Showing posts with label gEN-Q. Show all posts
Showing posts with label gEN-Q. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Random - ulasan Majalah Gen-Q

18 OGOS 2015, SELASA
JURNAL 5: SYUKUR

Syukur. Ia merupakan sebuah kalimah agung yang membuktikan rasa kehambaan seorang manusia kepada Tuhannya. Apalah yang mampu dilakukan oleh seorang hamba tanpa belas kasihan dan bantuan daripada Allah. Oleh sebab itu, kita harus belajar menjadi hamba yang bersyukur kerana Allah menyukai orang yang bersyukur kepadaNya. Ingatlah Allah pasti menambah rezeki kepada orang yang mahu bersyukur kepadaNya.

Hanya dengan satu kalimah Alhamdulillah sahaja sudah memadai untuk membuktikan rasa syukur seorang hamba kepada Pencipta. Ayuh kita belajar bersyukur dengan sentiasa melazimi kalimah Alhamdulillah apabila menerima nikmat daripadaNya.

Beralih kepada ceirta tentang sifat ahli syurga yang disebut oleh Rasulullah SAW. Dia ialah seorang lelaki yang ibadatnya biasa-biasa sahaja, tetapi memiliki hati yang cukup bersih sehingga tidak pernah bersangka buruk terhadap orang lain dan hanya perkataan yang baik-baik sahaja keluar daripada mulutnya. Fuh! Hebat benar orang ini. Dialah yang dikenali sebagai Saad bin Abi Waqqas. Beruntunglah orang yang Rasulullah sebut sebagai bakal penghuni syurga. Dimanakah kita? Jika ingin menjadi penghuni syurga juga, apa kata kita pun beramal dengan amalan bakal penghuni syurga. Aku cuba insyaAllah.

Pernahkah anda berada dekat dengan perokok? Apakah perasaan anda pada ketika itu? Sakit hati? Sesak nafas? Itulah kesan dikelilingi perokok. Merokok membuatkan perokok berbau tidak nyaman dan boleh menyesakkan nafas orang lain dengan asap mereka. Ingatlah fatwa kebangsaan telah memfatwakan bahawa merokok itu adalah haram kerana merokok membawa keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Lama kelamaan organ-organ dalaman akan menerima kesan akibat daripada rokok. Jadi, keseronokan merokok itu hanya sementara berbanding dengan penderitaan yang akan ditanggung kelak. Oleh itu, jauhilah merokok dan perokok. Banyak produk di pasaran yang boleh membantu menghentikan ketagihan rokok. When there is a will there is a way. Berjumpalah dengan doktor agar tabiat merokok boleh dihentikan secara berperingkat dengan cara yang betul.

Mesti ada di kalangan kita yang suka bersukan, bukan? Terutamanya kepada kaum lelaki. Mereka suka beriadah bersama kawan-kawan pada waktu petang. Sesudah bermain, mereka terus ke surau atau masjid berdekatan untuk berjemaah tanpa terlebih dahulu membersihkan diri. Apakah hukum solat dengan peluh hasil daripada bermain tadi? Solatnya sah tentu sekali. Tetapi sekiranya bau badan akibat peluh boleh mengganggu jemaah lain, maka seeloknya mereka pergi membersihkan diri terlebih dahulu. Pasti ibadat menjadi lebih khusyu’ kesan daripada badan yang wangi dan bersih.


Sekian setakat ini sahaja dulu. Inilah ilmu yang dapat saya kutip pada hari ini. Moga Allah redha.

JURNAL 3: MENDENGAR (ULASAN MAJALAH GEN-Q)

AHAD; 9 OGOS 2015
JURNAL 3: MENDENGAR

Pelajaran hari ni adalah tentang mendengar. Kebanyakan daripada kita tidak mengendahkan perbuatan mendengar. Kebanyakan manusia mengambil mudah dengan perbuatan tersebut. Kita lebih banyak bercakap berbanding mendengar sedangkan fitrah manusia itu berbeza sekali kerana mereka suka didengari.

Mendengar tidak diberi penekanan yang sama sebagaimana kita memberi penekanan kepada aspek penulisan dan pembacaan. Sesungguhnya mendengar itu merupakan perbuatan orang yang cerdik. Apabila kita mendengar kita seolah ‘memberi’ tetapi apabila kita bercakap kita lebih kepada ‘menarik’ orang lain.

Pada pendapat saya, kebanyakan masalah yang wujud dalam masyarakat secara umum dan kepada keluarga terutamanya, disebabkan oleh kurangnya perbuatan mendengar di dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa kurang mahu mendengar luahan anak-anak, maka anak-anak akan rasa jauh dengan ibu bapa lalu mengambil rakan menjadi teman rapat mereka. Tidak akan menjadi masalah sekiranya rakan yang dipilih itu rakan yang betul dan baik, tetapi jika sebaliknya maka banyak masalah yang akan timbul. Mereka menjadi tidak gemar untuk berkongsi dengan ibu bapa kerana mereka sudah sedia maklum bahawa ibu bapa tidak akan mendengar apa yang mereka cuba sampaikan. Maka ini boleh menjadi salah satu punca lahirnya kebejatan sosial.

Orang yang tidak seimbang antara bercakap dan mendengar seperti terlalu banyak berckap dan kurang mendengar, akan menyebabkan manusia menjauh daripadanya. Justeru itu, banyakkan mendengar, insyaAllah semakin bertambah orang yang ingin rapat dengan kita.

Pelajaran yang saya dapat kutip di dalam majalah Gen-Q selain topik utama pada hari ini adalah berkenaan dengan kemuliaan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bakal tiba 10 bulan lagi. Oleh itu, persediaan harus bermula daripada sekarang. Perintah wajib berpuasa ini dijelaskan oleh Allah di dalam sepotong ayat iaitu ayat ke-183 daripada surah Al-Baqarah.

‘Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.’

Umat Islam disyariatkan untuk  berpuasa pada bulan Sya’aban tahun kedua Hijrah.

Tetapi, Allah telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk berbuka sekiranya mereka mempunyai sebab ataupun keadaan yang kukuh untuk tidak berpuasa. Sebagai contoh, orang yang sedang bermusafir atau sakit. Tetapi, mereka hendaklah menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain atau dalam bahasa Arab qada’ puasa. Bagi yang mempunyai keuzuran untuk berpuasa yang boleh memudaratkannya jika berpuasa malah beliau tidak mampu untuk berpuasa walaupun bukan pada bulan Ramadhan, mereka hendaklah membayar fidyah. Walaupun begitu, Allah mengatakan sekiranya mereka mengetahui, antara membayar fidyah dan berpuasa, maka tentulah berpuasa itu lebih baik. Itulah antara isi keterangan dalam ayat yang seterusnya iaitu ayat ke 184.

Keistimewaan bulan Ramadhan berganda kerana dalam bulan tersebut telah diturunkan Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat paling agung kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan petunjuk untuk sekalian manusia. Hal ini diceritakan oleh Allah dalam ayat ke 185 daripada surah yang sama.

Oleh itu, hendaklah kita mengambil peluang yang Allah berikan untuk melakukan ibadah dengan semaksima mungkin agar kita dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan diredhai Allah. InsyaAllah.
Seperti yang kita sedia maklum, semua ciptaan Allah yang dapat kita nikmati ini sungguh cantik dan luar biasa sekali. Setiap makhluk mempunyai peranan masing-masing dan uniknya adalah mereka bergantung antara satu sama lain. Manusia memerlukan tumbuhan untuk mendapatkan oksigen sepertimana tumbuhan memerlukan manusia untuk mendapatkan karbon dioksida untuk proses fotosintesis.

Justeru, apabila melihat kebesaran Allah hendaklah kita memujinya. Islam mengajar kita untuk tidak lupa memuji Allah apabila melihat kebesaranNya. Kita telah diajar berkenaan dengan sepotong doa di dalam Al-Quran daripada ayat 191 surah Ali Imran yang berbunyi:

“Rabbana Ma Khalaqta Haza Batila, Subhanaka Faqina Azabannar”

Pujilah Allah setiap masa bukan sahaja ketika melihat kebesaran penciptaanNya sahaja kerana antara penciptaanNya yang paling agung begitu dekat dengan kita iaitu diri kita sendiri. Subhanallah.

Selain itu, saya begitu tertarik dengan sebuah kisah yang memberi inspirasi berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Zaid Al-KhaiL. Apabila beliau memeluk islam, Rasulullah SAW menukar namanya kepada Zaid Al-KhaiR. Sebagaimana namanya begitulah orangnya. Saya kira agak panjang untuk menukilkan kisahnya di dalam warkah pendek saya ini. Jadi saya menulis beberapa kata kunci berkenaan dengan beliau agar melalui kata kunci tersebut dapat membantu saya mengingati kisah beliau.

Antara kata kunci kisah beliau ialah:

1) seorang pemilik kuda
2) seorang lelaki daripada bani Amir
3) kemarau
4) keluar mencari rezeki untuk membantu keluarga dalam musibah tersebut
5) terjumpa sebuah khemah milik ayah kepada Zaid
6) 100 ekor unta diketuai oleh seekor unta jantan
7) kekenyangan
8) tidur nyenyak
9) lelaki tersebut mencuri unta jantan, tetapi unta-unta yang lain mengikutinya
10) Zaid berjaya temui pencuri tersebut
11) tidak menghukum pencuri tersebut malah menolongnya mendapatkan unta kerana beliau akan berperang dan akan memberikan harta rampasan perang iaitu unta kepada pemuda tersebut apabila beliau menang
12) mengucap syahadah apabila sampai di Madinah setelah mendengar khutbah Rasulullah ‘Aku lebih baik drpd kuda yang kamu sembah’
13) meninggal tidak lama selepasa keislamannya

Berkata Rasulullah SAW, Zaid ini mempunyai dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu SABAR dan SOPAN. ALLAHUAKBAR!


Sekian.