Friday, April 3, 2020

COVID-19

Assalamualaikum WBT

Awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan satu virus yang diberi nama virus corona/covid-19.

                                         CO = Corona
                                         VI  = Virus
                                           D = Disease
                                          19 = Virus ini bermula pada tahun 2019

Boleh tak nak uninstall tahun 2020 sebab tahun ni ada virus?  *sigh*

Jika difikirkan dengan mendalam, kehadiran wabak ini menyedarkan kita tentang usia alam yang semakin ke penghujung. 

Banyak mana dah peperangan demi peperangan yang berlaku di dunia sehingga kini? Banyak peperangan disebabkan oleh ketamakan manusia untuk menguasai dunia di samping ingin menyekat kebangkitan umat Islam seperti yang berlaku di Palestin, Syria dan Iraq. Sesungguhnya, Palestin dan Syria bakal menjadi pusat pemerintahan Islam di akhir zaman setelah kemunculan Imam Mahdi kelak. Sebab itu, umat Islam seolah-olah dibantai habis-habisan.

Kehadiran wabak ini sedikit sebanyak merupakan tanda-tanda akhir zaman. Berpuluh-puluh ribu angka kematian di seluruh dunia gara-gara wabak ini. 

Oleh sebab virus ini merebak dengan cepat melalui udara (air-borne transmission), kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Gerakan (RMO) untuk mengekang penularan virus ini dalam kalangan rakyat.

Pada mulanya RMO ini hanya dilaksanakan untuk dua minggu sahaja bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Tetapi, tempohnya dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020 apabila graf jumlah kes meningkat hari demi hari. 

Angka kematian juga semakin meningkat sehingga setakat malam ini sudah 53 orang meninggal dunia akibat virus COVID-19 ini di negara kita.

Negara kita menghadapi peningkatan bilangan apabila ada individu tidak bertanggungjawab pergi melawat ke negara yang berisiko tinggi dan pulang ke Malaysia tanpa disaring terlebih dahulu.

Kita amat bimbang sekiranya gelombang virus ini tidak berkahir segera, negara bakal mengalami kegawatan atau kelumpuhan ekonomi dan kerajaan pasti tidak mampu menampung kos hidup rakyat sekiranya perkara ini berterusan.

Seruan kerajaan agar semua rakyat diminta berada di rumah masing-masing selama RMO ini wajarlah disambut dengan baik. Sebagai rakyat yang pritahin, kita seharusnya memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan dan anggota keselamatan.

Di samping itu, marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT, agar kita selamat dan virus ini dapat dibendung dan dibasmi dengan segera. Berikanlah kerjasama kepada kerajaan dan hargailah petugas-petugas perubatan yang bertungkus-lumus berkorban pada setiap saat untuk memastikan virus ini terkawal. Jangan kita sia-siakan usaha mereka dengan mengingkari arahan kerajaan untuk duduk diam di rumah. 

#staysafe #stayathome