18
OGOS 2015, SELASA
JURNAL
5: SYUKUR
Syukur.
Ia merupakan sebuah kalimah agung yang membuktikan rasa kehambaan seorang
manusia kepada Tuhannya. Apalah yang mampu dilakukan oleh seorang hamba tanpa
belas kasihan dan bantuan daripada Allah. Oleh sebab itu, kita harus belajar
menjadi hamba yang bersyukur kerana Allah menyukai orang yang bersyukur
kepadaNya. Ingatlah Allah pasti menambah rezeki kepada orang yang mahu
bersyukur kepadaNya.
Hanya
dengan satu kalimah Alhamdulillah sahaja sudah memadai untuk membuktikan rasa
syukur seorang hamba kepada Pencipta. Ayuh kita belajar bersyukur dengan
sentiasa melazimi kalimah Alhamdulillah apabila menerima nikmat daripadaNya.
Beralih
kepada ceirta tentang sifat ahli syurga yang disebut oleh Rasulullah SAW. Dia ialah
seorang lelaki yang ibadatnya biasa-biasa sahaja, tetapi memiliki hati yang
cukup bersih sehingga tidak pernah bersangka buruk terhadap orang lain dan hanya
perkataan yang baik-baik sahaja keluar daripada mulutnya. Fuh! Hebat benar
orang ini. Dialah yang dikenali sebagai Saad bin Abi Waqqas. Beruntunglah orang
yang Rasulullah sebut sebagai bakal penghuni syurga. Dimanakah kita? Jika ingin
menjadi penghuni syurga juga, apa kata kita pun beramal dengan amalan bakal
penghuni syurga. Aku cuba insyaAllah.
Pernahkah
anda berada dekat dengan perokok? Apakah perasaan anda pada ketika itu? Sakit
hati? Sesak nafas? Itulah kesan dikelilingi perokok. Merokok membuatkan perokok
berbau tidak nyaman dan boleh menyesakkan nafas orang lain dengan asap mereka.
Ingatlah fatwa kebangsaan telah memfatwakan bahawa merokok itu adalah haram
kerana merokok membawa keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Lama kelamaan
organ-organ dalaman akan menerima kesan akibat daripada rokok. Jadi, keseronokan
merokok itu hanya sementara berbanding dengan penderitaan yang akan ditanggung
kelak. Oleh itu, jauhilah merokok dan perokok. Banyak produk di pasaran yang
boleh membantu menghentikan ketagihan rokok. When there is a will there is a
way. Berjumpalah dengan doktor agar tabiat merokok boleh dihentikan secara
berperingkat dengan cara yang betul.
Mesti
ada di kalangan kita yang suka bersukan, bukan? Terutamanya kepada kaum lelaki.
Mereka suka beriadah bersama kawan-kawan pada waktu petang. Sesudah bermain,
mereka terus ke surau atau masjid berdekatan untuk berjemaah tanpa terlebih
dahulu membersihkan diri. Apakah hukum solat dengan peluh hasil daripada
bermain tadi? Solatnya sah tentu sekali. Tetapi sekiranya bau badan akibat
peluh boleh mengganggu jemaah lain, maka seeloknya mereka pergi membersihkan diri
terlebih dahulu. Pasti ibadat menjadi lebih khusyu’ kesan daripada badan yang
wangi dan bersih.
Sekian
setakat ini sahaja dulu. Inilah ilmu yang dapat saya kutip pada hari ini. Moga
Allah redha.
No comments:
Post a Comment