Showing posts with label ntah pe-pe. Show all posts
Showing posts with label ntah pe-pe. Show all posts

Wednesday, October 5, 2022

GOLD SPOON aka SUDU EMAS

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim





Perkataan ‘kena suap’ tu sudah sangat terkenal sejak dari zaman persekolahan lagi. ‘Kena suap’ membawa maksud; tidak perlu bersusah payah mencari ilmu cuma perlu meminta jawapan sahaja daripada guru. 

Walaupun maksud ‘kena suap’ berbeza dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menurut kamus tersebut ia lebih kepada membawa maksud: mengambil rasuah.

Tetapi itu bukan konteks yang ingin saya kaitkan dengan gambar di atas. Perkaitannya hanyalah daripada perkataan ‘Sudu’ sahaja kerana sudu adalah sinonim dengan menyuap.

Tetapi kalau SUDU EMAS? Apakah perkaitannya pula?

Sudu emas berkait rapat dengan keadaan seseorang yang dibesarkan dengan kemewahan. Boleh katakan mereka yang dibesarkan dengan ibu bapa yang kaya raya ini tidak mengenal erti kesusahan kerana mereka boleh mendapat apa sahaja yang mereka mahukan. 

Jadi begitulah perumpamaan sudu emas dalam cerita ini tetapi diolahkan penceritaannya setakat empat episod yang saya baru tonton dengan baik sekali. Tidak kiralah sama ada kita mendapat sudu emas ataupun tidak, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ibu bapa kita mampu sediakan. Kerana kita tidak tahu apakah kesusahan yang mereka hadapi untuk membesarkan kita.    

Saya ingin menjemput penonton untuk menonton cerita ini dan mengambil iktibar bahawa tak semestinya sudu emas yang kita perlukan dalam hidup ini untuk mencapai kebahagiaan tetapi yang kita lebih perlukan adalah kebersamaan dan kasih sayang dalam keluarga. B

Thursday, June 10, 2021

THE SWINDLERS

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Entri kali ni ringkas sahaja tentang movie Korea aku tengok semalam. Tajuk dia 'THE SWINDLERS'. 

Kita tahu kan maksud SWINDLERS tu apa. Ia bermaksud penyeleweng. Aku bagi rating 8.1/10 untuk cerita ni. Recommended untuk ditonton sebab dah la memang aku minat genre filem/drama: crime, detective and investigation ni. Aku suka ending cerita ni. Kalau nak tahu kenalah tonton. Dan satu lagi patutlah orang duk cakap yang Hyun Bin tu hensem, sebab memang hensem pun hahahaha 


Bercakap soal duit ni, saya lupa nak tambah sikit la cerita yang semalam masa saya pergi kedai runcit, selepas sebaik sahaja saya masuk ke dalam kereta (saya dah kunci pintu kereta awal-awal) tiba-tiba kereta saya dihampiri oleh seorang lelaki yang berambut kerinting paras bahu dan memakai mask berwarna biru meminta duit RM10. Katanya keretanya mati sebab tak ada minyak dan meminta wang RM 10 untuk mengisi minyak. Kerana takut, saya terus start enjin dan lari. 😅

Mungkin dia tipu mungkin dia cakap benar. Tetapi agak suspicious la di situ. Sebab akhir zaman ni macam-macam kejadian jenayah yang berlaku menyebabkan kita mudah sangsi dengan orang yang datang meminta duit macam ni.

Dan ada lagi satu cerita, masa tu saya ada di kedai runcit jugak, masa duk ralit nak ambil ais dalam peti ais di luar kedai tu, tetiba, saya terdengar suara seorang perempuan menjerit. Rupa-rupanya perempuan itu diekori oleh dua orang lelaki bermotosikal (perempuan tu naik skuter) dengan niat ingin meragut wanita terbabit. Mungkin manusia menjadi terdesak disebabkan COVID ini. Ramai kehilangan kerja, tertekan kerana tiada sumber pendapatan. 

Sekian sahaja kisah ringkas yang berkaitan dengan duit. Semoga Allah melindungi kita semua daripada orang-orang yang mempunyai niat jahat.

Manusia menjadi buta kerana duit sebab duit itu dipandang sebagai suatu benda yang penting demi kelangsungan hidup. Betul duit tu penting dalam kehidupan ini, tetapi duit bukanlah segala-galanya. Dan apalah guna ada duit tetapi jika tidak dimanfaatkan.

Manusia sekarang berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan agar kita hidup senang sama ada sekarang atau di kemudian hari. Dengan adanya duit, kita boleh beli bermacam-macam benda. Saya memang tidak menafikan perkara tersebut. Kalau saya sekalipun tentu fikir perlunya wang untuk menyara diri dan keluarga. 

Sebab itu dalam Islam kita tengok Allah tak membenarkan kita mengumpul duit semata-mata hanya untuk diri sendiri. Dalam Islam, ada perkongsian kekayaan dengan perintah mengeluarkan zakat. Jadi, kita dapat lihat di sini Islam bukanlah agama yang mengajar penganutnya untuk pentingkan diri sendiri sahaja, tetapi Islam adalah agama yang mementingkan kebaikan sejagat. 

Selain perintah zakat, Allah juga memerintahkan hambaNya untuk rajin bersedekah. Jom kita lihat apakah kelebihan sedekah dalam kehidupan kita:



Jangan lupa untuk simpan dan kumpul duit tetapi dalam masa yang sama, asingkan juga duit kita untuk kita sedekahkah ke masjid atau untuk orang susah. Jadikan habit atau rutin mungkin setiap kali pergi Solat Jumaat, kita sedekahkan sedikit wang ke dalam tabung masjid. 


Thursday, January 16, 2020

Review Filem Tamil: Raatchasi

Assalamualaikum

Nama filem: Raatchasi
Tarikh terbit: 5 Julai 2019
Nama pengarah: Sy Gowthamraj


Sebenarnya saya tidak ada pengalaman menulis review movie atau filem. Ini kali pertama saya buat. Mungkin kandungannya tak berapa menyeluruh.

Saya sejujurnya tidak banyak menonton filem tamil kerana terdapat unsur hiperbola yang melampau ataupun terdapat aksi-aksi yang sangat tidak masuk akal dalam filem mereka.

Tetapi berbeza untuk filem ini kali ini. Filem ni lebih dekat dengan masyarakat. Dan temanya berlatar belakangkan tentang kehidupan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Ternyata tidak terdapat guru besar di sekolah tersebut dan kebanyakan guru dan murid datang ke sekolah sekadar menghabiskan waktu sahaja.

Jadi, kedatangan watak utama, iaitu seorang guru besar muda, yang merupakan seorang guru yang sangat tegas, ingin membawa perubahan kepada sekolah tersebut. Maka, bermulalah babak-babak guru besar muda tersebut mendapat tentangan daripada seorang guru lelaki yang tidak berapa bekenan dengan sistem baru yang dibawa oleh guru tersebut.

Tontonlah, nescaya tak rugi kalau menonton!

Monday, September 12, 2011

Esok~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Esok kelas,, SEKIAN~

Tuesday, September 6, 2011

sejarah?~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Cerita-cerita bab Sejarah yang dulu-dulu kita tutup dulu. Mulai hari ini, blog ni jadi cerita kAu & aQuE  tentang HARI INI dan ESOK! :)