Saturday, December 24, 2011

Sunday, September 18, 2011

PR + Pub n Pro~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Hallah!!Nak bercakap sal title di atas sangat la susah weh. Tidak ketahuan pulak yang pub and pro tu kira sekali dengan kerja PR. Adoi~

Saya dah siap cakap kat kawan saya merangkap classmate lagi yang tak nak join PubPro sebab "tak sesuai dengan jiwa". Ok ayat xleh blah.

Malu kot last-last muka saya terpacak kat dalam meeting KID tu.huhu
Cover test je la..haha

Sori ye kat classmate saya tu. Mana la saya tahu begini jadinya. haish~
Jadinya segala kerja yang melibatkan promotion saya kena buat termasuklah poster!!Eiii!!Geram jugak eh!
Mari bab poster tu yang lemah sikit tu. Dan menjadi salah satu sebab kenapa saya tidak mahu mengambil post sebagai pubpro. Alih-alih, tak tau nak cakap pa la..ish.

Biha, buatlah kerja tu dengan ikhlas yer.Semoga dengan keikhlasan kita yang Allah tengok tu, Allah akan permudahkan segala urusan,,insyaAllah..:-))
Satu lagi,semoga KID berjalan dengan lancar.



Monday, September 12, 2011

Esok~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Esok kelas,, SEKIAN~

Saturday, September 10, 2011

1st day 1st sem 2nd year..fuuhh~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Tengok title pun dah tahu yang CUTI lima bulan dah habis!!!!
HARI INI, hari yang paling 'bermakna' sebab 'impian' nak balik ke Uia tercapai jugak akhirnya..hahahaha (gelak jahat)

Hari yang sangat meletihkan. Terpaksa angkut barang dari tingkat 4 M1 ke tingkat 3 M5. Bapok jauh!
Saya terpaksa tukar dari kasut tumit tinggi kesayangan kepada kasut yang bertumit rendah je. Ok, sebenarnya tak ada tapak langsung. Dah nama pun nak angkat barang-barang berat,kan? Mencabar diri sendiri je kalau angkat barang-barang berat pakai kasut tumit tinggi. Giler la terer! Huhu..

Alhamdulillah, semua barang habis diangkut, so esok saya boleh rehat. Tapi, kawan-kawan ajak jamu makan kuih raya la esok. Saya pun ada bawak kek coklat untuk diorang ni. Bagi diorang habiskan semua. Senang cerita.

Perkara yang paling mengkagumkan ialah kesungguhan mak dan ayah saya yang dah berumur tu tolong angkat barang-barang. Memang touching la! :(
Itu sebenarnya fitrah yang telah Allah letak dalam diri ibu bapa kita bermula saat kita dilahirkan, eh, tak la, bermula dari saat mereka tahu mereka bakal bergelar ayah dan ibu lagi iaitu sifat belas dan kasih kepada anak-anak. Kalau tak, kan, tak terbayang macam mana seorang bayi itu nak survive sendiri. Allahuakbar!!

Tadi, tak tahu kenapa, sedih saat masa nak berpisah dengan mak ayah. At least, biasanya saya sebak je. Mana pernah nak nangis-nangis depan-depan orang ni..haha..
Tapi, sungguh saya kata. Sayalah orang yang agak susah nak keluarkan air mata depan orang. Mungkin hati ini dah jadi lembut, kot?haha *tapi,dulu keras ke??
No answer,ok!

Untuk sem ni yang penting saya nak kekalkan saya punya GPA untuk sem lepas. Dan harapan saya jugak supaya stamina saya kuat. Al-maklumla orang kurang bersenam..heeee~ (tunjuk gigi dua baris)
Klinikal mungkin menuntut stamina yang kuat, so sebab tu la saya harap sangat Allah bagi kekuatan kepada saya berbekalkan keberkatan doa, insyaALLAH daripada ibu bapa saya.


Sem ni, bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar optometri yang SIBUK! S-I-B-U-K!!
Yang saya takut sekali: KLINIKAL! Macam mana ye nanti?? Sabar dan solat dan tunggu~~

Nak rehat dah,tapi nak telefon mak ayah dulu..
Cau! n_n

Wednesday, September 7, 2011

Packing~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Time packing barang-barang! Tak sangka setelah lima bulan cuti (cuti yang TERAMAT panjang dalam dunia) * cuti beranok tak la lama macam gini..ish3
dah nak balik ke Kontan semula. Kadang-kadang tu rasa macam tak percaya yang dah poser dan dah raya, dan akhirnya nak sambung BELAJAR balik dah.
Semuanya macam terlalu PANTAS! :(
* selalu cakap macam gini kan?haha

Seperti biasa, kali ni sama untuk kali yang sebelum ni, barang saya selalu jadi JUARA yang terbanyak. hehe,,
PERASAAN?? Bercampur baur sebenarnya. Kadang-kadang sebab dah terlebih bercampur sampai tak tahu dah nak rasa apa. hakhak

Oppss hampir terlupa la! Tengah packing barang-barang tu, saya lupa nak pack tupperware sekali. Malam ni dah tak larat dah. Esok saya ambik. Penting tau tupperware tu *pesanan penaja: tupperware adalah JENAMA pengeluar container yer
Saya nak buat isi makanan ke, nak makan mee sup dalam tupperware tu ke. Rasa macam perlu bawak jugak ni pinggan mangkuk sekali. Sebelum ni, benda-benda tu semua tak ada pun. Rasa macam terseksa kot. Bila balik rumah selalu je lupa nak bawak balik container tu sekali ke Kontan.

Tak tahu nak cerita apa dah. What will happen on the first day kat Kontan nak-nak nanti belajar kat bangunan baru hanya ALLAH je yang tahu. BISMILLAHITAWAKKALTUALALLAH (Sahaja aku tawakkal kepada ALLAH)
Hope semuanya baik-baik saja. Ameeennnn~
Satu lagi saya harap saya TAK SESAT la kat bangunan baru tu nanti..hehe
* skill orang yang GPS nya lemah kan. Nak buat macam mana?hakhak

Actually, my instinct is right la. Rasa macam mesti ada sumtin yang kurang menyenangkan hati saya akan berlaku dekat-dekat nak bukak sem baru nih. Tengok-tengok, belum jejakkan kaki lagi dah, bayang-bayang Uia pun tak nampak lagi dah pun ada isu. Dahsyat-dahsyat! Sabar Rabiha yer. Yang penting, buatla keputusan dengan betul,yer!

p/s: Nak sambung packing lagi esok! Hari Jumaat ni bertolak ke Kuantan. Semoga perjalanan kawan-kawan saya dan saya selamat~Ameen~
Satu lagi harap sangat otak tu tak berkarat mana. Kalau berkarat, tak tahu la nak guna polisher brand apa nak kasi berkilat balik.

"SEMOGA URUSAN KAMI DIPERMUDAHKAN ALLAH"

Peace ^^

Tuesday, September 6, 2011

Aimi ji~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

ThankQ k.aimi cause sent me this text message. Really appreciate it! Rasa macam kena je dengan diri sendiri sekarang ni dan untuk selamanya~

" Ingatlah ALLAH dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu. Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu.

Kelmarin ALLAH membantumu. Percayalah, hari ini dan selamanya ALLAH tetap membantumu.

Berbahagialah kerana menjadi hamba kepada yang Maha Penyayang (",)"

Salam SAYANG,
K.Aimi

ALLAH akan selalu ada untuk kita walaupun kita selalu sahaja melupakanNYA. Ingatlah ALLAH sentiasa kerana kasih sayang ALLAH untuk kita tidak terkira infinity nya~^^


K.Aimi sayang aka Aimi Ji *hehe,,panggilan 'MANJA' untuk k.aimi.. :)

sejarah?~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Cerita-cerita bab Sejarah yang dulu-dulu kita tutup dulu. Mulai hari ini, blog ni jadi cerita kAu & aQuE  tentang HARI INI dan ESOK! :)