Friday, 1 November 2013

Berhenti

boleh tak saya nak berhenti sekejap. bukan berehat tp nak meluruskan diri sendiri. meluruskan hati meluruskan fikiran.

Thursday, 19 September 2013

Terharu / I'm touched

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

Terharu, malu pom ada. Saya selalu merasakan ada sahaja orang yang Allah hantar untuk melindungi saya, menjaga saya, mengambil berat pasal diri ini. Terasa sangat terharu dan malu. Malu pada orang yang Allah hantar tersebut, malu pada Allah sendiri. Amalan tidak seberapa mana, tapi merasakan penjagaan Allah terhadap diri ini sangat tinggi. Subhanallah. Allah kerap kali memyelamatkanku dalam keadaan tertentu.

Hari ini, malu. Malu terhadap sir yang sangat mengambil berat. Mengambil berat terhadap diri ini kat klinik even dalam kelas pun. Teringat lagi waktu itu, waktu getir, penuh derita, pahit, kelat dan sebagainya. Sir lah yang datang memujuk diri ini, memberi kata-kata semangat. Saya tahu sir cuma mahu mengambil hati, tapi terima kasih sir sebab cuba sooth kan perasaan ini.

Sir adalah anugerah Allah untuk saya. Dan ramai lagi orang lain yang Allah anugerahkan untuk saya. Saya sangat beruntung, seberuntung nama saya. Allah hantarkan bantuan dalam bentuk manusia-manusia yang amat ambil berat terhadap diri ini even walau diri ini tidak pun meminta diberi perhatian sedemikian.

Thanks sir.



Saturday, 7 September 2013

Forth year~

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dah selamat sampai di UIA.

Ergghhh!! Sigh. Annoyed. Langsung tak ada perasaan yang enak. Dahlah esok pagi kita dah ada kerja, tak ada kat UIA, nak menambahkan lagi kemarahan kita tu bila yang pegang kunci tu tak dapat dihubungi pulak.

 I cannot pack barang, letih memandu pun tak hilang lagi. Sampai je kat bilik, berhabuk macam Gua Niah tak yah nak cakap lah. Ok, stop there. Take a breath. Huuuuuuuhhhh~ Be grateful.

I have tonight only to packing and tidy up the room. Cause I will be very busy the next and next and next day.

I dont reprimanding you. But, I just have to utilise the semput2 masa yang ada pada saya. Holding a title as 4th year is burdening me somehow. But, relax Biha and be positive.

Ya Allah, plez help me, help me to face all sorrows as final year student.

Gotta go. Masa 'Waktu mencemburui aku' telah tiba. Will be very busy. Hoefully still can enjoy despite all the busy life I have. hehe.

Wasalam.

Thursday, 5 September 2013

New Friend ;)

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya pernah jumpa ramai lelaki yang baik. Tetapi saya tak pernah rapat dengan lelaki-lelaki yang baik tersebut. So I do not know how a good man treat in a good way to his friend. I just only see but never feel it. Thanks ea sebab sangat baik terhadap saya. I really appreciate it.

You are gentleman and kind. Never met someone like you before. Before, I always met with boys who are only thinking about themselves more than others. Never seen a man who is so caring and kind. He will never hurt someone with his words. Even when he scold me sebab tak puas hati dengan statement saya, (haha) still dia marah dengan cara yang baik. You are a very good man lah bro!

Dia kadang-kadang matang, kadang-kadang fikir macam budak-budak. Sesuailah dengan umur dia. Haha. Wish you gud luck in your study! ;)

Nice to meet you. Lepas ni kita mungkin tak akan jumpa lagi. Tapi hopefully we can keep in touch so that boleh la saya jepput2 awak time saya nak kawen nanti. We shouldn't let go a nice friend like him.

:)

Sunday, 1 September 2013

Posting dah habis officially =)

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Posting kat premise dah berakhir pada 29 Ogos lalu. Macam posting tu mimpi je rasa. Perjalanan selama 3 minggu tu sangat pantas berlalu. Daripada hari pertama lagi macam-macam benda berlaku. Ada kisah sedih, terluka, gembira, lapang dan sebagainya.

Perpisahan dengan rakan-rakan di premise adalah satu perkara yang paling sedih bagi saya. Mereka merupakan kawan yang sangat baik. Ada teguran yang sangat membina dan sangat penting bagi saya untuk bidang ini.

Learn something new, socialize, a very good of exposure- lah.

Saya tak tahu apa pandangan korang terhadap saya. Yang pasti korang pada saya baik-baik belaka. Sayang saya tak boleh coret kan pengalaman saya banyak-banyak kat sini. Tak pe. Setiap masa yang saya lalui, saya akan ingat sampai bila-bila.


=)

Yang benar,
Diriku

Monday, 12 August 2013

my very first day at premise

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini tanggal 12 Ogos 2013, hari Isnin, 5 Syawal, saya start berpraktikal di premise. Rasa berat hati ada jugak la sebab raya ke-5 kan. Hoho

Saya datang ke kedai Sanadi pukul 9.15 am ikut jam di mesin punch card dia tu. Tapi, jam tangan saya masa tu 9.25 am dah. Tak tahu lah jam mana satu yang betul. Kita ikut jam kedai je la. Hmmmm

Hari ini, kakak saya yang hantar sebab tak tahu nak parking kereta kat mana. Dahlah semua tempat berbayar, mahal pulak tu. Mana ada perkataan murah dah sekarang ni.

Eh, jap-jap, tengah nak ambil feel nak cerita asal first day kat premise ni. Feeling tak mari la pulak.

------------------------------------INTERMISSION---------------------------------------

Haha.

Macam mana saya nak simpulkan hari pertama saya ye? Ada perasaan berdebar sikit kot haha  *padahal tak rasa berdebar sangat pun*

Masa saya sampai tu, En Sanadi (bos) dah pesan dah supaya jumpa dengan Puan Azura. Masa bos sebut nama Azura tu saya bayangkan dia berisi sikit, tua, pakai cermin mata. Tapi, bila juma semuanya opposite. She is around 28 or 29 years old, not wearing spectacles and slender. She is married with a child. Dia dah kerja lama dekat Sanadi tu. Paling lama la antara ramai-ramai kat kedai tu. Lepas dia grad jer, dia terus kerja kat situ, now dah 5 tahun dah dia kerja kat situ. So, di pendekkan cerita, saya ni atau mana-mana budak-budak praktikal akan duduk di bawah pantauan dia.

Kedai Optometris Sanadi


Ada seorang pekerja baru yang masuk hari ni. Nama dia Fatin, 20 tahun orang Marang. Jauh kot nak sampai ke bandar tu dari Marang. Mula-mula dia macam susah sikit nak ajak borak, tapi lama-lama best woo borak ngan dia. Ramah je pun orangnya. Mungkin sebab pagi tadi dia baru masuk, so dia pun baru nak adapt macam saya jugak. Lol

Macam-macam jugak kami borak. Sebelum kerja kat Sanadi, dia pernah sambung belajar, tapi sebab tak minat dengan kos tu, so, dia berhenti. Lepas tu dia kerja kat eTiQa, sebelum apply kat Sanadi.

Hah! Lupa nak cakap masa awal-awal tadi, kat kedai ni, ada senior UIA kerja kat situ. Alhamdulillah. Hehe. Lega la sikit sebab rasa macam ada orang jaga. Wah3.

Kak Fad dah sebulan lebih kerja kat situ. Banyak la cerita-cerita yang Kak Fad kongsi dengan saya. Bagi saya Kak Fad seorang yang sangat berprinsip. Adalah sebabnya kenapa saya simpulkan macam tu. Dia bagi tipstips sikitlah kat junior ni. Siapalah yang nak share kat junior kalu bukan senior kita sendiri kan?Thanks Kak Fad ;) #FamilyFarFromHome

Saya ingatkan hari ini bos tak masuk, aik, tengok-tengok bos masuk rupanya. Dia bagi keizinan kat saya balik kul 5 petang *YEAY!! dan keizinan untuk potong lens. Tapi saya je yang takut kalu tak jadi nanya saya. Haha. Semua staf-staf kat situ baik-baik belaka.

Apa lagi yang saya buat hari ini ye? Hmm, susun spec bagi cantik, susun biar nampak price tag tu. Sebenarnya banyak cerita nak kongsi. Tapi tak dapat nak kongsikan di sini. Hmmmmm.

*Sambung balik cerita perenggan atas* Saya tengok refraction yang Kak Fad & Kak Hawa buat. Still tak dapat perform lagi hari ini. Sad beribu-ribu kali. Dah orang tak bagi, nak mintak pom tak berani. Tak pe, lain masa insyaAllah. Tapi katanya saya hanya boleh buat refraction kat student sahaja. Ok-lah. At least dapat jugak buat refraction.

Target saya, saya nak buat at least 1 refraction dan potong satu spec setiap hari. *Boleh ke dok, dok au. Haha
InsyaAllah akan di usahakan.

Tadi pom ada check power lens dan check PD lens yang dah siap potong. Tolong pilih lens untuk customer. Belajar macam mana nak handle customer yang mari nak main-main je. *Khepok palle kang haha


Best jugak hari ni, nak-nak time customer ramai. Rasa macam meriah la pulak. Bersusun customer menunggu giliran untuk masuk ke bilik refraction. Ada yang sampai mengeluh, "Hei, lamanya~"

Macam-macam lah customer ni. Biasalah bila orang pergi kat kedai spec ni, aim diorang yang paling penting ialah tak payanh tunggu lama-lama macam kat hospital tu. Kalau kat hospital, datang lah awal mana pun, your number will be called two hours later. Sedih kan? Sebab apa jadi macam tu, you know? Patient dah la ramai, banyak pulak tu test kena buat hanya untuk seorang patient sahaja. Patient pulak datang dengan bermacam-macam jenis penyakit.


Ada jugak customer yang nak spec sebijik macam yang dia pakai sekarang. Mana nak jumpa yang sebijik? Haih. Ada yang jenis hepi-hepi. Kita nak layan dia pun tak stress. Ada yang muka garang. Berkerut je muka tu.

Sebenarnya, hari pertama pun dah mengantuk sebenarnya. Hihi.
Mengantuk menguap la time customer tak dop. Selain duk borak-borak dan bergosssiippsss. Hehe.

Katanya bos nak transfer Kak Fad, Kak Hawa, Kak Fifi & Fatin ke Dungun sebab Dungun nak pakai ramai orang. Sedih lah saya kalau Kak Fad tak dop :(
Kenapa bos nak tukar mereka sekarang? Time saya posting? *Boleh pulak tanya macam tu hihi
Hmmm......

Tadi jugak tak disangka-sangka ustaz yang mengajar masa sekolah rendah datang ke kedai Sanadi. Saya tertanya-tanya, betul ke ustaz ni ar? Kang salloh orang kang parok. Tapi tak salah untuk bertanya. Hehe.

Saya tak ingat nama ustaz sebenarnya. (Hehe. Nama ustaz Ustaz Mokhtar la hehe) Dah la ustaz tu ustaz sekolah rendah. Ustaz pulak tak pernah mengajar saya. Dia mengajar kakak saya. Saya pun pergilah approach ustaz:

S: Ustaz pernah mengajar sekolah belada ke? *Hehe
U: Ye.
S: Oh, saya anak murid ustaz la ni.

Ustaz pun tanya nama saya dan kitorang pun borak la bla bla bla bla

Ustaz sekarang jadi tukang kawen ke orang (tok kadi) dan imam kat masjid Pulau Rusa. Rumah ustaz dekat dengan masjid Pulau Rusa katanya. Alhamdulillah.

Biarlah cikgu tak kenal kita pun, sebab anak murid cikgu ramai. IMPOSSIBLE lah cikgu nak ingat semua orang, kan? So, kita sebagai anak murid ini lah yang kena tegur dulu. Tak tahu kenapa rasa seronok pulak jumpa ustaz. Mungkin sebab lama tak jumpa kot. Huhu. Ustaz masih sihat lagi. Alhamdulillah. Masih hensem macam dulu. Haha.

Saya diberi HOMEWORK orang putih kata. Where I need to present all types of lenses exist in this world. The presentation is tomorrow. BAGUS kan ada homework ni? Dia kata nak bagi homework tiap-tiap hari kat saya. Baguslah~


Setakat ini lah dulu kot. Lenguh la menulis. Ingat tak lenguh ke menaip? Haha. Nak mintak diri nak buat homework dulu.

Sekian.

Kita kena senyum je walau apa pun yang terjadi. *ye la tu kan hehe
Yang penting sabar. Sabar dalam menuntut ilmu. *Peace yaww!!*




Wednesday, 31 July 2013

Selamat Hari Lahir Biha

Assalamaualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.

Hehe. Tengok tajuk pom rasa macam nk senyum sampai ke telinga. *tahan-tahan haha
Diri sendiri je lah yang rasa macam tu. Orang lain tak lah kan.

Semakin dewasa ini, tarikh hari jadi tidak akan menjadi suatu benda yang kita nak gembira sangat. Hal ini adalah kerana (macam tengah buat karangan sekolah menengah hihi), hari lahir adalah hari untuk kita bermuhasabah (yang ini bab paling penting) hari untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan selama kita 22 tahun kita hidup. Nombor itu adalah sangat sedikit jika ingin membandingkan detik-detik yang telah kita lalui dari saat pertama kita menghirup oxygen dari dunia ini (waktu lahir).

Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keadaan normal dan baik. Itu sudah merupakan nikmat yang tak terhitung. 'Time' posting di hospital adalah waktu di mana kita boleh sentiasa menghitung dan memuhasabah diri akan seinfiniti nikmat yang Allah beri kepada diri kita. Kasih sayangMu melimpah ruah, Ya Allah. Ada banyak 'babies' yang dilahirkan pramatang di mana mereka perlu membuat 'check-up' secara menyuluruh akan kesihatan anak mereka. Mereka terlalu kecil untuk melalui semua itu. T.T

Saya dibesarkan dalam keadaan baik dan sihat walafiat, thanks to my parents yang menjaga saya sehabis baik sehingga pejam celik- pejam celik I am 22 years old now.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku masa kecilku"

Sweet kan doa ni? Bacalah selalu usai solat. InsyaAllah Allah kabulkan doa seorang anak untuk kedua ibubapanya.



Doa untuk Kedua Ibu Bapa
Doa untuk ibu bapa.



25 July 1991 (Hari Khamis saya dilahirkan)





Happy bithday dear, Allah selamatkan kamu :)

Best je nampak kek kat atas. Tahun ni tak ada kek. Nak jugak makan kek sebab bukan tiap-tiap hari makan kek. On special occasion macam ni lah kek memainkan peranan kan. Hahaha *tak gitu?

I'm grateful cause I got great wishes from great people. Mena post on blog about me on my birthday.



Hehe (^_^)/

Best wishes from beloved juniors opto.

Dapat wish birthday dari kawan di perantauan.


Birthday wish from Sofiah.

Mostly I got unexpected wish from my friends. Hehe ^^ *gembira2
And also wishes from my unforgettable classmates. Thanks everyone :)

Ma'assalamah wa ilalliqa' <3







Sungai Buloh O_O

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum

Ok, renggang-renggangkan jari sikit. Sebabnya saya nak start blogging ni. Huhu. Banyak yang nak tulis ni. *ye ke? Haha

Ok, sebenarnya nak cerita pasal my story in Sungai Buloh. Dalam kepala ni tak pernah terfikir pun akan sampai ke suatu tempat bernama Sungai Buloh. Buat apa nak ke sana kan? Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Saya sampai ke sana atas sebab musabab 'posting' punya pasal.

Hospital yang di'request' akhirnya dapat jugak. Saya dan Mena je pun yang 'request' nak 'posting' kat Hospital Sungai Buloh, Yang lain pilih hospital lain.

Pada tahun ke-3, ada sem 3. Wajib ambil sem 3 kalau nak 'graduate'. Hanya ada satu subjek sahaja di sem 3, iaitu 'posting'. Yo!

Hmmm. Ada berita kurang enak yang dikhabarkan sedikit sebanyak membantutkan semangat untuk posting. Tapi Allah ada berpesan,

"Dan bertawakkal lah kepada Allah, Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Anfal: 61)

Okeh, kita tawakkal jer. Takut tetap menyelimuti tapi tawakkal tetap mengatasi.

Aku bertolak agak awal ke sana. *Bukan agak awal, tapi sangat awal sebenarnya hmmm
Aku bertolak pada hari Jumaat which is relevant to those who are going to start posting on Sunday. But, me?? My posting start on Monday. Hmm, tak pelah. Masalah kenapa bertolak awal tu tak nak ceritalah. Bye-bye lah.

Sampai di sana, terus menghubungi K. Ida. Kak Ida tu pemilik rumah / bilik yang kami sewa. Sewanya agak berpatutan. That's why I agreed to rent. Tunggu punya tunggu akhirnya Kak Ida sampai dengan motosikalnya membonceng bersamanya ialah adiknya, Siti dan anaknya ChaCha. Huhu.

Follow-lah kami dari belakang sampai di Kuarters Integrasi untuk para staf Hospital Sungai Buloh. Rumahnya boleh tahan tapi biliknya kosong. No bed, No cupboard. Kosong. It's ok.
Duduklah saya di rumah itu seorang diri lepas ayah dan sepupu plus ayah dan mak sedara balik. Kak Ida keluar jap pergi 'renew' passport katanya nak ke Turki.

Selesai kemas barang seme, saya pun duk rilek-rilek sampai Kak Ida balik. First-first tu duk terbayanglah dalam fikiran macam manalah nak hidup seorang diri sebatang kara dengan orang yang kita tak kenal pulak tu! Mula-mula memang rasa janggal tapi lama-lama mesra. M-E-S-R-A.. haha

Kak Ida seorang yang baik hati. Jasamu kukenang. :)

Kak Ida ada seorang anak yang bijak dan cute namanya Emelda atau panggilan manjanya Chacha. Comel giler tau. Mula-mula saya agak janggal nak dukung budak *almaklumlah tak terbiasa hehe *malu-malu

Tapi lama-lama Alhamdulillah reti dah sekarang untuk dukung budak setahun. Haha *Apa daaa~

Okeh, that's All for this evening. *Sakit mata la tenong komputer lama-lama

#22Ramadhan1434H


Emelda aka Chacha

Hospital Sungai Buloh