak daripada berbuat dosa. Segala kesilapan lalu hanya dapat dibersihkan melalui taubat. Taubat Nasuha contohnya merupakan taubat yang dibuat secara bersungguh-sungguh tanda penyesalan dosa silam dan berazam untuk tidak mengulanginya kembali pada masa akan datang.


 

d) Segalanya telah termaktub dalam Luh Mahfuz

Bagaimana mungkin kita boleh merentas masa dan mengubah keadaan dahulu ataupun masa hadapan apabila segala yang terjadi telah Allah tetapkan dalam Luh Mahfuz. Hanya ada beberapa perkara yang boleh diubah itupun hanya boleh dilakukan dengan doa sahaja.


  

Kenapa sebenarnya manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah mesin merentas masa?

Jawapannya mungkin ada kaitan dengan firman Allah: Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

Manusia suka untuk membuat perkara yang sia-sia kerana tiada panduan wahyu. Jadi, manusia suka untuk berbuat sesuatu yang seolah-olah ingin mencabar kuasa Tuhan. 


Jom kita soroti atau mengulangkaji serba sedikit teori yang berkaitan dengan merentas masa. Antaranya ialah: TEORI WORMHOLE dan SPECIAL RELATIVITY THEORY

TEORI WORMHOLE



Teori ini diilhamkan oleh Albert Einstein.

Lubang cacing merupakan suatu struktur dalam ruang-waktu yang dapat menghubungkan dua daerah berjauhan di alam semesta. Dengan menggunakan lubang cacing, perjalanan yang normalnya memakan waktu ribuan tahun cahaya dapat ditempuh dalam waktu singkat.

Lubang cacing berbeza daripada lubang hitam. Lubang hitam memang menyerap semua material dan gelombang akan tetapi material dan gelombang ini tidak dimuntahkan kembali oleh lubang hitam ke suatu tempat di alam semesta. Objek yang sudah masuk ke lubang hitam akan terkoyak-koyak sampai kepada level atom dan menyatu dengan jantung lubang hitam. Sementara itu, benda yang masuk ke lubang cacing akan muncul lagi ke suatu tempat di alam semesta. (Sumber: https://warstek.com/lubang-cacing/)

(Hebat betul manusia berfikir 👀)


SPECIAL RELATIVITY THEORY/TEORI KERELATIFAN KHAS

Teori kerelatifan terbahagi kepada dua iaitu teori kerelatifan khas dan am. Bagi saya teori ini sangat kompleks untuk difahami terutama kepada saya yang tidak mempunyai pengetahuan yang banyak tentang fizik. (Fizik SPM pun dapat 4B haha). I try to read but cannot understand it at all. So ........ the end




Jadi sebagai kesimpulannya, kita hendaklah menerima hakikat bahawa merentasi masa adalah mustahil sama sekali. Seharusnya kita persiapkan diri untuk akhirat dan jadikan dunia ini sebagai jambatan ke akhirat. Manfaatkan masa yang kita ada untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain. Sebagaimana kita tahu, tidak perlulah kita ingin merentasi ke masa lalu tetapi ambillah iktibar daripada Al-Quran sebuah buku yang mengandungi ilmu tentang masa lalu, sekarang dan masa hadapan even pengetahuan tentang perkara yang di luar dimensi kita (contoh alam roh, alam akhirat dan alam barzakh) pun ada dicatatkan di dalam Al-Quran.  

Tuesday, June 22, 2021

APPENDIKS ATAU APPENDICITIS - YANG MANA?

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Kita sudah seringkali mendengar tentang APPENDIKS, bukan? Mungkin ada dalam kalangan saudara mara kita yang terkena dengan penyakit yang seringkali dikaitkan dengan appendiks iaitu APPENDICITIS (Radang appendiks). Jadi selepas ini, jika anda ingin menyebut tentang keradangan pada appendiks, perkataan yang tepat ialah appendicitis bukan appendiks kerana appendiks adalah bahagian dalam badan kita dan term appendiks bukanlah merujuk kepada sesuatu penyakit. 

Sebelum kita mengulas tentang penyakit appendicitis, jom kenali serba sedikit tentang appendiks. Appendiks adalah bahagian yang terkeluar daripada usus besar berupa seperti sebuah kantung di bahagian bawah sebelah kanan badan kita. Walaupun fungsinya belum diketahui, appendiks juga boleh mendatangkan masalah - seperti appendicitis. 

Gambar di bawah ini menunjukkan kedudukan appendiks di dalam badan kita.


Punca appendicitis

Apakah penyebab terjadinya appendicitis? Antara penyebab yang dipercayai boleh mendatangkan keradangan kepada appendiks ialah:

- sisa makanan terkumpul di dalam appendiks

- terdapat ketulan najis yang keras terperangkap di dalam saluran appendiks

- jangkitan kuman

- jangkitan virus 

Jika sudah terdapat nanah dalam appendiks, appendiks tersebut hendaklah dibuang dengan segera sebelum ia pecah. Jika telah pecah, komplikasi lain yang lebih teruk boleh berlaku seperti peritonitis. Peritonitis dikelaskan sebagai kes kecemasan dan pembedahan pembuangan appendiks hendaklah dijalankan dengan segera. (Peritoneum: a continous membrane which lines the abdominal cavity and covers the abdominal organs) Antara simptom jika seseorang sudah ke peringkat mendapat peritonitis ialah:

- tidak dapat membuang air besar

- tidak dapat mengeluarkan angin (kentut)

- sedikit kencing

- demam

- rasa haus yang keterlaluan




Simptom-simptom

Apakah antara simptom yang tidak boleh diambilmudah yang menyebabkan anda berkemungkinan mendapat appendicitis?

Jangan sesekali abaikan diri anda jika anda secara tiba-tiba mengalami simptom seperti di atas. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan selanjutnya.

Rawatan

Appendiks yang mengalami keradangan haruslah dibuang melalui pembedahan. Pembedahan appendiks adalah merupakan pembedahan kecil dan pesakit dijangka boleh sembuh dengan segera selepas pembedahan. Jika appendiks telah pecah, pembedahan yang akan dilakukan menjadi sulit dan pesakit akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. 

Kos rawatan

Kos rawatan dalam RM4,000 sehingga RM6,000.

Kesimpulan

Semoga kita dilindungi daripada penyakit-penyakit yang berbahaya dan bagi sesiapa ada mengalami seperti simptom yang saya letakkan di atas, segeralah mendapatkan pemeriksaan dengan doktor yang bertauliah untuk mengelak komplikasi yang lebih teruk lagi jika lambat mendapatkan rawatan. 


Sunday, June 20, 2021

FATHER

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


"Is there any man who can treat me as good as how my father did?"


Inilah persoalan yang bermain di fikiranku hari ni. Menyebabkan aku berasa bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang ayah yang sangat baik walaupun pendiam haha


"How we allow men to treat us depends on how our fathers have treated us. He reminds me of what type of man I should choose for myself."

- Aku bersetuju sangat dengan statement ini. 


Ayah aku is THE ONLY MAN on this earth that treats me GOOD. THE ONLY MAN. NO OTHER.


It just makes me realize today how lucky I am to have my father as my father. He protect me, care, and never hurt my feelings - walaupun ada salah faham, at the end I know he did that because he loves me


Dan Ayah akulah yang paling risau kalau kita balik lambat, kita jatuh sakit dan sebagainya. Dan dia jugalah sosok yang tak pernah jemu menghadiahkan doa kepada anak-anaknya supaya sentiasa dalam lindunganNya selalu. 


Aku doakan abah dimasukkan ke dalam SYURGA. Moga Allah sentiasa merahmatinya dan mengampuninya 😭


Buat masa sekarang, saya hanya ingin ubati hati saya, gunakan masa ini untuk move on, tuntut ilmu dan improve diri and.....

I hope someday, Allah will grant me a man, who's going to treat me as good as my dad or better. Who's gonna love me and protect me, care for me and want me to love and care for him as well. Until Jannah.


MY FATHER


Saturday, June 19, 2021

Review Mystic Pop-up Bar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ni saya nak review tentang satu drama yang saya tonton dekat Netflix. Drama ni diberi tajuk Mystic Pop-up Bar. Drama ini berjumlah 16 episod. Saya memang recommend untuk anda menonton drama ini kerana ia sebuah drama yang santai tapi ada elemen kekeluargaan, kasih-sayang dan pengorbanan.

Jom kita tengok poster drama ni.


Drama ini berkisar tentang seorang wanita yang dijatuhkan hukuman kerana membunuh diri dan membunuh sebatang pokok yang dianggap sacred oleh penduduk kampung pada zaman pemerintahan bermaharaja dahulu. Tempoh hukuman dilanjutkan daripada 350 tahun ke 500 tahun iaitu sampailah ke zaman milennium ini. Pada zaman kini, perempuan terbabit membuka sebuah bar yang hanya boleh dilihat oleh orang yang ada dendam yang tak terlangsaikan. 

Jenis hukumannya ialah perempuan tersebut mesti membantu 1000,000 orang untuk membalas dendam. Jika cukup 100,000 jumlah bilangan orang yang dibantu, maka dia tidak perlu dihantar ke neraka. 

Jadi, cerita ini macam ada kaitan dengan Afterlife. Di mana ada pembalasan syurga dan neraka. Bagi sesiapa yang berbuat kebaikan boleh mendapat kehidupan yang lebih baik lagi jika dilahirkan semula seandainya dia banyak melakukan kebaikan kepada orang lain. Dan begitulah jika sebaliknya.

Apa yang menarik dalam drama ini juga ialah kehadiran seorang lelaki yang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Siapakah lelaki itu? Dan apakah kaitan lelaki terbabit dengan perempuan Afterlife tersebut? Jemput tonton ye. 😜

Selain jalan cerita, saya memang menggemari pelakon utama iaitu Hwang Jung-Eum. Dia memang seorang pelakon yang sangat berbakat dan dapat melakonkan watak dengan baik dalam drama-drama yang saya pernah tonton sebelum ini. Bagi saya dia merupakan seorang yang sangat bersahaja dan  kelakar.




Rating saya bagi untuk drama ini sebanyak 9/10. Kurang satu tu sebab saya tak suka ending dia. hahahaha. Nak tahu ending dia, kenalah tengok sendiri.

Thursday, June 17, 2021

BINGKAI

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Jika kita toleh ke kiri dan kanan kita, hampir kesemua adalah pemakai cermin mata. Cermin mata kini sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Tetapi, mungkin ada yang belum benar-benar mengenali cermin mata walaupun sudah memakainya bertahun-tahun.

Jadi, dalam entri kali ini, saya ingin membawa anda mengenali serba sedikit secara ringkas tentang basic yang ada pada sesebuah cermin mata.

Jom!

Terlebih dahulu, jom kita ketahui dan kenali bahagian pada cermin mata. Cermin mata terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagian utama pada cermin mata ialah bahagian hadapan untuk memegang kanta, temple atau kaki, hinge yang menhubungkan bahagian kaki dengan bahagian hadapan cermin mata, nosepad, nosepad arm dan temple tips


 Mengetahui bahagian-bahagian yang ada pada cermin mata adalah perlu dalam membantu anda dalam mengenalpasti nama bahagian yang rosak dan adakah ia boleh dibaiki atau tidak.

Seterusnya, adalah tentang bagaimana untuk mengetahui saiz yang ada pada sesebuah bingkai. Senang sahaja untuk membaca saiz pada sesebuah bingkai. Anda hanya perlu tengok pada kaki atau temple bingkai. Di situ ada tertulis nombor model bingkai dan saiz bingkai. Saiz bingkai selalunya ditulis seperti ini:

51-17-142

Apakah maksud 51?

= 51 itu merujuk kepada LEBAR bingkai cermin mata


Apakah maksud 17?

= 17 itu merujuk kepada BRIDGE cermin mata


Apakah maksud 142?

= 142 itu merujuk kepada panjang temple atau kaki bingkai




Jika sekiranya tulisan pada kaki bingkai cermin mata anda telah hilang, anda boleh mengukurnya dengan menggunakan pembaris. 


Pemilihan bingkai yang tepat adalah sangat penting untuk memastikan bingkai terletak di muka dan selesa dipakai. Jika tersilap memilih saiz bingkai, antara masalah yang sering dihadapi ialah: kembang tudung dan frame senang terlorot jatuh. Jadi, apabila memilih bingkai, anda kena mencubanya sendiri untuk merasa sendiri sama ada frame tersebut selesa dipakai, sesuai dengan bentuk muka atau pun tidak. Bagi yang mempunyai features muka yang tidak simetri, pemilihan bingkai yang tidak menunjukkan kekurangan wajah anda adalah sangat crucial. Optometris dan staf akan membantu membuat penilaian yang terbaik buat anda agar anda berpuas hati dengan bingkai yang dipilih. 

Selain itu, ada beberapa jenis bingkai yang terdapat di kedai cermin mata. Antaranya:

  • bingkai penuh
  • bingkai separuh
  • rimless
Bingkai penuh

Jika memilih bingkai penuh, antara kelebihan kepada si pemakai adalah:
  • cermin tidak mudah serpih atau pecah
  • lebih kukuh dan tahan lama
Bingkai separuh

Bingkai separuh diberi nama kerana hanya ada separuh sahaja bingkai di bahagian atas bingkai manakala ada separuh lagi digantikan dengan tali. Jika bingkai separuh menjadi pilihan, kelebihannya:
  • nampak seperti tidak memakai spek daripada jauh
  • kurang rasa terganggu dengan rim bingkai ketika melihat ke bawah
Kekurangannya pula:
  • napmpak lebih matang
  • mudah serpih jika terjatuh

Bingkai RIMLESS

Bingkai rimless adalah bingkai yang paling tidak selamat. Walaupun begitu, terdapat alternatif lain buat penggemar spek rimless iaitu dengan memilih cermin tahan pecah seperti polycarbonate dan trivex untuk ketahanan yang lebih lama. Kelebihan kepada frame seperti ini ialah: 
  • Nampak seperti tidak memakai cermin mata
  • Pandangan lebih jelas
  • Boleh memilih bentuk bebas
Kekurangannya pula:
  • Tidak boleh berkasar dengan cermin mata
  • Risiko mudah pecah tinggi jika tidak menggunakan kanta tahan pecah
  • Harga cermin lebih mahal
Selain jenis-jenis bingkai yang saya sebutkan di atas, bingkai juga bukan sahaja terdiri daripada bingkai besi dan plastik sahaja, ada pelbagai lagi jenis bingkai yang boleh kita dapati seperti bingkai jenis titanium, stainless steel, plastik acetate dan ultem. Bingkai-bingkai jenis ini mempunyai kelebihan tersendiri dan merupakan pilihan alternatif untuk yang ingin bingkai yang lebih ringan dan hypoallergenik. 

Staf di kedai cermin mata bersenang hati untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk anda. Just ask for their help. 😊

Tuesday, June 15, 2021

KUKU

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum




Hari ini topik yang ingin saya tulis merupakan topik yang agak ringan tetapi it is a broad topic. Ia adalah satu topik yang sangat dekat dengan kita. 

Kenapa saya kata ia adalah topik yang luas? Sebab daripada satu topik besar ni, boleh dipecahkan kepada banyak subtopik lagi. 

Hari ini saya ingin menulis tentang KUKU.

Memang hampir dengan kita kan? Ada beberapa pecahan topik di bawah tajuk KUKU ini. 
Antaranya ialah:
  1. Jom kenali bahagian jari dan kuku anda
  2. Fungsi kuku
  3. Penyakit yang berkaitan dengan kuku
  4. LUNULA?
  5. Pewarna kuku
  6. Cara penjagaan kuku
  7. Potong kuku cara Islam

JOM KENALI BAHAGIAN JARI ANDA

Tahukah anda setiap daripada jari kita mempunyai nama yang tersendiri. Barulah mudah untuk kita mengenalpasti atau memberitahu jari manakah yang kita guna. 
Jom tengok gambar di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


 
Setelah clear dengan nama-nama jari, jom kita ke subtopik yang seterusnya.

JOM KENALI KUKU ANDA

Setiap daripada bahagian badan kita mempunyai nama yang tersendiri even sekecil-kecil kuku sekalipun. Jom kita kenali setiap inci bahagian pada kuku kita dengan melihat pada gambar rajah di bawah:




Istilah popular yang sering kita dengar berkaitan kuku ialah kutikel dan lunula. 

"The cuticle is a layer of clear skin located along the bottom edge of your finger or toe. This area is known as the nail bed. The cuticle function is to protect new nails from bacteria when they grow out from the nail root"

Saya akan explain tentang fungsi kuku pada subtopik di bawah.

FUNGSI KUKU

Kewujudan kuku bukan hanya untuk tujuan kecantikan sahaja tetapi kuku mempunyai fungsi khas yang lebih kurang penting dengan bahagian lain pada badan kita.

Antara fungsi menarik kuku ialah: tanpa kuku tangan atau jari kita TIDAK AKAN MAMPU MEMEGANG atau mengambil sebarang objek, tidak mampu membuka halaman buku, menggaru dan sebagainya. Tanpa kehadiran kuku juga, kita tidak akan mampu berjalan dengan baik. Keseimbangan badan dapat dijaga dengan baik dengan adanya kuku. #feelinggrateful

PENYAKIT BERKAITAN DENGAN KUKU

Tahukah anda kuku boleh menjadi indikator kepada tahap kesihatan seseorang? Tetapi belum ada bukti atau kajian saintifik yang boleh menyokong pernyataan ini. Kajian secara mendalam atau prospektif study diperlukan untuk membuktikan perkara ini. 

Antara penyakit yang berkaitan dengan kuku ialah cekam kuku (Ingrown nails).
Cekam kuku adalah keadaan di mana kuku kaki tersebut tumbuh ke dalam daging lembut yang sepatutnya tumbuh dibahagian luar. 

Terdapat banyak lagi penyakit yang berkaitan kuku. Saya pernah dengar tentang cekam kuku sahaja. 😁
 
LUNULA

Banyak mitos dikaitkan dengan kuku terutamanya dengan bahagian LUNULA. Rupa-rupanya bahagian yang berwarna putih seperti separuh bulan pada kuku kita itu dinamakan sebagai LUNULA. Lunula adalah perkataan yang berasal daripada Latin bermaksud: Little moon. 

Tidak ada bukti sama sekali bahawa saiz lunula ada kaitan dengan sebarang penyakit. Untuk pengetahuan semua, memang saiz lunula kita berbeza pada setiap kuku dan ia lebih prominent pada ibu jari. Jika lunula tidak kelihatan, sebenarnya ia terletak di bawah kulit kita. Jadi jangan panik dan jangan bimbang sekiranya lunula tidak kelihatan atau saiznya sedikit berbeza. Paling penting sekali jangan diagnos sendiri badan anda tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu. 

Sedikit info berkaitan dengan LUNULA.

  • "White lunulae are healthy and natural. The moons should be several shades lighter than the skin." 
  • "Purple lunulae are a sign of poor blood circulation and a lack of oxygen in the organs and tissues."
  • An excessively large lunula may be an indication of problems with your cardiovascular system, heartbeat and low blood pressure. A large lunula is common in athletes but if it's present in a person who doesn't exercise, it could be an indication of stress.

Tetapi perlu diingatkan, jangan diagnos sendiri badan anda tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu. 


PEWARNA KUKU

Menjadi kegemaran wanita masa kini untuk mewarnakan kuku. Adakah perbuatan mewarna kuku ini dibenarkan dalam Islam dan adakah ada kesan sampingan penggunaan pewara kuku?

Bagi pewarna kuku yang menghalang air diklasifikasikan sebagai haram untuk dipakai kerana tidak sah jika dibawa untuk solat. Untuk mengetahui hukum mewarnakan kuku boleh rujuk kepada video link di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=1s_4Q5-Wvsc (Ustaz Azhar Idrus)

Berdasarkan video di atas hukum mewarnakan kuku ialah harus untuk suami. Sekiranya ingin menunaikan solat, pewarna kuku tersebut hendaklah ditanggalkan kerana ia tidak membenarkan air melaluinya. 

Bagaimana pula dengan orang yang belum berkahwin dan mewarnakan kuku ketika uzur?
- hanya boleh atau dibenarkan untuk mahram atau suami sahaja.

Sekarang terdapat pewarna kuku yang disahkan halal yang dihasilkan dari Australia berjenama KESTER BLACK. 



"Rumusan telap udara dan air Kester Black disahkan halal oleh Halal Certification Authority of Australia, dan juga Islamic Association of Katanning – iaitu satu pengesahan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, selaku lembaga yang bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan Islam di Malaysia."
 
Tetapi pada pandangan saya, sebagai wanita muslimah, tidak perlulah untuk berhias berlebihan ketika keluar daripada rumah dengan mewarnakan kuku kerana dibimbangi akan menimbulkan fitnah. Sekiranya ingin mewarnakan kuku, pakai sahaja di rumah untuk dilihat hanya kepada ahli keluarga dan suami. 

CARA PENJAGAAN KUKU

Segala kurniaan Allah merupakan amanah yang mesti dijaga dengan baik. Termasuk kuku, ada beberapa tips penjagaan kuku agar kuku sentiasa bersih dan sihat. 

Antaranya ialah:
  • elakkan memakai kasut yang ketat
  • jaga kesihatan badan untuk mengelakkan kencing manis dan obesiti
  • jangan gigit kuku atau menarik serpihan kuku dengan kasar
  • potong kuku selepas mandi kerana kuku lebih lembut selepas mandi memudahkan untuk kuku itu dipotong
  • sentiasa pastikan kuku kering dan bersih
  • sentiasa potong kuku secara berkala

Sebenarnya terdapat mesin yang boleh membantu untuk membersihkan dan mengilatkan kuku. Tetapi saya tidak pernah menggunakannya, jadi tidak dapat berkongsi tentang itu di sini. 


Mungkinkah ini alatnya?


Boleh sahaja ke spa jika memanjakan diri dengan membuat manicure dan padicure sekali sekala. Ia adalah sangat digalakkan bukan sahaja untuk membersih dan merapikan kuku tetapi juga boleh membantu merehatkan minda dan badan.


CARA POTONG KUKU CARA ISLAM



Sunnah potong kuku adalah dengan memulakan tangan/kaki KANAN terlebih dahulu. 
Manakala turutan memotong kuku kaki dan tangan itu ditentukan oleh ulama agar kelihatan tertib dalam memotong kuku. Adapun sunnah mengikut Nabi SAW adalah memulakan bahagian kanan terlebih dahulu.

(Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=wEaras4c1BY)

Tidak ada halangan untuk memotong kuku pada hari-hari tertentu. Dibolehkan sahaja untuk potong bila-bila masa. 

Cuma ada tiga keadaan yang menyebabkan kuku MAKRUH dan HARAM dipotong.

1. MAKRUH: Apabila orang tersebut masuk korban bermula dari 1 Zulhijjah sehinggalah selepas 
                       sembelihan dilakukakan
 
2. HARAM: Orang sudah niat berihram

3. HARAM: Orang yang meninggal dunia


Kalau tengah uzur syar'i, bolehkah perempuan potong kuku?
- BOLEH, tidak ada sebarang NAS melarang untuk potong kuku ketika haid dan nifas

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang kuku. Kalau nak cover semua, sehingga tahun depan tak habis. hehe

Monday, June 14, 2021

WELCOME TO MY BLOG

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


JEMPUT BACA TULISAN YANG SEDERHANA INI DI BLOG SAYA