Tuesday, June 8, 2021

BUKAN SENANG NAK SENANG & CHOOSE YOUR HARD

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Pepatah 'BUKAN SENANG NAK SENANG & CHOOSE YOUR HARD' berlegar-legar bermain di kepala. 

Pepatah ini mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ini tidak ada yang mudah sementelah Allah telah menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini merupakan ujian dan jambatan untuk ke akhirat.

So, secara ringkasnya kita tak boleh nak bersenang lenang hidup di dunia ini sebab target dan aim kita untuk bersenang-senang di syurga nanti Amin.

Sebab tu pepatah orang putih menyatakan 'CHOOSE YOUR HARD'. Kalau nak syurga, kenalah susah payah buat amal kat dunia ni. Jaga AKIDAH, AMAL dan IMAN kita di dunia ini. Sentiasa mohon perlindungan daripada ALLAH dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat. 

Bukan sahaja untuk kehidupan di akhirat kita kena bersusah payah di dunia, untuk mencapai sesuatu di dunia juga memerlukan usaha keras yang berterusan. Kejayaan tak datang dengan mudah. Nak kurus, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan, nak kaya kena bijak cari duit, nak makan kena suap makanan ke dalam mulut, makanan tak masuk sendiri ke mulut. So, semua benda susah. Jadi, CHOOSE YOUR HARD. 


Memang terpukul dengan kata-kata ini. Saya harap saya sentiasa melakukan terbaik setiap hari untuk kebaikan diri dan juga orang lain. BELAJAR, BELAJAR dan BELAJAR. 



JANGAN BERHENTI BELAJAR.

Monday, June 7, 2021

JERUNG, FILEM DAN PERUBATAN

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Malam semalam saya menonton filem horror tentang ikan jerung yang ganas yang menyerang dan memakan manusia. Seperti yang kita sedia tahu, memang jerung selalu digambarkan sebagai haiwan yang ganas kerana fizikalnya yang mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang besar. Banyak pengeluar filem luar negara menghasilkan filem horror bertemakan ikan jerung ini. Penonton juga sangat gemar untuk menonton filem yang melibatkan haiwan yang ganas seperti jerung dan ular anaconda kerana efek thrill dan suspens yang diberikan ketika menonton. 

Berdasarkan carian saya di Google berkenaan ikan jerung, terdapat pelbagai info menarik tentang ikan jerung jika dikorek dan dikaji. Jika sebelum ini saya hanya tahu bahawa jerung merupakan spesis ikan yang ganas sahaja, tetapi setelah melakukan beberapa carian berkenaan jerung, ia mengubah perspektif saya tentang jerung. 

Jerung merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Ia dikenali sebagai fosil hidup kerana ikan ini telah pun hidup berjuta tahun lamanya di muka bumi ini (Ia telah hidup lebih kurang dalam 450 juta tahun yang lalu). Jika kita tidak melindungi haiwan ini, jerung akan pupus pada masa akan datang. Kenapa kita mesti melindungi haiwan yang (dikenali sebagai) 'berbahaya' ini? 

Jawapannya: Jika haiwan liar ini dibunuh tidak kira untuk apa sebab sekalipun, ia boleh merosakkan ekosistem dan berpotensi membawa penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. 

(Boleh rujuk artikel ini:  https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/662114/ekosistem-manusia-rosak-jika-hidupan-liar-musnah)

Fakta terbaru tentang jerung adalah apabila ia dikatakan mempunyai bahan yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin COVID-19. How amazing, isn't it?

Menurut akhbar Harian Metro, sebanyak setengah juta jerung perlu dibunuh untuk memberi imunisasi kepada setiap penduduk dunia yang memerlukan dua dos vaksin COVID-19. Jerung dibunuh untuk mendapatkan minyak semulajadi iaitu squalene yang diekstrak daripada hati haiwan tersebut. 

Bagi menghasilkan satu tan (1 tan = 1000kg) squalene, sebanyak 3,000 jerung perlu dikorbankan. Kelebihan yang ada pada squalene adalah ia merupakan bahan tambahan dalam perubatan untuk meningkatkan keberkesanan vaksin dengan mewujudkan tindak balas imun yang lebih kuat. Oleh sebab itu, demi menyelamatkan manusia, hidupan haiwan liar ini menjadi terancam. 

Pembunuhan spesis terancam untuk tujuan perubatan adalah merupakan tindakan yang tidak wajar sama sekali.  

(Sumber berita Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/625905/bunuh-jerung-untuk-hasilkan-vaksin-covid-19)

Jom kenali apa itu squalene dan kelebihannya kepada manusia, terutamanya dalam skincare products. Squalene ini adalah sejenis minyak yang disapukan ke atas kulit muka kita. Ia juga datang dalam bentuk kapsul untuk diambil setiap hari. 

Squalane adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan kita tetapi penghasilannya berkurangan apabila usia semakin bertambah. Selain boleh didapati daripada hati ikan jerung dan kulit manusia, squalane juga boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti olives, rice bran dan wheat germ.

Kelebihannya: 

  • Boleh membekalkan kelembapan yang tinggi kepada kulit
  • Ia senang meresap ke dalam kulit
  • Ia tidak berminyak
  • Boleh melawan free-radicals yang membuatkan kulit menjadi tua dengan cepat
  • Menyeimbangkan penghasilan minyak 
  • Anti-aging
  • Ada anti-inflammatory effect yang boleh membantu memulihkan kulit daripada jerawat dan ekzema
  • Membantu boost blood circulation agar dapat menghasilkan kolagen secara semulajadi dengan lebih baik - agar kulit lebih tegang, plumpy dan glowing

(Sumber: https://thetruthbeautycompany.com/blogs/the-journal/benefits-of-squalane-oil)

Terdapat perbezaan antara squalEne dengan squalAne. Jom tengok gambar rajah di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.




Selain fakta berkaitan jerung di atas, jom kita kenali jerung dengan lebih dekat lagi dengan 23 fakta yang dikemukakan tentang jerung daripada blog ini: http://showuwhatigot.blogspot.com/2011/12/fakta-tentang-ikan-jerung.html?m=1

Sebagai kesimpulannya, walaupun jerung adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia, jerung juga mempunyai banyak manfaat lainnya kepada manusia dan menyumbang kepada keseimbangan ekosistem. Oleh itu, JANGAN BUNUH HIDUPAN LIAR INI !!

Sunday, June 6, 2021

SWAB TEST - KES POSITIF COVID DI MY KAMPUNG

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Semalam petugas kesihatan ada membuat pengumuman di kampung saya supaya semua penduduk kampung keluar menghadirkan diri untuk swab test kerana ada ENAM kes positif covid di kampung saya. 

Kes positif COVID ni melibatkan seorang individu yang baru pulang dari Kuala Lumpur ketika sambutan raya baru-baru ini.

Kesan daripada kes positif terbabit, hari ini 6hb Jun 2021, kami keluar untuk ujian SWAB yang dijalankan di sebuah surau di kampung saya.

Berikut saya kongsikan beberapa keping gambar sepanjang menunggu proses SWAB TEST dijalankan.

Sekitar jam 0845 pagi. Masih lagi lengang 👀

Selfie sekeping dengan ma.
Abah pun nampak kat hujung tu

Sekitar jam 0915 pagi petugas kesihatan sampai 

Saya sangat gembira dan rasa bersyukur dengan keprihatinan penduduk kampung saya yang sanggup hadir ke tempat SWAB TEST dan memberikan kerjasama yang baik dengan petugas kesihatan. Saya berharap agar Allah sahajalah yang dapat membalas segala penat lelah petugas kesihatan untuk memastikan semua orang dalam keadaan yang dilindungi daripada COVID-19. 

💪😊


Saturday, June 5, 2021

Rabies dan drama Korea

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Hari tu kan saya menonton drama Korea bertajuk: God's Quiz: Reboot. Best giler sebab saya memang suka tengok cerita genre Action, Crime dan Investigation. Dalam episod dua (tak silap), berkisar tentang Zombie yang terjadi akibat gigitan haiwan atau anjing yang sebenarnya disebabkan oleh virus Rabies (Virus anjing gila). 



Adakah anda semua familiar dengan term Rabies? Rabies ni popular di Malaysia sekitar tahun 50-an dan kembali menyerang penduduk di Sarawak sekitar tahun 2018 yang lalu. Malaysia ada melakukan program vaksinasi secara menyeluruh kepada stray dogs dan mewajibkan vaksin ke atas semua anjing yang berdaftar.

Bahaya Rabies ini adalah kerana boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Jadi, Rabies ni adalah suatu virus yang tidak asing lagi di Malaysia dan menyebabkan kematian 55,000 orang setiap tahun di Asia dan Afrika. 



(Sumber: https://www2.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Interim_Guideline_for_Prevention_and_Control_of_Human_Rabies_in_Malaysia.pdf)

Menonton drama berilmiah seperti tu menyebabkan kita teringin untuk menambah ilmu sebab menuntut ilmu ni kan seumur hidup. Ilmu-ilmu kehidupan macam ni lah yang boleh mengupgradekan value diri kita. Kita jangan jadi orang yang hidup di takuk yang lama. Seperti air yang bertakung tidak mengalir. Jom banyak-banyak tambah ilmu. Ilmu dunia dan akhirat.

Bercakap tentang Rabies tadi, di Malaysia jika open wound pada seseorang terdedah kepada air liur anjing, mereka hendaklah segera diberikan vaksin (tanpa diberikan anti-Rabies Immuniglobulin). Vaksin akan diberikan sebanyak empat suntikan pada hari 0, 3, 7 dan 14. Pemberian vaksin untuk dos kedua dan seterusnya akan diberikan sekiranya anjing terbabit disahkan mempunyai virus Rabies. Sekiranya anjing terbabit terbukti tidak mengandungi Rabies. Pemberian vaksin akan dihentikan. Sekiranya anjing tersebut tidak dapat ditangkap atau terlepas, pemberian vaksin akan dilengkapkan sehinggan dos keempat. 

Jadi apa itu anti-Rabies Immunoglobulin (Ig)?  

Anti-Rabies Immunoglobulin adalah sejenis antibody khas yang secara spesifik dihasilkan untuk meneutralisekan virus Rabies (antigen) sahaja. Anti-Rabies Ig ini hanya akan diberikan kepada orang yang terkena GIGITAN anjing sahaja pada hari pertama terkena gigitan anjing. Fungsi Ig ini adalah untuk mematikan virus-virus Rabies dengan cepat sebelum vaksin bertindak. Vaksin bertindak untuk menghasilkan antibody semulajadi dalam badan kita. Sekiranya anti-Rabies Ig ini tidak diberikan kepada pesakit yang terkena gigitan anjing, kemngkinan besar kebolehan badan untuk melawan virus ini akan menjadi lambat dan boleh menyebabkan kematian jika virus ini menyerang bahagian central nervous system kita.


Anjing adalah merupakan makhluk ciptaan Allah sama macam makhluk-makhluk lain. Walaupun anjing membawa mudarat sekiranya mempunyai virus, anjing yang sihat dan bebas virus juga memberikan manfaat yang besar terutamanya terhadap pasukan keselamatan negara seperti polis dalam mengenalpasti suspek, dadah dan sebagainya. Anjing juga digunakan untuk mengawasi kawasan tanaman dan menjaga rumah tuannya. Oleh sebab itu, jika anda ingin memelihara anjing, anjing anda haruslah mendapatkan suntikan vaksin Rabies untuk mengelakkan outbreak penyakit ini dalam kalangan masyarakat.


Friday, June 4, 2021

REVIEW PENGGUNAAN COSRX HONEY OVERNIGHT MASK

Bismillahirrahmanirahim

 Assalamualaikum


Dah lama saya menyepikan diri daripada menulis blog. So, hari ini saya ingin membuat review yang tidak berbayar tentang satu produk daripada COSRX iaitu COSRX HONEY OVERNIGHT MASK.

Baru-baru ini saya dapati kulit muka saya bermasalah dengan tiba-tiba. Ada timbul biji-biji kecil pada muka saya dan kulit kelihatan kusam tidak bermaya. Untuk pengetahuan semua, sudah beberapa bulan saya berhenti menggunakan serum kerana kekangan wang dan saya tidak pasti serum apa yang ingin sesuai untuk saya gunakan. 

Selepas keadaan kulit yang kelihatan kering dan kusam. Saya teringat yang saya pernah membeli satu produk untuk melembapkan kulit yang dipakai sepanjang malam. Sementelah itu, pelembap yang saya tengah gunakan sekarang semakin kehabisan isinya. Jadi, saya perlu sama ada meneruskan memakai pelembap yang sama ataupun beralih kepada jenis pelembap yang baru. 

Setelah melihat kepada keadaan kulit saya yang terkini, saya decide untuk menggantikan moisturizer yang saya gunakan sekarang dengan COSRX HONEY OVERNIGHT MASK kerana keadaan kulit saya menjadi lega setelah beberapa kali menggunakannya. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa kulit saya memang memerlukan honey untuk meredakan masalah kulit muka yang saya hadapi sekarang. 

Sumber imej: GOOGLE


Pada pendapat saya, texturenya ringan, dan jernih. Tidak berbau dan sedikit likat. Ia senang meresap ke dalam kulit. After effect: Kulit jadi lebih lembut, plumpy balik dan biji-biji kecil telah hilang. 

Sekiranya anda mengalami kulit jenis kering, adalah digalakkan untuk mencuba produk keluaran COSRX ini. 😘


Friday, August 28, 2020

CINTA

 ASSALAMUALAIKUM WBT


Dah lama tak menulis tentang CINTA. 

Erti cinta itu pada memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Now it is time for me to move on. I hope I am strong enough to face this and continue my life. 

May Allah grant my sabar with happiness with the right one. Amin. 

#sometimesloveispain 

Friday, April 3, 2020

COVID-19

Assalamualaikum WBT

Awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan satu virus yang diberi nama virus corona/covid-19.

                                         CO = Corona
                                         VI  = Virus
                                           D = Disease
                                          19 = Virus ini bermula pada tahun 2019

Boleh tak nak uninstall tahun 2020 sebab tahun ni ada virus?  *sigh*

Jika difikirkan dengan mendalam, kehadiran wabak ini menyedarkan kita tentang usia alam yang semakin ke penghujung. 

Banyak mana dah peperangan demi peperangan yang berlaku di dunia sehingga kini? Banyak peperangan disebabkan oleh ketamakan manusia untuk menguasai dunia di samping ingin menyekat kebangkitan umat Islam seperti yang berlaku di Palestin, Syria dan Iraq. Sesungguhnya, Palestin dan Syria bakal menjadi pusat pemerintahan Islam di akhir zaman setelah kemunculan Imam Mahdi kelak. Sebab itu, umat Islam seolah-olah dibantai habis-habisan.

Kehadiran wabak ini sedikit sebanyak merupakan tanda-tanda akhir zaman. Berpuluh-puluh ribu angka kematian di seluruh dunia gara-gara wabak ini. 

Oleh sebab virus ini merebak dengan cepat melalui udara (air-borne transmission), kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Gerakan (RMO) untuk mengekang penularan virus ini dalam kalangan rakyat.

Pada mulanya RMO ini hanya dilaksanakan untuk dua minggu sahaja bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Tetapi, tempohnya dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020 apabila graf jumlah kes meningkat hari demi hari. 

Angka kematian juga semakin meningkat sehingga setakat malam ini sudah 53 orang meninggal dunia akibat virus COVID-19 ini di negara kita.

Negara kita menghadapi peningkatan bilangan apabila ada individu tidak bertanggungjawab pergi melawat ke negara yang berisiko tinggi dan pulang ke Malaysia tanpa disaring terlebih dahulu.

Kita amat bimbang sekiranya gelombang virus ini tidak berkahir segera, negara bakal mengalami kegawatan atau kelumpuhan ekonomi dan kerajaan pasti tidak mampu menampung kos hidup rakyat sekiranya perkara ini berterusan.

Seruan kerajaan agar semua rakyat diminta berada di rumah masing-masing selama RMO ini wajarlah disambut dengan baik. Sebagai rakyat yang pritahin, kita seharusnya memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan dan anggota keselamatan.

Di samping itu, marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT, agar kita selamat dan virus ini dapat dibendung dan dibasmi dengan segera. Berikanlah kerjasama kepada kerajaan dan hargailah petugas-petugas perubatan yang bertungkus-lumus berkorban pada setiap saat untuk memastikan virus ini terkawal. Jangan kita sia-siakan usaha mereka dengan mengingkari arahan kerajaan untuk duduk diam di rumah. 

#staysafe #stayathome