AHAD;
9 OGOS 2015
JURNAL
3: MENDENGAR
Pelajaran
hari ni adalah tentang mendengar. Kebanyakan daripada kita tidak mengendahkan
perbuatan mendengar. Kebanyakan manusia mengambil mudah dengan perbuatan
tersebut. Kita lebih banyak bercakap berbanding mendengar sedangkan fitrah
manusia itu berbeza sekali kerana mereka suka didengari.
Mendengar
tidak diberi penekanan yang sama sebagaimana kita memberi penekanan kepada aspek
penulisan dan pembacaan. Sesungguhnya mendengar itu merupakan perbuatan orang
yang cerdik. Apabila kita mendengar kita seolah ‘memberi’ tetapi apabila kita
bercakap kita lebih kepada ‘menarik’ orang lain.
Pada
pendapat saya, kebanyakan masalah yang wujud dalam masyarakat secara umum dan kepada
keluarga terutamanya, disebabkan oleh kurangnya perbuatan mendengar di dalam sesebuah
keluarga. Ibu bapa kurang mahu mendengar luahan anak-anak, maka anak-anak akan
rasa jauh dengan ibu bapa lalu mengambil rakan menjadi teman rapat mereka. Tidak
akan menjadi masalah sekiranya rakan yang dipilih itu rakan yang betul dan
baik, tetapi jika sebaliknya maka banyak masalah yang akan timbul. Mereka
menjadi tidak gemar untuk berkongsi dengan ibu bapa kerana mereka sudah sedia
maklum bahawa ibu bapa tidak akan mendengar apa yang mereka cuba sampaikan.
Maka ini boleh menjadi salah satu punca lahirnya kebejatan sosial.
Orang
yang tidak seimbang antara bercakap dan mendengar seperti terlalu banyak
berckap dan kurang mendengar, akan menyebabkan manusia menjauh daripadanya.
Justeru itu, banyakkan mendengar, insyaAllah semakin bertambah orang yang ingin
rapat dengan kita.
Pelajaran
yang saya dapat kutip di dalam majalah Gen-Q selain topik utama pada hari ini
adalah berkenaan dengan kemuliaan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bakal tiba 10
bulan lagi. Oleh itu, persediaan harus bermula daripada sekarang. Perintah
wajib berpuasa ini dijelaskan oleh Allah di dalam sepotong ayat iaitu ayat ke-183
daripada surah Al-Baqarah.
‘Wahai
orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke
atas orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.’
Umat
Islam disyariatkan untuk berpuasa pada
bulan Sya’aban tahun kedua Hijrah.
Tetapi,
Allah telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk berbuka sekiranya mereka
mempunyai sebab ataupun keadaan yang kukuh untuk tidak berpuasa. Sebagai
contoh, orang yang sedang bermusafir atau sakit. Tetapi, mereka hendaklah
menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain atau dalam bahasa Arab qada’
puasa. Bagi yang mempunyai keuzuran untuk berpuasa yang boleh memudaratkannya
jika berpuasa malah beliau tidak mampu untuk berpuasa walaupun bukan pada bulan
Ramadhan, mereka hendaklah membayar fidyah. Walaupun begitu, Allah mengatakan
sekiranya mereka mengetahui, antara membayar fidyah dan berpuasa, maka tentulah
berpuasa itu lebih baik. Itulah antara isi keterangan dalam ayat yang
seterusnya iaitu ayat ke 184.
Keistimewaan
bulan Ramadhan berganda kerana dalam bulan tersebut telah diturunkan Al-Quran.
Al-Quran merupakan mukjizat paling agung kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan
petunjuk untuk sekalian manusia. Hal ini diceritakan oleh Allah dalam ayat ke
185 daripada surah yang sama.
Oleh
itu, hendaklah kita mengambil peluang yang Allah berikan untuk melakukan ibadah
dengan semaksima mungkin agar kita dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan
diredhai Allah. InsyaAllah.
Seperti
yang kita sedia maklum, semua ciptaan Allah yang dapat kita nikmati ini sungguh
cantik dan luar biasa sekali. Setiap makhluk mempunyai peranan masing-masing dan
uniknya adalah mereka bergantung antara satu sama lain. Manusia memerlukan
tumbuhan untuk mendapatkan oksigen sepertimana tumbuhan memerlukan manusia
untuk mendapatkan karbon dioksida untuk proses fotosintesis.
Justeru,
apabila melihat kebesaran Allah hendaklah kita memujinya. Islam mengajar kita
untuk tidak lupa memuji Allah apabila melihat kebesaranNya. Kita telah diajar
berkenaan dengan sepotong doa di dalam Al-Quran daripada ayat 191 surah Ali
Imran yang berbunyi:
“Rabbana
Ma Khalaqta Haza Batila, Subhanaka Faqina Azabannar”
Pujilah
Allah setiap masa bukan sahaja ketika melihat kebesaran penciptaanNya sahaja kerana
antara penciptaanNya yang paling agung begitu dekat dengan kita iaitu diri kita
sendiri. Subhanallah.
Selain
itu, saya begitu tertarik dengan sebuah kisah yang memberi inspirasi berkenaan
dengan seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Zaid Al-KhaiL. Apabila
beliau memeluk islam, Rasulullah SAW menukar namanya kepada Zaid Al-KhaiR.
Sebagaimana namanya begitulah orangnya. Saya kira agak panjang untuk menukilkan
kisahnya di dalam warkah pendek saya ini. Jadi saya menulis beberapa kata kunci
berkenaan dengan beliau agar melalui kata kunci tersebut dapat membantu saya
mengingati kisah beliau.
Antara
kata kunci kisah beliau ialah:
1) seorang
pemilik kuda
2)
seorang lelaki daripada bani Amir
3)
kemarau
4) keluar mencari rezeki untuk membantu
keluarga dalam musibah tersebut
5)
terjumpa sebuah khemah milik ayah kepada Zaid
6)
100 ekor unta diketuai oleh seekor unta jantan
7)
kekenyangan
8)
tidur nyenyak
9)
lelaki tersebut mencuri unta jantan, tetapi unta-unta yang lain mengikutinya
10)
Zaid berjaya temui pencuri tersebut
11)
tidak menghukum pencuri tersebut malah menolongnya mendapatkan unta kerana
beliau akan berperang dan akan memberikan harta rampasan perang iaitu unta
kepada pemuda tersebut apabila beliau menang
12)
mengucap syahadah apabila sampai di Madinah setelah mendengar khutbah Rasulullah
‘Aku lebih baik drpd kuda yang kamu sembah’
13)
meninggal tidak lama selepasa keislamannya
Berkata
Rasulullah SAW, Zaid ini mempunyai dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu
SABAR dan SOPAN. ALLAHUAKBAR!
Sekian.
No comments:
Post a Comment