Wednesday, October 5, 2022

GOLD SPOON aka SUDU EMAS

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim





Perkataan ‘kena suap’ tu sudah sangat terkenal sejak dari zaman persekolahan lagi. ‘Kena suap’ membawa maksud; tidak perlu bersusah payah mencari ilmu cuma perlu meminta jawapan sahaja daripada guru. 

Walaupun maksud ‘kena suap’ berbeza dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menurut kamus tersebut ia lebih kepada membawa maksud: mengambil rasuah.

Tetapi itu bukan konteks yang ingin saya kaitkan dengan gambar di atas. Perkaitannya hanyalah daripada perkataan ‘Sudu’ sahaja kerana sudu adalah sinonim dengan menyuap.

Tetapi kalau SUDU EMAS? Apakah perkaitannya pula?

Sudu emas berkait rapat dengan keadaan seseorang yang dibesarkan dengan kemewahan. Boleh katakan mereka yang dibesarkan dengan ibu bapa yang kaya raya ini tidak mengenal erti kesusahan kerana mereka boleh mendapat apa sahaja yang mereka mahukan. 

Jadi begitulah perumpamaan sudu emas dalam cerita ini tetapi diolahkan penceritaannya setakat empat episod yang saya baru tonton dengan baik sekali. Tidak kiralah sama ada kita mendapat sudu emas ataupun tidak, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ibu bapa kita mampu sediakan. Kerana kita tidak tahu apakah kesusahan yang mereka hadapi untuk membesarkan kita.    

Saya ingin menjemput penonton untuk menonton cerita ini dan mengambil iktibar bahawa tak semestinya sudu emas yang kita perlukan dalam hidup ini untuk mencapai kebahagiaan tetapi yang kita lebih perlukan adalah kebersamaan dan kasih sayang dalam keluarga. B

Tuesday, October 4, 2022

SMART ART DAN SOLAT JENAZAH

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim 



Semalam saya telah mendapat tugasan untuk mengubahsuai semula hierarki jawatan dalam jabatan kami. Tetapi saya belum pernah ada pengalaman menggunakan SmartArt Graphic selama ini. Saya telah membuat benda sama dengan berulang-ulang banyak kali tetapi hasilnya tidak memuaskan. 

Sekiranya kita tidak mengetahui mengenai sesuatu perkara tu bermaksud kita kena pergi belajar. Saya pun tidak tahu mahu bertanya atau merujuk kepada siapa kerana saya tidak mengenali sesiapa yang ‘expert’ dengan tugasan komputer. 

Jadi, tahu apa yang saya buat? Saya google dan cari di carian You Tube tentang kaedah menggunakan SmartArt Graphic ini satu persatu. Alhamdulillah akhirnya siap sudah untuk tugasan yang pertama. Saya mengambil masa daripada pagi sampai ke petang untuk menyiapkannya. Saya pulang agak lewat semalam untuk menyiapkan tugasan ini biar ia siap sepenuhnya. Saya tidak mahu menangguh dan menyambung semula keesokannya kerana saya yakin yang saya boleh siapkannya sebelum saya pulang ke rumah pada hari tersebut. 

Sebagai kesimpulannya, kalau kita tidak tahu, jangan malu untuk mencari ilmu sementelah sekarang ini semuanya di hujung jari sahaja. Pastikan anda mendapat ilmu yang tepat dan daripada sumber yang betul. Jangan pernah berhenti belajar. Setiap hari akan ada ilmu yang baru yang harus kita pelajari. InsyaAllah.



Suasana ketika solat zuhur tengah hari tadi bertukar menjadi sayu apabila kami dimaklumkan solat jenazah akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Lebih pilu, solat jenazah terbabit diimamkan sendiri oleh anak Allahyarhamah. 

Aku pun tidak dapat menahan air mata sebak ketika berada di dalam masjid sebentar tadi. Suasana pilu dan sayu tentang perkara yang sangat pasti bahawa kita semua akan merasakan akan mati. Cuma masanya sahaja tidak diketahui sahaja. 😢

Moga-moga kita mati dalam keadaan husnulkhatimah iaitu kematian yang baik. Amin. 🤲🏻

Semoga ruh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya. B

Sunday, October 2, 2022

KATEGORI FUN RUN: MOUNT TEBU CLIMBATHON CHALLENGE 2022

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim





Saya telah menyertai aktiviti Fun Run 5 km yang diadakan di Lata Belatan, Besut, Terengganu. Setelah sekian lama akhirnya saya mengambil bahagian semula dalam aktiviti lasak seperti ini. Kali terkahir saya melasakkan diri saya adalah ketika berada di kem PLKN hampir lebih daripada 10 tahun yang lalu. Hati ini berasa puas dan seronok kerana aktiviti seperti ini membuatkan saya keluar daripada rutin biasa yang saya lakukan dan cabaran ketika menyusuri hutan tak akan dapat saya lupakan. Semoga ini bukanlah yang pertama dan terakhir, akan ada lagi Rabiha di Fun Run yang seterusnya. 😉 B

Arahan Kerja (AK) dan Prosedur Kerja (PK)

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim




Pada hari Rabu baru-baru ini, satu mesyuarat ringkas telah diadakan untuk menyemak semula Arahan Kerja (AK) dan Prosedur Kerja (PK) atau lebih dikenali dengan AKPK. Segala arahan dan prosedur yang dimasukkan ke dalam AKPK, akan dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk kerja-kerja yang dilakukan semasa klinik beroperasi.  AKPK ini akan dihantar dan disemak semula oleh pengurusan. 


Wednesday, September 28, 2022

Mutton-Fat Keratic precipitates

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Ini merupakan antara kes menarik yang saya jumpa ketika bekerja di bidang retail dahulu (Lima tahun dahulu tidak silap). Adik ni datang nak buat cermin mata tetapi sebelum saya mula memeriksa tahap penglihatannya, saya menyuluh ke dalam matanya dengan menggunakan retinoscope. Tetapi, refleks merah (red-reflex) yang dilihat tidak penuh dan terlihat seperti ada bayang hitam di mata pesakit.

Jadi, ketika memeriksa bacaan tahap penglihatannya, saya mendapati tahap penglihatannya berkurang dan ibunya juga memberitahu anaknya mempunyai temu janji di hospital dan dalam rawatan berkenaan dengan keadaan matanya.

Pada pandangan saya, lebih baik adik ini mendapatkan nasihat optometris di hospital jika ingin membuat cermin mata terlebih dahulu.

Sekiranya terdesak sangat barulah kami membenarkan cermin mata dibuat. Tetapi, jika belum ada keperluan terdesak dan adik ini masih di dalam rawatan doktor, adalah dinasihatkan untuk mengikuti setiap temujanji di hospital dan kembali semula setelah pulih kelak. B

Rawatan di Klinik Dr Ko

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Entah macam mana suatu hari tu terbuka untuk pergi ke Klinik Dr Ko. Pergi untuk rawatan apa tu rahsialah tak boleh nak bagitahu. 

Tapi saya pergi bukan untuk tujuan pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik ke apa sebab niat untuk kecantikan dibimbangi jatuh ke hukum HARAM pulak nanti.

Jadi, rawatan yang saya dapatkan untuk memudahkan urusan saya di kemudian hari nanti. Semoga dengan rawatan ini, segalanya akan beransur pulih dan semoga ALLAH mudahkan dan berikan kesihatan yang baik untuk saya.

Haha ayat cliche sangat bajet retisss..

Jadi, sesiapa ada masalah kulit atau rambut, boleh dapatkan pandangan dan juga rawatan di sini. Layanan daripada pihak klinik agak bagus. Semuanya straightforward dan tak ada mengambil masa yang lama pun. Pastikan tujuan anda untuk ke sini pun jelas dan dengan niat yang baik.

Selebihnya tawakkal kepada Allah agar urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.  B

FOR THE SAKE OF ALLAH

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim




Berkunjung ke sini merupakan impian setiap orang tidak kira sama ada yang miskin atau yang kaya. Ada yang sanggup menyimpan duit selama bertahun-tahun semata-mata ingin menunaikan rukun Islam yang kelima ini. 

Tempat ini sememangnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan merupakan antara tempat yang paling banyak menerima kunjungan manusia pada setiap masa. Jika berkunjung ke sini, tidak akan mengenal erti sunyi kerana saban masa dipenuhi dengan manusia yang ingin menghambakan diri kepada Allah. 

Selain merupakan perintah daripada Allah, pasti ada yang datang berkunjung untuk mengasingkan diri seketika daripada kesibukan memikirkan hal dunia demi mencari ketenangan daripada Ilahi. 

Semoga dengan izinNya kita diberikan peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sini pada suatu hari nanti. InsyaAllah. B