Thursday, January 16, 2020

Review Filem Tamil: Raatchasi

Assalamualaikum

Nama filem: Raatchasi
Tarikh terbit: 5 Julai 2019
Nama pengarah: Sy Gowthamraj


Sebenarnya saya tidak ada pengalaman menulis review movie atau filem. Ini kali pertama saya buat. Mungkin kandungannya tak berapa menyeluruh.

Saya sejujurnya tidak banyak menonton filem tamil kerana terdapat unsur hiperbola yang melampau ataupun terdapat aksi-aksi yang sangat tidak masuk akal dalam filem mereka.

Tetapi berbeza untuk filem ini kali ini. Filem ni lebih dekat dengan masyarakat. Dan temanya berlatar belakangkan tentang kehidupan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Ternyata tidak terdapat guru besar di sekolah tersebut dan kebanyakan guru dan murid datang ke sekolah sekadar menghabiskan waktu sahaja.

Jadi, kedatangan watak utama, iaitu seorang guru besar muda, yang merupakan seorang guru yang sangat tegas, ingin membawa perubahan kepada sekolah tersebut. Maka, bermulalah babak-babak guru besar muda tersebut mendapat tentangan daripada seorang guru lelaki yang tidak berapa bekenan dengan sistem baru yang dibawa oleh guru tersebut.

Tontonlah, nescaya tak rugi kalau menonton!

Friday, August 30, 2019

Review Buku: Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah

Assalamualaikum

Review buku: Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah SAW
Penulis: Zulkarnain Dollah
Penerbit: PTS
Bilangan muka surat: 88 m/s



Pasti kita semua tahu yang Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik yang diutus oleh Allah SWT kepada kita; umat akhir zaman.

Tanpa kita sedari kita menelusuri kehidupan ini berlandaskan apa yang kita pelajari dalam masyarakat sekeliling tanpa kita mencontohi akhlak sebenar (iaitu akhlak Rasulullah SAW) sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam menjalani kehidupan ini.

Pada entri kali ini, saya cuba untuk menyenaraikan beberapa sunnah yang jarang kita buat atau ambil tahu. Bagi saya, buku ini walaupun kecil dan nipis, tapi isinya padat buat panduan permulaan untuk kita mencontohi akhlak dan sunnah Baginda SAW. 

Apabila mencontohi Nabi SAW, bukan sahaja mendapat pahala, bahkan juga kita akan semakin dekat dengan Allah SWT. 

Antara Sunnah-sunnah Nabi yang dapat saya petik sedikit sebanyak adalah (catatan ringkas sahaja):

Sunnah berkaitan Wuduk
1. Berkumur
2. Memasukkan air ke dalam hidung sehingga ke pangkal hidung
3. Menjimatkan penggunaan air ketika mengambil wuduk
4. Membaca doa selepas mengambil wuduk
5. Solat sunat selepas wuduk

Sunnah berkaitan masjid
1. Masuk menggunakan kaki kanan
2. Baca doa masuk masjid

3. Solat sunat tahiyyatul masjid (Ia boleh dilakukan dalam waktu haram solat)
4. Baca doa keluar masjid
5. Keluar masjid menggunakan kaki kiri

Sunnah ketika hendak tidur
1. Membaca basmalah
2. Membaca doa tidur
3. Membaca 3 Qul sebanyak tiga kali setiap surah dan menghembuskannya ke tapak tangan dan ke seluruh badan
4. Membaca Ayat Qursi
5. Zikir (Bertasbih- 33x, bertahmid-33x dan bertakbir-34x)
6. Tidur mengiring ke kanan
7. Letakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

Sunnah ketika bangun tidur
1. Sapu muka
2. Baca doa bangun tidur
3. Bersugi

Sunnah ketika makan
1. Makan duduk
2. Menjilat makanan di bekas makanan dan jari jemari
3. Kutip makanan yang jatuh,menbersihkannya dan makannya semula

Sunnah ketika minum
1. Minum dengan tangan kanan
2. Duduk ketika minum (Rasulullah menegah minum sambil berdiri)

Sunnah dalam hal-hal berkaitan ibadat (eg solat) 
1. Rasulullah menggalakkan kita supaya melakukan solat sunat dhuha kerana mengikut sabda Rasulullah, dalam badan kita mempunyai 360 sendi dan pahala solat sunat dhuha adalah sebanyak 360 sedekah. Kesemua tulang itu memerlukan kepada sedekah bagi membalas segala nikmat kurniaan Allah SWT
2. Solat sunat rawatib juga dititikberatkan oleh Baginda SAW
3. Apalagi Qiamullail ibadah yang paling disukainya
4. Solat Sunat sebelum subuh itu pahalanya yang lebih baik daripada dunia dan segala isinya 
5. Membaca surah selepas Al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama
6. Membaca doa ini di tahiyat akhir

7. Banyakkan doa ketika sujud kerana waktu itu adalah paling hampir dengan Allah SWT
8. Duduk istirahah semasa dalam rakaat pertama dan ketiga
9. Bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33x selepas selesai solat
10. Membaca ayat Kursi selepas solat

Selain itu, Rasulullah juga rajin membaca zikir ketika waktu pagi dan petang yang sekarang ini terangkum sebagai Ma'thurat.

Dan untuk tips-tips dan amalan-amalan selebihnya jangan lupa untuk membeli buku ini. Ringkas, tepat dan padat dan senang difahami. Harganya pun berpatutan dan sangat murah untuk dibeli dan dibaca oleh seisi keluarga.  


Thursday, August 29, 2019

Review Novel: IBU

Assalamualaikum

Hari ini setelah sekian lama aku malas nak post apa-apa di ruangan blog aku. Akhirnya aku kembali lagi ke ruangan blogku ini.

Kali terakhir aku tulis di blog ini ialah pada tahun 2017, iaitu dua tahun yang lalu. Adakah aku masih lagi ada skill untuk menulis setelah sekian lama? Sekarang pun dah hampir ke penghujung tahun 2019. Lama benar tak menaip atau menulis di sini.

Untuk entri kali ni, aku ingin buat satu review tentang sebuah buku yang baru aku habis baca semalam. Buku ni aku beli di Big Bad Wolf  yang diadakan di Mydin, Gong Badak baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, aku lebih suka membaca buku yang berkisar tentang kemasyarakatan, realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, seperti isu kebejatan sosial. Aku kurang menggemari tema cinta yang melampau dalam sesebuah novel.

Tajuk buku: Ibu
Penulis: Abdul Rashid Ngah
Penerbit: ITBM


Novel ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bergelar ibu, yang melalui pahit maung dalam kehidupannya dalam membesarkan anak-anaknya. Ibarat peribahasa Bahasa Melayu yang berbunyi; sudah jatuh ditimpa tangga, ibu ini hidup keseorangan setelah kematian suami dan anak-anaknya berturut-turut.

Novel ini digarap dengan baik dengan menggunakan latar belakang sebuah kampung yang terletak agak jauh dari bandar di sebuah negeri iaitu Negeri Terengganu.

Ibu ini cukup kuat diuji terutamanya dalam menghadapi dugaan demi dugaan berkenaan anak lelakinya yang jujur namun berkawan dengan budak jahat yang akhirnya menariknya ke jalan yang sesat. Atas pengaruh rakannya, dia akhirnya terjebak dengan najis dadah dan akhirnya meninggal dalam keadaan yang hina.

Sepanjang aku membaca novel ini, aku jadi tertanya-tanya, siapakah lelaki yang digambarkan sangat baik yang bernama Ludin yang diperkenalkan pada awal novel ini. Adakah dia benar-benar seorang yang baik atau sebaliknya.

Aku suka baca novel ini kerana penceritaannya menarik, tidak bosan walaupun jalan ceritanya sering kita dengar dan selalu berlaku dalam masyarakat. Penulis banyak menggunakan unsur flashback. Kita akan dapat tahu sedikit demi sedikit apa yang terjadi kepada watak utama dari bab ke satu bab yang lain sehinggalah kepada bab yang terakhir.

Saya sangat menggalakkan novel ini dibaca.
Saya bagi 4.5 bintang

Tuesday, December 13, 2016

PENCURI SMARTFON KAMI

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini 13 Disember 2016, dah nak hujung tahun Tahun 2016, apabila aku dan Kak Kimi tertimpa musibah. Smartfon kami berdua dicuri di kampus. Ketika itu masing-masing meninggalkan beg galas berisi smartfon dan pergi membeli makanan tengah hari. Malang memang tidak berbau, setelah selesai makan tengah hari baharu kami menyedari bahawa telefon telah dicuri. Masa tu mana boleh buat apa-apa dah. Haih manusia yang panjang tangan ni ada je kat mana-mana. Ingatkan bila berada di taman ilmu, manusia celik akal, tidak akan ada manusia seperti itu. Walhal di mana-mana sahaja anda berada harus berhati-hati. Mesti. Perlu. 

Aku ni fikir banyak kali juga sama ada ingin membeli henfon baharu atau ditangguhkan sahaja niat itu. Iya lah, duit bukannya seperti air sungai mengalir yang boleh datang pada bila-bila masa yang kita mahu. Jadi, aku buat keputusan untuk tangguhkan dahulu niat aku. Lebih baik aku kumpul duit sikit-sikit, dan beli henfon baru selepas cukup duit. Buat masa sekarang pakai henfon abang ipar dulu lah. 

Moga pencuri tersebut insaf dan mendapat balasan setimpal atas kesusahan yang dia buat pada orang lain. 

Amin.

Saturday, October 15, 2016

Innalillah...


React or Respond

Bismillahirrahmanirrahim

REACT OR RESPOND
Cockroach Theory 
A beautiful speech by Sundar Pichai - an IIT-MIT Alumnus and Global Head Google Chrome:
The cockroach theory for self-development
At a restaurant, a cockroach suddenly flew from somewhere and sat on a lady.
She started screaming out of fear.
With a panic stricken face and trembling voice, she started jumping, with both her hands desperately trying to get rid of the cockroach.
Her reaction was contagious, as everyone in her group also got panicky.
The lady finally managed to push the cockroach away but ...it landed on another lady in the group.
Now, it was the turn of the other lady in the group to continue the drama.
The waiter rushed forward to their rescue.
In the relay of throwing, the cockroach next fell upon the waiter.
The waiter stood firm, composed himself and observed the behaviour of the cockroach on his shirt.
When he was confident enough, he grabbed it with his fingers and threw it out of the restaurant.
Sipping my coffee and watching the amusement, the antenna of my mind picked up a few thoughts and started wondering, was the cockroach responsible for their histrionic behaviour?
If so, then why was the waiter not disturbed?
He handled it near to perfection, without any chaos.
It is not the cockroach, but the inability of those people to handle the disturbance caused by the cockroach, that disturbed the ladies.
I realized that, it is not the shouting of my father or my boss or my wife that disturbs me, but it's my inability to handle the disturbances caused by their shouting that disturbs me.
It's not the traffic jams on the road that disturbs me, but my inability to handle the disturbance caused by the traffic jam that disturbs me.
More than the problem, it's my reaction to the problem that creates chaos in my life.
Lessons learnt from the story:
I understood, I should not react in life.
I should always respond.
The women reacted, whereas the waiter responded.
Reactions are always instinctive whereas responses are always well thought of.
A beautiful way to understand............LIFE.
Person who is HAPPY is not because Everything is RIGHT in his Life..
He is HAPPY because his Attitude towards Everything in his Life is Right..!!



Sunday, September 11, 2016

Tidak solat tetapi berjaya - motivasi diri ni


 بسم الله الرحمن الرحيم 

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. 

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 

Apakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. 

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, 

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” 

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. 

Nah… Apakah itu yang kita mahu? 

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. 

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. 

Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. 

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” 

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. 

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. 

 kredit: rakangroup

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ