Wednesday, July 14, 2021

Major Depressive Disorder (MDD)

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada melalui episod sedih seperti kehilangan pekerjaan atau kematian orang yang disayangi. Tetapi, apabila sesorang berada dalam fasa kesedihan yang terlalu lama, ia akan membawa kepada kemurungan (depression). Daripada kemurungan  yang berpanjangan akan membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai 'Major Depressive Disorder' / (MDD). 

Pernahkah anda  mendengar tentang penyakit ini? Penyakit ini adalah satu penyakit mental dan psikologi. Individu yang mengalaminya mungkin telah lama berada di dalam tempoh tekanan atau kemurungan yang panjang disebabkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam hidup mereka. 

Apabila seseorang individu mengalami MDD ini, seluruh fungsi kehidupan mereka akan terjejas seperti kitaran tidur ataupun selera makan.  

Diagnosis MDD biasanya akan dibuat dengan mengambil kira perasaan pesakit, simptom-simptom yang dialami dan tindak-tanduk (behaviour) pesakit. Jom kenali tanda-tanda seseorang individu itu mengalami MDD:

Tanda-tanda penyakit kemurungan:
1. Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya.
3. Kurang selera makan atau berat badan merosot (~5 peratus) daripada asal dalam waktu yang singkat.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Selalu letih dan kurang tenaga.
6. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
7. Tidak mampu memberikan perhatian atau konsentrasi terjejas.
8. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
9. Gejala ini menjejaskan fungsi seharian individu samaada dari segi aspek sosial atau pekerjaan.

Punca tekanan berlaku pula ialah:

Sebab-sebab berlaku kemurungan
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan:
1) Genetik atau keturunan: Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi.
2) Personaliti diri: Individu dengan personaliti yang selalu gelisah, pendiam serta kurang ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
3) Trauma ketika kanak-kanak: Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak seperti penderaan fizikal / mental atau kehilangan ibu bapa sewaktu kecil didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi.
4) Penggunaan dadah atau alkohol.
5) Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan.
6) Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak. Bahan kimia utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Selain daripada itu norepinephrine dan dopamine juga turut terlibat. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita.

Tekanan yang dialami oleh pesakit berkeupayan mengganggu kebolehan pesakit untuk mengawal kestabilan mood dan kimia otak. Hal ni akan membawa kepada kebolehan pesakit untuk menumpu, berfikir dan membuat keputusan terganggu dan merosot. 

Kebiasaannya mereka akan dirawat dengan memakan ubat dan sekiranya terdapat lintasan fikiran ingin membunuh diri, mereka akan dipantau di wad sehingga mereka kembali pulih.

Selain ubat-ubatan, pesakit MDD dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat menaikkan mood dan mengurangkan simptom MDD.

Antara yang boleh dilakukan adalah:

1. Mengamalkan makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Jauhkan daripada pengambilan processed food

3. Banyakkan exercise kerana MDD akan menyebabkan badan berasa kurang bermaya. Dengan exercise, ia boleh menaikkan mood dan membuatkan pesakit berasa lebih baik.

Terdapat peluang untuk sembuh sekiranya individu tersebut mendapatkan rawatan awal. Sekiranya tidak mendapat rawatan lebih awal, perkara buruk yang mungkin berlaku ialah individu tersebut tidak lagi boleh bekerja dan membuat aktiviti harian dengan baik. Selain itu, pesakit juga mungkin akan mendapat delusi atau halusinasi dan berkemugkinan mempunyai fikiran untuk membunuh diri.  Hal ini mengakibatkan pesakit perlu dipantau dengan ketat sebelum dipastikan pesakit itu benar-benar sembuh.

        # pesanan penaja: aku mentally healthy 💓  # just sharing this topic for general knowledge  

Friday, July 9, 2021

Kak El, I'm Gonna Miss You

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita pemergian kawan serumah saya di Kuala Lumpur. Arwah merupakan seorang jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Amat mengejutkan. Arwah masih muda berumur 32 tahun. Beliau meninggalkan kami semua ke negeri abadi pada tanggal 4 Julai 2021. 😢

Saya tak ada sangat gambar dengan Kak El. Di sini saya letakkan sekeping gambar Kak El (ambil daripada Facebook Kak El) untuk dijadikan kenangan. 



Kami tahu, sebagai jururawat di hospital besar, arwah sentiasa sibuk. Tetapi arwah sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat selalu. Kematian arwah katanya dikaitkan dengan overwork. Wallahualam. Keputusan SWAB COVID menunjukkan keputusan ujian adalah negatif. 

Sepanjang saya tinggal di Kuala Lumpur, arwah adalah seorang kakak yang baik. Selalu rajin memberikan semangat dan nasihat kepada saya. Yang paling saya ingat ialah ketika hanya saya dan arwah yang ada di rumah tersebut. Penghuni lain ada yang belum pulang daripada kerja dan ada yang pulang ke kampung. Malam itu, arwah balik lambat dan saya kebetulan ada di ruang tamu sedang melipat kain. So, sebelum arwah masuk tidur, lama kami menghabiskan masa dengan bersembang di ruang tamu tersebut.  Itu merupakan memori yang paling kuat yang saya ada semasa bersama-sama dengan arwah.

Masih kuat dalam ingatan ketika hari terakhir saya di Kuala Lumpur, arwah lah yang tolong saya mengangkat barang ke dalam kereta sebelum saya berangkat ke Kedah. Thank You, Kak El. Ingatkan boleh jumpa lagi selepas daripada itu, tetapi Allah lebih menyanyangi Kak El. 😢

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. We will always remember you, Kak El. 😢  

Monday, July 5, 2021

Bendera Putih

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Baru-baru ini, bendera putih menjadi isu terhangat dalam negara berikutan tular sebuah posting di facebook yang menggalakkan untuk mengibarkan bendera putih di luar rumah sebagai simbolik meminta bantuan sekiranya tidak ada bekalan makanan di rumah tersebut.  Bendera putih yang digantung di luar rumah memudahkan badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, jiran-jiran atau wakil rakyat untuk mengenalpasti mereka yang terdesak dan memerlukan pertolongan. 

Namun begitu, masih ada sebilangan golongan yang tidak bersetuju dengan idea tersebut. Mereka menganggap bahawa tindakan seperti itu hanya akan mengaibkan penduduk rumah terbabit. Pandangan sedemikian dibimbangi boleh memburukkan keadaan dan boleh membuatkan mereka yang memerlukan bantuan seperti kehilangan punca. Bukan semua orang yang memerlukan bantuan mengetahui cara yang betul untuk memohon bantuan melalui saluran rasmi. Diharap usaha yang sedikit ini, dapat meringankan beban mereka yang tengah dalam kesempitan. 

Berikut merupakan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan: 

Hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut. Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan mengenal pasti pihak yang dalam kesusahan, maka boleh dilaksanakan. Sebaliknya jika kita lihat itu sebagai mengaibkan diri sendiri maka wajar dielakkan. Dalam keadaan sekarang, ramai pihak  sudi menghulurkan bantuan dan juga disediakan nombor-nombor untuk dihubungi  bagi mereka yang dalam kesusahan. Mereka juga boleh menghubungi terus pihak yang membantu untuk segera mendapatkan bantuan. Ia terserah kepada pertimbangan masing-masing dalam melaksanakan melalui cara dan inisiatif dalam bentuk bagaimana yang dirasakan selesa. 

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaslah bahawa mengibarkan bendera putih adalah salah satu usaha untuk mendapatkan bantuan. Namun, saluran lain juga harus digunakan sebagai alternatif lain seperti menghubungi pihak tertentu agar bantuan dapat disampaikan melalui pelbagai cara. Di samping itu, dengan mengibarkan bendera putih, proses menyalurkan bantuan dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan.

Siapakah yang memulakan kempen bendera putih?



Nik Faizah binti Nik Othman (Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan) merupakan pelopor kempen bendera putih. Berikutan posting di Facebook-nya pada 28 Jun 2021 tentang galakan mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan telah menjadi tular dengan begitu cepat sekali. Di Twitter sahaja, sekitar 41,000 hashtag #benderaputih telah dicicip. Rakyat menyambut baik kempen ini kerana bimbang dengan status ekonomi seseorang yang mendesak dan juga kesihatan mental rakyat kini yang tertekan dengan keadaan semasa akibat kehilangan punca pendapatan.  

Menurut statistik, jumlah kes bunuh diri meningkat sejak tularnya virus COVID-19 ini. Bilangan kes adalah sangat membimbangkan. Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia), kes bunuh diri meningkat kepada 631 kes daripada 609 kes pada tahun 2019. Malah, sudah berlaku 366 kes bunuh diri dilaporkan oleh polis bagi tiga bulan pertama tahun ini. Jadi, besarlah harapan kita semua, dengan berlangsungnya kempen solidariti ini secara aktif, banyak nyawa rakyat dapat diselamatkan.

Jom sama-sama kita bersolidariti menyokong kempen mengibar bendera putih ini agar jiran-jiran dan rakyat Malaysia dapat menerima bantuan dengan segera. 👍


Sumber: 

1. Kosmo! Apa Salahnya Mengibarkan Bendera Putih? Jamdi Nasir 1 Julai 2021: https://www.kosmo.com.my/2021/07/01/apa-salahnya-mengangkat-bendera-putih/

2. Malaysia Date Line Perlekeh Kibar Bendera Putih Tanda Hati Hati Sudah Hitam Shahbudin Husin 1 Julai 2021: https://malaysiadateline.com/perlekeh-kibar-bendera-putih-tanda-hati-sudah-hitam/

3. Mufti Wilayah Persekutuan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-588: Hukum Kibar Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan Aiman Rafie 1 Julai 2021: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4853-irsyad-al-fatwa-siri-ke-588-hukum-kibar-bendera-putih-untuk-meminta-bantuan

4. Berita Harian Sokong Kempen Bendera Putih 2 Julai 2021: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/07/834545/sokong-kempen-bendera-putih

5. Ismaweb Bendera Putih: Ahli Politik Patut Rasa Bersalah Tak Tahu Rakyat Perlu Bantuan Athirah Huda Zaihe 3 Julai 2021: https://ismaweb.net/2021/07/03/bendera-putih-ahli-politik-patut-rasa-bersalah-tak-tahu-rakyat-perlu-bantuan/

6.  Ikram Bendera Putih: Mencari Pemimpin Berjiwa Umar Abdul Aziz Atriza Umar 29 Jun 2021: https://ikram.org.my/berita/artikel/item/4555-bendera-putih-mencari-pemimpin-berjiwa-umar-abdul-aziz.html

7. Info Rakyat Siapa Mulakan Kempen Kibar Bendera Putih? 30 Jun 2021: https://www.inforakyat.net/siapa-mulakan-kempen-kibar-bendera-putih/

8. Malaysia Kini Bendera Putih: Orang Agama Sepatutnya Lebih 'Husnudzon' Kata Puad 2 Julai 2021: https://www.malaysiakini.com/news/581393

Thursday, July 1, 2021

Selamat Jalan, Mak Cik Nah

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Salam 1 Julai 2021.

Hari ni marked a sad story for penduduk taman aku apabila kami mendapat berita kematian Mak Cik Nah jiran sebelah rumah. 

She was warded in hospital due to COVID recently. But today, we received the news of her death. Macam tak percaya je sebab Mak Cik Nah masih lagi muda. Dalam around 50-an macam tu usianya. It turns out hat her cause of death was usus bocor bukan sebab COVID. 

Mak Cik Nah seorang yang sangat baik, sentiasa tersenyum jarang la kita lihat dia marah. Suara dia sangat lembut menyejukkan hati yang mendengarnya. 

Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah dan doakan arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

We gonna miss you, Mak Cik Nah. Sincerely. 😢



Masa kita bila pula? Moga kita sentiasa menjadikan diri kita orang yang sentiasa bersedia untuk bertemu Allah.



Wednesday, June 30, 2021

MERENTAS MASA?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Perjalanan merentas masa menjadi satu topik yang menarik minat saya setelah menonton drama Korea bertajuk Alice. Drama tersebut mengisahkan bagaimana seorang wanita berjaya menjumpai formula fizik yang membantu manusia untuk merentas masa. Ia berkisar tentang bagaimana manusia daripada sebuah organisasi bernama Alice ini yang wujud pada tahun 2050, membantu manusia pada tahun 2020 yang mempunyai penyesalan pada masa lalu untuk mengubah masa lalu mereka agar hidup mereka berubah pada masa akan datang.   

Drama Alice Korea


Jika kita menonton drama di atas, kita akan nampak betapa chaosnya kehidupan seseorang semata-mata ingin mengubah masa lalu. Itu adalah kesan dan akibat yang akan berlaku sekiranya kita ingin mengubah masa lalu sesuka hati sedangkan banyak faktor yang perlu dikira sebelum sesuatu kejadian itu ingin diubah.

 

So, sounds so irrelevant, right?


Bagaimana manusia boleh merentas masa daripada masa lalu ke masa hadapan dan sebaliknya? 

Adakah perkara ini mustahil untuk dihasilkan? 

Adakah kita sudah punya bukti yang memungkinkan perkara ini boleh diwujudkan pada masa akan datang?


Jawapan kepada persoalan ini semuanya berbalik kepada kepercayaan kita kepada agama kita iaitu Islam. Islam telah mengemukakan pelbagai hujah berpandukan wahyu yang menentang teori merentas masa ini. Pada hemat saya, secara logik pun, memang mesin merentas masa tidak dapat diwujudkan. Dunia akan menjadi huru-hara sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. 


Berikut saya senaraikan hujah daripada perspektif Islam. (Rujukan: http://aku-macjay.blogspot.com/2011/05/kajian-al-quran-mesin-merentas-masa.html)


Blog di atas mempunyai content dan penjelasan yang sangat bagus tentang pencanggahan teori ini dengan wahyu Allah.


Saya ringkaskan di sini:

a) Peringatan Rasulullah SAW tentang kepentingan masa iaitu: 



Hujah di atas cukup kuat untuk menunjukkan bahawa:

- masa yang paling penting adalah masa sekarang. Gunakanlah masa yang ada agar tidak menyesal di kemudian hari. Ini membuktikan bahawa tiada apa yang dapat mengubah masa lalu kita andai kita leka dengan masa sekarang.  

b) Peringatan Allah dalam Al-quran.


c) Konsep taubat untuk kesalahan masa lalu

Konsep taubat dalam Islam jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lampau untuk mengubah atau mengelak daripada berbuat dosa. Segala kesilapan lalu hanya dapat dibersihkan melalui taubat. Taubat Nasuha contohnya merupakan taubat yang dibuat secara bersungguh-sungguh tanda penyesalan dosa silam dan berazam untuk tidak mengulanginya kembali pada masa akan datang.


 

d) Segalanya telah termaktub dalam Luh Mahfuz

Bagaimana mungkin kita boleh merentas masa dan mengubah keadaan dahulu ataupun masa hadapan apabila segala yang terjadi telah Allah tetapkan dalam Luh Mahfuz. Hanya ada beberapa perkara yang boleh diubah itupun hanya boleh dilakukan dengan doa sahaja.


  

Kenapa sebenarnya manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah mesin merentas masa?

Jawapannya mungkin ada kaitan dengan firman Allah: Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

Manusia suka untuk membuat perkara yang sia-sia kerana tiada panduan wahyu. Jadi, manusia suka untuk berbuat sesuatu yang seolah-olah ingin mencabar kuasa Tuhan. 


Jom kita soroti atau mengulangkaji serba sedikit teori yang berkaitan dengan merentas masa. Antaranya ialah: TEORI WORMHOLE dan SPECIAL RELATIVITY THEORY

TEORI WORMHOLE



Teori ini diilhamkan oleh Albert Einstein.

Lubang cacing merupakan suatu struktur dalam ruang-waktu yang dapat menghubungkan dua daerah berjauhan di alam semesta. Dengan menggunakan lubang cacing, perjalanan yang normalnya memakan waktu ribuan tahun cahaya dapat ditempuh dalam waktu singkat.

Lubang cacing berbeza daripada lubang hitam. Lubang hitam memang menyerap semua material dan gelombang akan tetapi material dan gelombang ini tidak dimuntahkan kembali oleh lubang hitam ke suatu tempat di alam semesta. Objek yang sudah masuk ke lubang hitam akan terkoyak-koyak sampai kepada level atom dan menyatu dengan jantung lubang hitam. Sementara itu, benda yang masuk ke lubang cacing akan muncul lagi ke suatu tempat di alam semesta. (Sumber: https://warstek.com/lubang-cacing/)

(Hebat betul manusia berfikir 👀)


SPECIAL RELATIVITY THEORY/TEORI KERELATIFAN KHAS

Teori kerelatifan terbahagi kepada dua iaitu teori kerelatifan khas dan am. Bagi saya teori ini sangat kompleks untuk difahami terutama kepada saya yang tidak mempunyai pengetahuan yang banyak tentang fizik. (Fizik SPM pun dapat 4B haha). I try to read but cannot understand it at all. So ........ the end




Jadi sebagai kesimpulannya, kita hendaklah menerima hakikat bahawa merentasi masa adalah mustahil sama sekali. Seharusnya kita persiapkan diri untuk akhirat dan jadikan dunia ini sebagai jambatan ke akhirat. Manfaatkan masa yang kita ada untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain. Sebagaimana kita tahu, tidak perlulah kita ingin merentasi ke masa lalu tetapi ambillah iktibar daripada Al-Quran sebuah buku yang mengandungi ilmu tentang masa lalu, sekarang dan masa hadapan even pengetahuan tentang perkara yang di luar dimensi kita (contoh alam roh, alam akhirat dan alam barzakh) pun ada dicatatkan di dalam Al-Quran.  

Tuesday, June 22, 2021

APPENDIKS ATAU APPENDICITIS - YANG MANA?

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Kita sudah seringkali mendengar tentang APPENDIKS, bukan? Mungkin ada dalam kalangan saudara mara kita yang terkena dengan penyakit yang seringkali dikaitkan dengan appendiks iaitu APPENDICITIS (Radang appendiks). Jadi selepas ini, jika anda ingin menyebut tentang keradangan pada appendiks, perkataan yang tepat ialah appendicitis bukan appendiks kerana appendiks adalah bahagian dalam badan kita dan term appendiks bukanlah merujuk kepada sesuatu penyakit. 

Sebelum kita mengulas tentang penyakit appendicitis, jom kenali serba sedikit tentang appendiks. Appendiks adalah bahagian yang terkeluar daripada usus besar berupa seperti sebuah kantung di bahagian bawah sebelah kanan badan kita. Walaupun fungsinya belum diketahui, appendiks juga boleh mendatangkan masalah - seperti appendicitis. 

Gambar di bawah ini menunjukkan kedudukan appendiks di dalam badan kita.


Punca appendicitis

Apakah penyebab terjadinya appendicitis? Antara penyebab yang dipercayai boleh mendatangkan keradangan kepada appendiks ialah:

- sisa makanan terkumpul di dalam appendiks

- terdapat ketulan najis yang keras terperangkap di dalam saluran appendiks

- jangkitan kuman

- jangkitan virus 

Jika sudah terdapat nanah dalam appendiks, appendiks tersebut hendaklah dibuang dengan segera sebelum ia pecah. Jika telah pecah, komplikasi lain yang lebih teruk boleh berlaku seperti peritonitis. Peritonitis dikelaskan sebagai kes kecemasan dan pembedahan pembuangan appendiks hendaklah dijalankan dengan segera. (Peritoneum: a continous membrane which lines the abdominal cavity and covers the abdominal organs) Antara simptom jika seseorang sudah ke peringkat mendapat peritonitis ialah:

- tidak dapat membuang air besar

- tidak dapat mengeluarkan angin (kentut)

- sedikit kencing

- demam

- rasa haus yang keterlaluan




Simptom-simptom

Apakah antara simptom yang tidak boleh diambilmudah yang menyebabkan anda berkemungkinan mendapat appendicitis?

Jangan sesekali abaikan diri anda jika anda secara tiba-tiba mengalami simptom seperti di atas. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan selanjutnya.

Rawatan

Appendiks yang mengalami keradangan haruslah dibuang melalui pembedahan. Pembedahan appendiks adalah merupakan pembedahan kecil dan pesakit dijangka boleh sembuh dengan segera selepas pembedahan. Jika appendiks telah pecah, pembedahan yang akan dilakukan menjadi sulit dan pesakit akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. 

Kos rawatan

Kos rawatan dalam RM4,000 sehingga RM6,000.

Kesimpulan

Semoga kita dilindungi daripada penyakit-penyakit yang berbahaya dan bagi sesiapa ada mengalami seperti simptom yang saya letakkan di atas, segeralah mendapatkan pemeriksaan dengan doktor yang bertauliah untuk mengelak komplikasi yang lebih teruk lagi jika lambat mendapatkan rawatan. 


Sunday, June 20, 2021

FATHER

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


"Is there any man who can treat me as good as how my father did?"


Inilah persoalan yang bermain di fikiranku hari ni. Menyebabkan aku berasa bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang ayah yang sangat baik walaupun pendiam haha


"How we allow men to treat us depends on how our fathers have treated us. He reminds me of what type of man I should choose for myself."

- Aku bersetuju sangat dengan statement ini. 


Ayah aku is THE ONLY MAN on this earth that treats me GOOD. THE ONLY MAN. NO OTHER.


It just makes me realize today how lucky I am to have my father as my father. He protect me, care, and never hurt my feelings - walaupun ada salah faham, at the end I know he did that because he loves me


Dan Ayah akulah yang paling risau kalau kita balik lambat, kita jatuh sakit dan sebagainya. Dan dia jugalah sosok yang tak pernah jemu menghadiahkan doa kepada anak-anaknya supaya sentiasa dalam lindunganNya selalu. 


Aku doakan abah dimasukkan ke dalam SYURGA. Moga Allah sentiasa merahmatinya dan mengampuninya 😭


Buat masa sekarang, saya hanya ingin ubati hati saya, gunakan masa ini untuk move on, tuntut ilmu dan improve diri and.....

I hope someday, Allah will grant me a man, who's going to treat me as good as my dad or better. Who's gonna love me and protect me, care for me and want me to love and care for him as well. Until Jannah.


MY FATHER