Tuesday, December 14, 2021

SORRY

Saya dah cuba yang terbaik, selebihnya saya berserah kepada Allah. Being lurus bendul is not easy in this world. Go Biha Go! It is ok, tak salah jadi lurus. InsyaAllah rezeki Allah ada di mana-mana. I am not a negative person, I am a good positive person who always looking the kindness in Allah’s destiny. Even I feel it is not good for me, I should put the highest confidence that Allah knows better. 


Aku redha dengan segala ketentuan Allah bukan semua yang kita nak kita akan dapat. I am sorry abah dan ma, if I cannot achieve what you want. Thank you for always support me eventhough I know my limit abilites. Thank you for helping me sepanjang kehidupan ini dan never leave me even at my worst. 


Sorry for disappointing you. I hope ma dan abah akan terus berada di sini, even I am at my worst. May Allah grant ma dan abah Jannah for your kindness and patience. Amin. 


I am SORRY. 

Friday, October 1, 2021

Hello Oktober

Hello Oktober. 2021.


Dengan masuknya bulan Oktober 2021, maka berbaki lagi 2 bulan sahaja untuk mengakhiri tahun 2021. 

Tahun hadapan dah masuk tahun 2022. Begitu cepat masa berlalu. 


So, Hi Oktober! Please Be Nice to Me, No more HEARTBREAK after this, ok! 

Wednesday, September 22, 2021

Biha Eat Clean

EAT.CLEAN.
Dulu masa aku duduk di Kedah dahulu, aku selalu amalkan eat clean. Iaitu aku jaga makan aku. Aku makan makanan rebus, sup dan yang bakar je. 

So, hari-hari makan lauk macam orang pantang. Hahaha. Aku suka tau makan macam tu. Dan kalau boleh aku nak buat satu buku resipi makanan yang sihat. Supaya tak la bosan sangat. Bila kita dah bosan tu, kita buatlah satu hari cheat day. 

Kalau dulu, akan ada satu hari aku spend untuk beli air Starbucks. Sebab aku ni kategori suka jugak minum kopi tapi tak minum kerap lah dan tak suka kopi yang terlalu keras. 

Selain starbucks, aku minum green tea yang aku selalu beli dekat mydin belah kedah sana untuk ganti cheat day air Starbucks. Hehe. Kadang-kadang nak jimat jugak kan.

Selain eat clean aku akan exercise. Aku suka jogging sebab jogging tu kita move kita punya body dan buat kita lagi fit. Senang untuk beribadah jugak nanti kan. (Walaupun takdelah buat ibadah banyak sangat hahahaha)

Aku selalu bangun pukul 5 pagi. Pukul 6 pagi tu dah get ready untuk pergi jogging dekat taman jubli emas. That's my routine everyday. Kalau malas tak pergi jugak. Tapi aku paksa diri untuk pergi jogging every morning. 

Jadi, sekarang aku nak mulakan semula apa yang aku dah tinggalkan hampir 2 tahun. Kita mula balik semula macam aku di Kedah dulu. Rutin yang baik jangan kita tinggalkan, betul tak?
Aku nak makan ulam-ulaman balik dan makan ikan bakar/ ayam bakar. Tanpa kuah. Sedap. Seriously. Dulu selalu makan macam tu dengan Kak Siti. 

Sekian. Moga Biha boleh istiqamah makan makanan sihat. 😊

Biha LIVE FB

Bismillahirrahmanirrhim
Assalamualaikum

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman sepanjang aku LIVE dekat facebook. Sebabnya aku baru LIVE dekat facebook tengah hari tadi. Topik yang kami bincangkan berkenaan dengan TIPS BERKAITAN DENGAN MATA. 

Jom kita masuk ke pengalaman pertama aku bersiaran langsung di facebook. Pertama kali aku live di facebook Hayati masa aku kerja dekat Kedah dulu. Dua tahun berturut-turut aku live sempena cabutan bertuah umrah Hayati Optometrist Sdn Bhd. Masa tu bos bagi kepercayaan untuk aku handle bahagian opening untuk live session cabutan bertuah umrah. Alhamdulillah it went well walaupun ada kekurangan dari segi sound system sikit masa tu. Untuk sesi seterusnya Kak Ila jadi MC. Kalau anda semua tonton balik live tu, boleh tengok la aku agak gemuk masa tu. Aku tak sangka aku pernah gemuk hahahaha.

Tahun kedua pula, aku jadi bahagian opening jugak sebab aku tak mampu nak handle the whole majlis. So, untuk session next tu bagi kepada Abang Zaid. Bos nak bagi semua ada pengalaman merasa jadi MC. Tapi, aku refuse la untuk jadi MC sebab aku ni jenis tergagap-gagap sikit kalau spontan dan tak boleh nak maintain energy yang sama sampai ke akhir rancangan. Hehe. Alhamdulillah tak kena.

Selepas tu, aku live dekat tempat kerja sekarang ni. Mula-mula live tu memang macam satu beban besar kepada diri aku. Aku rasa aku TAK MAMPU nak lakukan. Tapi aku teruskan jugaklah. Lama-lama aku makin mahir live bercerita tentang perkara berkaitan dengan optometri dan mata ni. Hari ini, entah sudah kali keberapa aku live, dan aku agak berpuas hati live hari ni. Sebabnya berapa kali baca 'rabbisyrahli' untuk bagi kekuatan dalam hati. Dah banyak kali live pun still ada rasa takut tu. Dan aku niatkan banyak kali dalam hati, niat untuk sampaikan ilmu kepada orang dan untuk bagi kesedaran tentang kepentingan jaga mata dan cek mata dengan optometris. Bila kita niat macam tu, Alhamdulillah aku rasa lebih berani dan lebih lancar untuk sampaikan informasi semasa sesi live tersebut.  




Saturday, September 18, 2021

Kedai Makan Sebelah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kali ni nak bercerita tentang makan tengah hari. Kami ni daripada dulu lagi tak tahu nak makan tengah hari kat mana.
Selalunya kami duk ulang alik ke gerai makan yang terletak di hadapan kedai kami.

Suatu hari tu, terasa ingin mencuba makanan di gerai makan yang terletak di hujung bangunan kedai kami. Sebab gerai makan tu kalau waktu bulan puasa ada pelbagai pilihan lauk atau juadah untuk berbuka.

Dan sebelum ni jugak, gerai makan tu terkenal dengan nasi lemak yang sedap. Kami ni tak tahu menahu lah pulak yang gerai makan ni ada sediakan masakan panas dan lauk-pauk tengah hari.

Maka, pada suatu hari, kami ingin mencuba makan tengah hari di gerai makan ni, tak sangka pertama kali makan dah rasa sangat sedap. 

Encik tukang masak kat situ, memang power-lah! Semua yang dia masak sedap. Antara makanan yang kami repeat order ialah:

- Nasi Goreng Daging
- Sup Daging
- Tomyam Daging
- Nasi Lemak + ayam goreng
- Ayam Goreng Berempah

Recommended Okey! Kami dah tak makan dah kat gerai depan, hehe, kami beralih ke gerai sebelah pulak. Kalau bosan, atau gerai makan tu tutup, kami order FOODPANDA. 

Begitulah rutin harian selagi mana kerja di sini. 

Gerai Makan kami selalu order Nasi Goreng Daging


Friday, September 17, 2021

First time di Coffee Garden, Terengganu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

Haaa hari tu aku ada pergi ke sebuah coffee house. Nama tempat tu Coffee Garden.

Coffee Garden tu terletak di Gong Badak. Suasananya memang tenang kalau kita nak chill-chill, lepak-lepak sambil minum kopi. 

Dekat sana, aku order dua minuman - satu untuk bawak balik - Java Chip Frappe dan satu lagi untuk minum kat sana - lemon sparkling honey. Nice.

Dua-dua air minuman tu best. Aku suka. Tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. 

Untuk makanan aku order Crispy Chicken Chop. Portion ayam dia besar dan memang crispy. Yummy!



So, recommended - lah kalau nak makan kat sini. Nice place by the way. Tempatnya luas dan ada tiga bahagian - exclusive (dalam pintu bertutup), inside cafe dan outside cafe. So boleh pilihlah nak duduk mana. Mana-mana yang kita selesa. 

Kedudukan Coffee Garden tu berhampiran dengan Yogulp Cafe. Mungkin esok aku boleh pergi cuba? haha. Lupa plak duit tarak. haahaha. Terutamanya sekarang dah hujung bulan, al-maklumlaaaa hehe.

Untuk rate Coffee Garden sebab dia baru aku bagi 4/5 bintang. 😊

Aku punya tastebuds rakyat marhaen je, so sedap bagi aku tak sama mungkin dengan korang. Boleh pergi cuba sendiri. 

Sunday, September 12, 2021

Nikmat Mata

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hari ini mata berasa sedikit kering. Mungkin sebab aku menangis semalam. Biasalah menangis terkenangkan perkara yang pernah melukakan hati aku dulu. Well, begitulah asam garam kehidupan. Kejap menangis kejap gembira. 

Cuma, tahu tak apa yang terlintas di fikiran saya tiba-tiba?

Saya berfikir yang dalam duk menangis terkenangkan perkara lalu, tiba-tiba je Allah lintaskan di dalam kepala yang sampai bila ea Allah akan beri pinjaman untuk guna segala pancaindera yang diberikan secara PERCUMA ni. We are at our lost when we actually don't know up until when Allah bagi kita guna nikmatNya ini. Sebab itu rasanya kita kena betul-betul guna dan hargai apa yang Allah bagi.

When human take you for granted, maybe you take Allah for granted first. (Tiber).That's why don't take Allah's blessings for granted. Be grateful always by doing good deeds and remember Him always. Sebab itu, ayuh kita gunakan nikmat yang Allah bagi ini untuk melakukan perkara yang disuruhNya dan meninggalkan laranganNya. 

Aku jadi terfikir macam tu ialah apabila sebenarnya hari ini, mata mak aku kena laser. Hari ini merupakan hari temujanji klinik mata mak aku (Klinik Glaukoma). Tetapi setelah pemeriksaan mata dijalankan, mak aku kena masuk ke bilik laser sebab tekanan dalam mata ma tidak mencapai target yang ditetapkan dengan penggunaan ubat titis mata. Jadi, aku sedih jugak, macam-macam ujian dan mehnah yang ma lalui. Semoga penyakit ma menjadi asbab untuk diampunkan segala dosa-dosa Ma. Memudahkan ma ketika di alam sana nanti. Amin. 

Mak aku kena laser iridotomy tadi. Jadi, doktor nasihatkan untuk menggunakan steroid untuk mengurangkan risiko mendapat keradangan mata selepas laser. Manakala ubat mata glaukoma yang lain digunakan seperti biasa. 




Semoga ma sentiasa kuat. We always there for you. 


P/S Hari ni kelakar sikit, panas kat tempat kerja tadi, ingatkan aku buka aircond dua-dua rupa-rupanya hanya sebuah aircond je aku buka. Hahahaha. Kesian customer panasan hari ini. 🙏
  

Monday, September 6, 2021

Jemput Follow Saya Insta dan Youtube

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Saya nak jemput beramai-ramai untuk follow saya di:


INSTAGRAM: nurrabiha.mn

YOUTUBE: Nur Rabiha ( UCzc7ab9AmNxFF6-RgXh6UXg )


Saya ada share serba sedikit pasal mata dan bidang yang saya minat iaitu OPTOMETRY. Moga dapat sebarkan ilmu kepada semua. Semoga beroleh manfaat. Moga ini boleh bawa pahala saya ke akhirat. 😄

Saturday, September 4, 2021

TUNNEL

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


TUNNEL.

Sebuah drama KOREA yang mempunyai 16 episod. 

Berdasarkan tajuk drama tersebut, ia berkisar tentang kematian yang berlaku di sebuah tunnel pada tahun 1987. Sebanyak enam mangsa yang dibunuh secara bersiri dan pihak polis tidak mampu menangkap pembunuhnya sehinggalah kes dibawa ke tahun 2017. 

Pada suatu hari, seorang anggota polis merentas masa dari tahun 1987 ke tahun 2017 ketika sedang mengejar pembunuh tersebut. Malangnya, anggota beliau tidak sempat melihat wajah pembunuh itu.

Ketika merentas masa dan sampai ke tahun 2017, beliau tidak perasan akan perubahan zaman yang dialami sehinggalah keesokan harinya apabila beliau melihat keadaan pejabat berubah dengan begitu drastik sekali. 

Maka, sejak daripada hari tersebut, beliau tidak dapat kembali ke masa silam semula dan bermulalah perjalanan beliau menjejaki pembunuh tersebut kerana setelah 30 tahun menghilangkan diri, pembunuh bersiri tersebut kembali muncul dan melakukan pembunuhan semula. 

Saya tidak menyesal sama sekali menonton drama ini. Kadang tu sampai menonton 2-3 kali tapi tak pernah bosan pun sebab jalan ceritanya sangat menarik. Ditambah pula dengan para pelakon yang terbaik dipilih untuk menjayakan watak dalam drama tersebut.

Sangat recommend untuk menonton drama ini. Saya bagi 10/10 bintang. ⭐  




Friday, September 3, 2021

HADIAH BEG MERAH SOMETIME

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Kali ini saya nak membuka sebuah cerita tentang HADIAH yang saya TERIMA daripada bos saya, Kak Kuna. Cantik SANGAT beg kaler merah. Siap CUSTOM MADE dengan nama saya lagi. I love it, thank you bos. 
Ceritanya bermula apabila tiba-tiba saya menerima sebuah mesej berkenaan dengan sebuah barang pembelian online on the way nak sampai ke tempat kerja sedangkan setahu saya, saya tidak ada membuat pembelian online dalam masa terdekat.

Jadi, saya hanya fikir mungkin saya terlupa dan sebagainya. Selepas menerima barang tersebut, lagilah pelik bungkusan bertulis perkataan SOMETIME begitu asing tidak pernah terlintas di mata saya sebelum ini. 

Jadi saya tak tahu ingin bertanya kepada siapa tentang siapakah pengirim hadiah atau barang tersebut. 

Finally, bos saya memberitahu yang dia ada belikan sebuah hadiah kepada saya. Barulah saya tahu siapakah gerangan si pengirimnya. 

Tantek sangat.

Al-maklumlah Rabiha ni suka beg dan suka tukar-tukar beg dengan kasut hahahaha😂
So, hadiah tu kena sangat la dengan saya ni hahaha.

Beg Merah Custom Made dengan namaku


Thursday, September 2, 2021

ME.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Beginilah seorang Rabiha. Mencari-cari teman sejati tapi tak nak RUSHING, seolah-olah EMOTIONAL UNAVAILABLE. Lepas dah belajar untuk kawal emosi dengan baik sehingga dah buang segala ATTACHMENT pada orang, seorang Rabiha ni jadi lain plak. Emotionally KOSONG. Dah tak kisah siapa pun yang nak datang dalam hidup dan rasa nak pergi daripada diri saya. 

You cannot make someone happy if you are not happy with yourself. That's why I want to make myself happy and contented with myself first. 

I am trying to make myself happy and feeling contented with myself rather than hope other people to do that to me. Now, I really LOVE MYSELF and I fully ACCEPT who I am. Kalau dulu selalu rasa takut orang tak menerima diri ini, tetapi sekarang saya belajar agar saya yang terlebih dahulu menerima diri saya. 

The journey is not easy. Banyak kali BERGADUH dengan diri sendiri just to LET GO of the past yang menyakitkan. Improving myself to be a better person especially in controlling my emotions. I don't put hopes on people anymore. I don't care how you want to carry yourself with me, I don't put any expectations as I did before anymore. I learn from my past mistakes that I need to be STRONG, BOLD, LET GO OF MY FEAR, and ACCEPTING them for who they are.

Hanya orang yang tersakiti sahaja akan menyakiti. Itu yang saya rasa kerana saya sangat tersakiti, down selepas kena reject menyebabkan self-esteem saya jatuh and it is the time to bangkit balik. I will not stop anyone to be my friend but that does not mean I already choose you

Other things that I learn is we cannot force people to like us back just like we care and love them. Just let them go, be strong to really continue our life and our journey in this dunya. The first step is very PAINFUL but I always tried to motivate myself because I know I have a very strong mind except it is just not balance with my emotional things. 

I am still trying to be myself and do not afraid to be around boys/men. Maybe due to my past trauma, I have fear with men. I am afraid to approach them and takut sangat kalau mimik muka mereka berubah dan marahkan saya.

I think I have overcome it. I don't care about others. I should focus more to myself. The past hit me really hard. 

Now, it is my journey to baiki diri saya yang dulu penuh dengan ketakutan. May Allah ease this journey of understanding myself and  truly accepting who I am. I should appreciate myself more and don't see myself as lacking. Keep becoming orang yang MENYENANGKAN orang lain. Smile and be HAPPY. 

Be a good optometrist that sincerely help people to see better. 

LOVE,

BIHA

Tuesday, August 24, 2021

Kisah daripada CUSTOMER

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hari ni saya ada satu kisah MENARIK untuk dibawakan. Ia berkisar tentang seorang customer saya, yang hadir untuk membeli kanta lekap. Tetapi, apabila sedang memeriksa power mata adik ini, dia membuka cerita tentang kisahnya mengalami kemalangan beberapa bulan yang lalu.

Berdasarkan kisah yang disampaikan, dia sepatutnya koma selama 5-6 bulan. Tetapi, keajaiban datang daripada Allah, adik ini dikembalikan semula (hidup semula) selepas terlantar koma selama 12 hari. Menakjubkan kan?

Mengikut perkiraan doktor, akibat kemalangan tersebut, kepalanya mengalami gegaran membuatkan dirinya koma dan berkemungkinan hilang ingatan apabila sedar kembali nanti. Tetapi keajaiban berlaku sekali lagi apabila ingatannya pulih kembali selepas 2 minggu dia sedarkan diri. 

Dia menceritakan kisah peliknya selepas dia bangun daripada koma apabila dia mula bercakap dan menyapa hampir kesemua pesakit di wadnya duduki itu. Itu sahajalah perkara pelik yang dialaminya dan diceritakan kembali oleh ahli keluarganya kepadanya.

Satu lagi keajaiban yang berlaku kepada dirinya ialah apabila dia perlu menjalani pembedahan memasukkan besi ke tulang belakangnya akibat teralih?? Tetapi, kerana dia mampu untuk berjalan semula dan tidak langsung berasa sakit, doktor tidak meneruskan pembedahan dan hanya membuat pemantauan berkala sahaja. 

Semoga adik cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu, AMIN.


Cerita kedua pula ialah tentang customer ni volunteer cerita tentang penyakit yang dialaminya. Sudah dua tahun dia hidup sebagai pejuang kanser ovari. Rahimnya telah dibuang keseluruhannya. Dia juga terpaksa membawa ke hulu dan ke hilir kantung najis kerana ususnya pula bocor. Beratnya ujian yang dia alami. Tetapi mukanya sentiasa menunjukkan riak wajah yang ceria dan tersenyum. Dia kuat kerana mempunyai tulang belakangnya untuk menghadapi liku-liku ujian kehidupan iaitu suaminya. 

Dia adalah sosok tubuh yang begitu tabah menghadapi ujian hidup. Adakah aku mampu bertahan sepertinya? Ya Allah begitu berat ujian yang dialaminya sehinggakan aku merasakan aku tidak mampu untuk menjadi tabah sepertinya. Benarlah firman Allah: 


Semoga kita yang sihat ini sentiasa mensyukuri segala kesihatan dan keselamatan yang Allah bagi kepada kita. 

Sejarah Solat Dhuha

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Hari ni saya nak share cerita tentang SOLAT DHUHA. Semua orang pasti tahu, solat dhuha ni penarik rezeki. Antara kelebihannya:



Setelah kita ketahui tentang kelebihan solat dhuha, saya nak cerita serba sedikit tentang macam mana saya boleh mula kenal dengan solat dhuha.


Solat dhuha ni saya kenal masa saya darjah 6. Masa tu saya lalu depan surau sekolah rendah. Dalam surau tu saya nampak cikgu Matematik saya, sedang menunaikan solat dhuha. 


Saya tertarik untuk bertanya, cikgu solat apa tu? Lalu cikgu ni menceritakan serba sedikit tentang kelebihan dan tatacara solat dhuha. Cikgu ni nama dia Cikgu Kamariah. Saya suka sangat cikgu ni sebab walaupun muka cikgu garang, tapi, muka je garang, cakapnya penuh dengan kelembutan dan pengajaran. 


Masa tu cikgu pun dah menghampiri usia untuk pencen. Saya sangat menghormati guru saya itu. Moga cikgu damai di sana, Al-Fatihah. Saya sayang cikgu sebab cikgu adalah orang PERTAMA yang memperkenalkan saya dengan solat dhuha. 


Kini, saya ingin melakukannya kembali. InsyaALLAH. Moga Allah memberikan kekuatan untuk ISTOQAMAH melakukannya setiap hari. Amin. 

Saturday, August 14, 2021

Kebaikannya disebut ramai orang - Siti Sarah Raisuddin


Pemergian Siti Sarah Raisuddin memberi pengajaran yang berharga untuk kita yang masih hidup ini. Pemergiannya membuatkan kita berasa kita belum lagi membuat yang terbaik sebagai HAMBA Allah dan masih ada banyak benda perlu dibaiki sebagai hambaNya.

Beliau mengajar kita betapa besarnya ganjaran dan pahala yang Allah berikan kepada orang yang suka BERSEDEKAH. Beliau merupakan sebuah figura yang tidak pernah rasa lokek dengan harta yang beliau miliki kerana beliau percaya semakin banyak kita memberi, harta kita tidak semakin berkurang pun malah Allah akan tambah dengan lebih banyak lagi. 

Memiliki mindset yang begitu kuat tentang kebaikan bersedekah memberikan inspirasi yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Semoga kita yang masih hidup ini boleh cuba untuk berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa kerana jika dilihat perjalanan hidup beliau, beliau melalui proses perubahan secara perlahan tetapi konsisten. Beliau merupakan figura yang sentiasa mengupgrade diri untuk menjadi insan yang lebih baik lagi. 

Saya sangat terinspirasi dengan prinsip yang beliau pegang. Pemergian beliau menyedarkan kita bahawa hidup ini terlalu singkat. Beliau pergi ketika usia beliau masih muda iaitu baru berumur 37 tahun. Jadi, kita sebenarnya tidak sedar semakin bertambah usia semakin dekat ktia dengan kematian. Sejauh manakah kita menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai Ad-din? Dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai Ad-din agar dengan itu setiap pergerakan, tindakan dan perkataan kita dikira sebagai pahala oleh Allah. Begitu juga, berapa banyakkah kita BERSYUKUR dengan segala NIKMAT yang Allah berikan kerana segala yang kita dapat adalah PERCUMA sahaja daripada Allah. Kata Ustaz, cuba kita bayangkan jika satu maksiat yang  kita buat, Allah menarik satu nikmat daripada kita, mampukah kita hidup seperti biasa jika nikmat Allah itu ditarik balik?

Maka jadikanlah diri kita Muslim yang bersyukur iaitu dengan patuh dengan perintah ALLAH dan banyakkan bersedekah kerana Allah menjamin kemurahan rezeki bagi orang yang rajin bersedekah.

Jika kita telusuri perjalanan sahabat-sahabiah dahulu, mereka adalah orang yang paling hatinya tidak ATTACH kepada DUNIA, sehinggakan sanggup untuk bersedekah seluruh harta demi Islam tercinta. Marilah kita sama-sama belajar dan melatih diri untuk rajin bersedekah dan sentiasa upgrade ibadat kita, agar kita menjadi hamba yang disayang Allah agar kita beroleh REDHAnya dan dimasukkan ke SYURGANYA.

Amin.  Jom sedekahkah Al-Fatihah buat beliau. (Kebaikannya disebut-sebut oleh ramai orang). 

Tuesday, August 10, 2021

Kalendar Islam - 1 MUHARRAM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Pernah dengar tak lagu ni:

Satu Muharram Detik Permulaan,

Pepindahan Nabi dan Umat Islam,

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Asas Keyakinan dan Iman yang Teguh,

Kaum Mujahirin dan Ansar Bersatu,

Rela berkorban Harta dan Nyawa,

Demi Menegakkan Islam Tercinta.


Setakat itu dulu la lagunya. Haha. Nak dengar lebih-lebih, bolehlah cari sendiri dekat you tube.

Hari ni merakamkan tarikh 1 Muharram yang merupakan tahun baru bagi kalendar umat Islam. Penganut agama lain pun ada kalendar masing-masing. Jom saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah Kalendar Umat Islam.

Tanggal 1 Muharram seringkali dikaitkan dengan penghijrahan Nabi SAW. Tetapi tahukah anda yang sebenanarnya tarikh tersebut bukanlah tarikh penghijrahan Nabi ke Kota Madinah seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut pengkaji sejarah Islam, Nabi berhijrah pada bulan RabiulAwal. 

Usaha memulakan kalendar Islam adalah bermula daripada Khalifah Umar Al-Khattab. Kalendar Islam ini dimulakan kerana pada ketika itu, umat Islam tidak mempunyai kiraan tahun dan bulan secara sistematik. Berkat usaha daripada Saidina Umar, kalendar Islam digunakan sehingga ke hari ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Bagi kiraan tahun pula, Saidina Umar menetapkan tahun di mana Rasulullah berhijrah ke Madinah ditetapkan sebagai tahun pertama dalam kiraan kalendar Islam.

Kenapa Muharram diambil sebagai bulan pertama dalam Kalendar Islam?

Bulan Muharram diambil kerana Muharram merupakan bulan pertama selepas umat Islam mengerjakan haji. 

Saya lupa nak baca doa akhir tahun dan awal tahun 😭😭

Semoga tahun ni membawa sinar untuk kita menjadi Umat Nabi MUHAMMAD yang lebih baik dan semoga COVID cepat berlalu pergi dari muka bumi ini. Amin. 

Hadiah daripada Zue

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Post kali ni nak tunjuk hadiah yang Zue bagi masa birthday saya baru-baru ini. Zue suka bagi hadiah seperti kain tudung dan kali ni Zue buat kelainan - saya dapat seutas jam dan gelang. Cantik sangat!!


Terima kasih atas ingatan Zue, saya sangat hargai. Semoga kita pun BERSAHABAT SAMPAI SYURGA nanti 😀







APPRECIATION POST TO MENA

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


SELAMAT HARI LAHIR MENA!!

Bersama Mena dan anak-anaknya, seorang lagi ada dalam perut


Hari ni 10 hb Ogos, marked hari lahir sahabat baik saya Mena. Mena adalah kawan saya yang paling lama. Kami berkawan daripada sekolah menengah masa tu kami di tingkatan empat. Pernah satu kelas semasa di tingkatan dua tetapi kami tidak berkawan sangat pada ketika itu. 

Al-kisahnya macam mana kami boleh bersahabat baik adalah kerana pada tingkatan empat kami berdua ditawarkan untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolah. Daripada pakaian seragam berwarna putih ke pakaian seragam berwarna biru selama dua tahun; tingkatan empat dan lima.

Oleh sebab kami berdua baru dilantik dan tidak ada geng pun dalam MPP ketika itu, jadi kami banyak bergantung antara satu sama lain kalau nak ke mesyuarat MPP atau event berkaitan dengan MPP. 

Tambahan, kami berdua sekepala. Haha. Tak sangka bermula daripada situ, kami jadi bertambah rapat sehingga menjadi kawan baik (BFF) sampai sekarang. Persahabatan kami sudah menjangkau 14 tahun. Lama giler! Kalau dekat universiti tu semua dah tahu kalau sebut Biha mesti ada Mena, kalau sebut Mena mesti ada Biha. haha.

Perjalanan persahabatan kami daripada SEKOLAH MENENGAH, PLKN, ASASI sehinggalah ke UNIVERSITI mendapat KOS dan JURUSAN yang SAMA. Kuat betul jodohnya. Cuma kami berbeza dari segi dia dah lama mendirikan rumahtangga sedangkan saya masih dalam proses mengenali diri dengan lebih baik dan mencari JODOH yang Allah tetapkan untuk saya. (Masalah saya, tidak reti ekspresif depan orang yang saya suka 😭 - akan cuba cari yang MELENGKAPI insyaAllah)

Semoga Allah permudahkan jodoh saya dan dikuatkan semangat saya dan saya tidak berputus asa mencarinya. Amin. 

Saya bersyukur Allah anugerahkan Mena dalam hidup saya. Seorang kawan yang baik, jarang nak terasa dengan kawan baiknya yang emosional ni. Mulai tahun ini, saya bertekad untuk ubah diri saya dengan menyertai kelas-kelas pembangunan diri untuk menjadikan saya seseorang yang lebih baik lagi dari segi kawalan emosi (EQ). Amin, InsyaAllah.

Semoga Mena diberkati Allah sentiasa dan selalu dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga tercinta. Semoga kita BERSAHABAT SAMPAI SYURGA, AMIN 😊 

Selamat Maju Jaya, Salwa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Sebenarnya saya sepatutnya tulis posting ni pada 5hb yang lalu. Tetapi disebabkan kesibukan dan ada urusan lain, baru sekarang saya dapat meluangkan masa untuk menulis entry ini pada kali ini.

Entry saya pada kali ini berkisar tentang perpisahan kami dengan Salwa iaitu salah seorang staf kontrak di tempat saya bekerja sekarang. Salwa masuk menggantikan Syamien yang akan cuti bersalin selama dua bulan.

Walaupun kehadiran Salwa hanya sebentar cuma (3 bulan sahaja), tetapi kami senang dengan kehadirannya. Tutur katanya yang berlemah-lembut dan tidak pernah menyakiti hati orang lain.

Jadi pada hari terakhir Salwa di sini, kami mengadakan jamuan kecil perpisahan khas untuk Salwa. Saya ingin mengucapkan maju jaya kepada Salwa, semoga berjaya mencari kerja yang sesuai dengan jiwanya dan sentiasa upgrade diri dan raikan setiap kejayaan kecil yang berjaya dilakukan. Di bawah ini saya kongsikan sedikit gambar kami bersama.   


Bersama Adik Salwa




Jamuan makan kecil-kecilan




Last bergambar sebelum Salwa pulang

Wednesday, August 4, 2021

Dah Start PKPD

Kampung saya dah kena PKPD....

Alamatnya kami tekurung la dalam kawasan ni. 

Tak tahu lagi sama ada boleh keluar pergi kerja atau pun tak.

Semoga cepat la COVID ni pergi daripada dunia ni.


Monday, July 26, 2021

Sambutan Hari Jadi Biha

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Kelmarin 25hb Jualai 2021, merupakan tarikh yang bermakna dalam hidup saya. Kelmarin merupakan hari kelahiran saya ke dunia yang fana ini. Terima Kasih kepada Ma dan Abah menjaga Angah selama ini. Saranghae! MA dan ABAH lah yang sentiasa ada di sisi Angah susah dan senang. Semoga Allah tempatkan Ma dan Abah di dalam Syurga kelak, diampunkan segala dosa kerana kesabaran Ma dan Abah menjaga kami selama ini. 💖💖

Saya bersyukur hari jadi pada tahun ini disambut dengan meriah sekali. Thanks to kawan-kawan di ofis dan juga kawan-kawan yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Saranghaeo. 💓

Sempena sambutan hari kelahiran saya, Allah mengizinkan saya untuk memasak Nasi Marjerin (macam lebih kurang nasi minyak) dan kuah gulai dihidangkan bersama dengan acar timun dan cili hijau tumbuk. Nasi ni saya buat sempena ingin meraikan bersama-sama hari istimewa saya ini. Saya masakkan untuk famili dan kawan-kawan di ofis. 

Walaupun sederhana sahaja, saya ingin meraikan bersama rakan sekerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya amat gembira kelmarin. Syukur kepada Allah atas semuanya. Syukur juga saya panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan saya nikmat selama ini. Segala ujian dan mehnah adalah untuk menguatkan hati saya yang lemah ini. 

Saya akui saya kurang kuat dari segi kawalan emosi. Hadiah terindah daripada Allah adalah dengan mengenali circle Kamalia Kamal. Saya banyak improve dari segi emosi dan lebih memahami orang lain. Perubahan ketara adalah saya tidak mudah sentap dan banyak bersyukur kepada Allah atas sekecil-kecil nikmat yang Allah berikan seperti nikmat minum air masak, nikmat udara dan nikmat diberi peluang untuk melakukan ibadah puasa sunat dan macam-macam lagi tidak terhitung banyaknya nikmat Allah. Segalanya adalah nikmat daripada Allah kerana tanpa keizinanNya, saya tidak akan boleh melakukannya. 

Hadiah yang sangat bernilai apabila Allah makbulkan doa saya agar saya mampu menjadi lebih bagus dalam mengendalikan emosi. Alhamdulillah. Lama dah saya terfikir macam mana ingin memiliki EQ yang bagus? Alhamdulillah akhirnya Allah MAKBULKAN. Syukur sangat-sangat.

Tetapi dalam kegembiraan menyambut hari kelahiranku, ada terselit berita yang kurang gembira. Iaitu, kematian kucing adik iaitu LULU. Semoga adik dipertemukan semula dengan Lulu di akhirat kelak.

Jom jenguk sedikit gambar sambutan hari kelahiranku:

Cantikkan Design Kek Ni? Soft Jer 

Siap Dengan Belon Warna Purple,
thank you Mira, Syamin dan Salwa 😘


Kek Brownies sambut di ofis

Hadiah Surprise Daripada Mena my BFF,
Lots of Love MENA 💝

Pemberian Daripada Kak Wani Momoh
LOVE YOU KAK WANI 😘


Friday, July 23, 2021

Dear Biha, HAPPY BIRTHDAY

Bismillahirrahmanirrahi,
Assalamualaikum



Lusa merupakan hari jadi saya. Kali ni bebeza sedikit daripada tahun sebelumnya kerana tahun ni saya plan sendiri hari jadi saya. Saya yang membuat tempahan kek - 2 biji kek (satu untuk kawan-kawan di Ofis, dan satu lagi untuk keluarga di rumah). 
Selalunya tahun-tahun sebelumnya adik akan membeli kek last minute. Iaitu membeli kek di kedai kek pada hari jadi saya tersebut. Apabila saya pulang daripada kerja, kami akan menyambutnya bersama-sama. 

Kenangan yang tidak dapat saya lupakan tentang hari jadi saya adalah di mana saya pernah menyambutnya seorang diri dengan membeli sepotong kek dan makan seorang diri di rumah sewa. Walaupun menyambutnya seorang diri, tetapi saya happy sebab saya rasa itu cara menghargai hari di mana saya dilahirkan oleh ibu saya ke dunia. 

Kenangan lain adalah sale mencanak tinggi pada bulan kelahiran saya pada tahun lepas. Sales mencatatkan 41K dalam bulan Julai sahaja. Dan pendapatan paling tinggi adalah pada hari jadi saya 25 Julai 2020. 

Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan datang lebih baik dan baik lagi untuk saya. Moga saya sentiasa menjadi insan yang kuat menghadapi ujian Allah. Kita tak akan berhenti daripada diuji. Ujian menjadikan kita lebih baik. Mengupgradekan value diri kita. Supaya kita sentiasa grow. My doa for this year ialah supaya saya:

1. Rajin beribadat
2. Ikhlas beribadat
3. Dimasukkan dalam syurga dengan rahmat daripada Allah
4. Dijauhi daripada maksiat
5. Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat
6. Dapat membuka atau memiliki sebuah kedai cermin mata saya sendiri
7. Dapat settle down
8. Berjumpa dengan jodoh aka sahabat dunia akhirat yang baik dan melengkapi. 

Pesan untuk Biha, please love yourself macam mana anda sayang dan layan orang lain, macam tu jugalah anda kena buat untuk diri anda sendiri. Awak berharga Biha. Walaupun awak direject hari ini, insyaAllah awak akan menemukan cinta hati awak suatu hari nanti. Moga Allah kabulkan. Amin. 

Dear Biha, I love you and HAPPY BIRTHDAY TO YOU. 💖🎁

Wednesday, July 21, 2021

AUDIT

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Awak tahu apa yang membuatkan saya PALING MENYESAL?

Iaitu KEJAHILAN saya dan KEEGOAAN SAYA.

Saya menyesal kerana saya terlalu EGO dengan awak. Saya buat tak endah je tentang perasaan awak kerana saya nak seperti apa yang saya nak. 

Saya tidak IKHLAS. Saya mengharap awak membalas sama seperti saya buat. Sekiranya saya pernah chat awak, saya nak awak pun chat saya jugak. 

Saya menyesali sangat-sangat. Dan belajar daripada kesilapan ini. Moga saya menjadi insan yang lebih baik untuk sentiasa pandai mengurus EXPECTATION dan tahu di mana saya mahu meletakkan ATTACHMENT saya. 

How to AVOID FRUSTATIONS?

1. Lower your ecpectations - dengan tidak attach dengan makhluk kerana akan menyebabkan expectation dan expectation selalu membawa kepada kekecewaan

2. ISTIKHARAH - ask Allah untuk memberikan yang terbaik buat diri kita

3. BERSYUKUR - kira segala kebaikan Allah dah bagi kepada kita, cuma satu ni je Allah tak bagi lagi janganlah kita menafikan kebaikan-kebaikan lain yang Allah telah berikan

4. TAMBAH VALUE DIRI - don't allow opinion of others make you question who you are. Have a strong core value - kenali diri dan tambah value diri. Jadikan diri kita lebih baik

5. LOVE YOURSELF - selflove sangat penting! When things change INSIDE you, things will chage AROUND you



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya AidilAdha

Pada tarikh 20/7/2021 semalam, kita umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Pada musim COVID ini, sembahyang raya hanya terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Jadi, sambutan hari raya tidaklah semeriah dulu. Jika dahulu, kita akan menyaksikan pemandangan pada waktu pagi di mana penduduk kampung berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya dan mendengar khutbah hari raya.

Berlainan pula pada tahun ini, kita dibenarkan untuk menyambut hari raya seperti biasa cuma perlu sentiasa menjaga SOP seperti memakai mask dan menjaga jarak antara satu sama lain. Tahun ini, agak meriah juga sambutan di kampung aku. Sudah lama aku tidak turun menyaksikan lembu disembelih. Aku hanya membantu memotong daging (macam biasa) haha

Diharapkan COVID ini lekas berlalu pergi dan kita akan dapat meraikan sambutan hari raya dengan gilang gemilang seperti selalu. Amin 

Sejarah kenapa disyariatkan Hari Raya Korban adalah manifestasi daripada sejarah Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya; Nabi Ismail. Wahyu yang diterima daripada mimpi itu diceritakan kepada Nabi Ismail dan Nabi Ismail menyuruh ayahnya untuk menunaikan kewajipan tersebut. Kerana mimpi para Nabi dan Rasul adalah wahyu dan bukan mainan syaitan seperti manusia lain.

Dengan hati yang mengharapkan keredhaan Allah, Nabi Ibrahim menunaikan perintah tersebut tetapi dengan kuasa Allah, Nabi Ismail ditukarkan dengan seekor Kibasy. Sejak daripada hari itu, umat Islam disyariatkan untuk melakukan ibadah korban. Binatang yang boleh dikorbankan antaranya; UNTA, LEMBU, KAMBING, BIRI-BIRI dan KERBAU.

Ibadah ini boleh dilakukan bermula 10 Zulhijjah sehingga hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) setiap tahun. Pada tahun ini, harga sebahagian lembu dalam RM700. 

Jika kita di sini melakukan ibadah korban, mereka yang sedang mengerjakan ibadah Haji sedang melontar di Jamatul Aqabah sebagai manifestasi perlakuan Nabi Ibrahim yang melontar batu kepada syaitan kerana hendak mengganggu dan menghalang ibadah korban yang ingin dilaksanakan.

Sebenarnya kita sebagai umat Islam perlu mengambil tahu tentang sejarah kenapa sesuatu ibadah itu disyariatkan. Agar kita dapat menghayati dan mengambil pelajaran daripadanya dan tidak kita melakukan ibadat dengan taklid buta. 


    

Thursday, July 15, 2021

Zumba Class - healthy body

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

So, I started Zumba for my healthy life style journey. I feel my body feel better and fit. I enjoyed this Zumba class from youtube. I will paste the you tube channel here: https://www.youtube.com/channel/UCOD8lPSrcmelzjAsRbE4fzg



Semoga kita jadi kuat dan bertenaga selain untuk menjadi sihat.

Selain nak improve dari segi badan, aku nak improve dari segi emosi dan how I treat my parents. I feel I am not good enough towards them. 

May they always forgive me for my mistakes. They are my loved. Aku ada mereka je kat dunia ni. Nak dapat akhirat pun melalui mereka jugak 😢



Wednesday, July 14, 2021

Major Depressive Disorder (MDD)

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada melalui episod sedih seperti kehilangan pekerjaan atau kematian orang yang disayangi. Tetapi, apabila sesorang berada dalam fasa kesedihan yang terlalu lama, ia akan membawa kepada kemurungan (depression). Daripada kemurungan  yang berpanjangan akan membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai 'Major Depressive Disorder' / (MDD). 

Pernahkah anda  mendengar tentang penyakit ini? Penyakit ini adalah satu penyakit mental dan psikologi. Individu yang mengalaminya mungkin telah lama berada di dalam tempoh tekanan atau kemurungan yang panjang disebabkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam hidup mereka. 

Apabila seseorang individu mengalami MDD ini, seluruh fungsi kehidupan mereka akan terjejas seperti kitaran tidur ataupun selera makan.  

Diagnosis MDD biasanya akan dibuat dengan mengambil kira perasaan pesakit, simptom-simptom yang dialami dan tindak-tanduk (behaviour) pesakit. Jom kenali tanda-tanda seseorang individu itu mengalami MDD:

Tanda-tanda penyakit kemurungan:
1. Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya.
3. Kurang selera makan atau berat badan merosot (~5 peratus) daripada asal dalam waktu yang singkat.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Selalu letih dan kurang tenaga.
6. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
7. Tidak mampu memberikan perhatian atau konsentrasi terjejas.
8. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
9. Gejala ini menjejaskan fungsi seharian individu samaada dari segi aspek sosial atau pekerjaan.

Punca tekanan berlaku pula ialah:

Sebab-sebab berlaku kemurungan
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan:
1) Genetik atau keturunan: Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi.
2) Personaliti diri: Individu dengan personaliti yang selalu gelisah, pendiam serta kurang ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
3) Trauma ketika kanak-kanak: Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak seperti penderaan fizikal / mental atau kehilangan ibu bapa sewaktu kecil didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi.
4) Penggunaan dadah atau alkohol.
5) Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan.
6) Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak. Bahan kimia utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Selain daripada itu norepinephrine dan dopamine juga turut terlibat. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita.

Tekanan yang dialami oleh pesakit berkeupayan mengganggu kebolehan pesakit untuk mengawal kestabilan mood dan kimia otak. Hal ni akan membawa kepada kebolehan pesakit untuk menumpu, berfikir dan membuat keputusan terganggu dan merosot. 

Kebiasaannya mereka akan dirawat dengan memakan ubat dan sekiranya terdapat lintasan fikiran ingin membunuh diri, mereka akan dipantau di wad sehingga mereka kembali pulih.

Selain ubat-ubatan, pesakit MDD dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat menaikkan mood dan mengurangkan simptom MDD.

Antara yang boleh dilakukan adalah:

1. Mengamalkan makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Jauhkan daripada pengambilan processed food

3. Banyakkan exercise kerana MDD akan menyebabkan badan berasa kurang bermaya. Dengan exercise, ia boleh menaikkan mood dan membuatkan pesakit berasa lebih baik.

Terdapat peluang untuk sembuh sekiranya individu tersebut mendapatkan rawatan awal. Sekiranya tidak mendapat rawatan lebih awal, perkara buruk yang mungkin berlaku ialah individu tersebut tidak lagi boleh bekerja dan membuat aktiviti harian dengan baik. Selain itu, pesakit juga mungkin akan mendapat delusi atau halusinasi dan berkemugkinan mempunyai fikiran untuk membunuh diri.  Hal ini mengakibatkan pesakit perlu dipantau dengan ketat sebelum dipastikan pesakit itu benar-benar sembuh.

        # pesanan penaja: aku mentally healthy 💓  # just sharing this topic for general knowledge  

Friday, July 9, 2021

Kak El, I'm Gonna Miss You

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita pemergian kawan serumah saya di Kuala Lumpur. Arwah merupakan seorang jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Amat mengejutkan. Arwah masih muda berumur 32 tahun. Beliau meninggalkan kami semua ke negeri abadi pada tanggal 4 Julai 2021. 😢

Saya tak ada sangat gambar dengan Kak El. Di sini saya letakkan sekeping gambar Kak El (ambil daripada Facebook Kak El) untuk dijadikan kenangan. 



Kami tahu, sebagai jururawat di hospital besar, arwah sentiasa sibuk. Tetapi arwah sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat selalu. Kematian arwah katanya dikaitkan dengan overwork. Wallahualam. Keputusan SWAB COVID menunjukkan keputusan ujian adalah negatif. 

Sepanjang saya tinggal di Kuala Lumpur, arwah adalah seorang kakak yang baik. Selalu rajin memberikan semangat dan nasihat kepada saya. Yang paling saya ingat ialah ketika hanya saya dan arwah yang ada di rumah tersebut. Penghuni lain ada yang belum pulang daripada kerja dan ada yang pulang ke kampung. Malam itu, arwah balik lambat dan saya kebetulan ada di ruang tamu sedang melipat kain. So, sebelum arwah masuk tidur, lama kami menghabiskan masa dengan bersembang di ruang tamu tersebut.  Itu merupakan memori yang paling kuat yang saya ada semasa bersama-sama dengan arwah.

Masih kuat dalam ingatan ketika hari terakhir saya di Kuala Lumpur, arwah lah yang tolong saya mengangkat barang ke dalam kereta sebelum saya berangkat ke Kedah. Thank You, Kak El. Ingatkan boleh jumpa lagi selepas daripada itu, tetapi Allah lebih menyanyangi Kak El. 😢

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. We will always remember you, Kak El. 😢  

Monday, July 5, 2021

Bendera Putih

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Baru-baru ini, bendera putih menjadi isu terhangat dalam negara berikutan tular sebuah posting di facebook yang menggalakkan untuk mengibarkan bendera putih di luar rumah sebagai simbolik meminta bantuan sekiranya tidak ada bekalan makanan di rumah tersebut.  Bendera putih yang digantung di luar rumah memudahkan badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, jiran-jiran atau wakil rakyat untuk mengenalpasti mereka yang terdesak dan memerlukan pertolongan. 

Namun begitu, masih ada sebilangan golongan yang tidak bersetuju dengan idea tersebut. Mereka menganggap bahawa tindakan seperti itu hanya akan mengaibkan penduduk rumah terbabit. Pandangan sedemikian dibimbangi boleh memburukkan keadaan dan boleh membuatkan mereka yang memerlukan bantuan seperti kehilangan punca. Bukan semua orang yang memerlukan bantuan mengetahui cara yang betul untuk memohon bantuan melalui saluran rasmi. Diharap usaha yang sedikit ini, dapat meringankan beban mereka yang tengah dalam kesempitan. 

Berikut merupakan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan: 

Hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut. Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan mengenal pasti pihak yang dalam kesusahan, maka boleh dilaksanakan. Sebaliknya jika kita lihat itu sebagai mengaibkan diri sendiri maka wajar dielakkan. Dalam keadaan sekarang, ramai pihak  sudi menghulurkan bantuan dan juga disediakan nombor-nombor untuk dihubungi  bagi mereka yang dalam kesusahan. Mereka juga boleh menghubungi terus pihak yang membantu untuk segera mendapatkan bantuan. Ia terserah kepada pertimbangan masing-masing dalam melaksanakan melalui cara dan inisiatif dalam bentuk bagaimana yang dirasakan selesa. 

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaslah bahawa mengibarkan bendera putih adalah salah satu usaha untuk mendapatkan bantuan. Namun, saluran lain juga harus digunakan sebagai alternatif lain seperti menghubungi pihak tertentu agar bantuan dapat disampaikan melalui pelbagai cara. Di samping itu, dengan mengibarkan bendera putih, proses menyalurkan bantuan dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan.

Siapakah yang memulakan kempen bendera putih?



Nik Faizah binti Nik Othman (Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan) merupakan pelopor kempen bendera putih. Berikutan posting di Facebook-nya pada 28 Jun 2021 tentang galakan mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan telah menjadi tular dengan begitu cepat sekali. Di Twitter sahaja, sekitar 41,000 hashtag #benderaputih telah dicicip. Rakyat menyambut baik kempen ini kerana bimbang dengan status ekonomi seseorang yang mendesak dan juga kesihatan mental rakyat kini yang tertekan dengan keadaan semasa akibat kehilangan punca pendapatan.  

Menurut statistik, jumlah kes bunuh diri meningkat sejak tularnya virus COVID-19 ini. Bilangan kes adalah sangat membimbangkan. Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia), kes bunuh diri meningkat kepada 631 kes daripada 609 kes pada tahun 2019. Malah, sudah berlaku 366 kes bunuh diri dilaporkan oleh polis bagi tiga bulan pertama tahun ini. Jadi, besarlah harapan kita semua, dengan berlangsungnya kempen solidariti ini secara aktif, banyak nyawa rakyat dapat diselamatkan.

Jom sama-sama kita bersolidariti menyokong kempen mengibar bendera putih ini agar jiran-jiran dan rakyat Malaysia dapat menerima bantuan dengan segera. 👍


Sumber: 

1. Kosmo! Apa Salahnya Mengibarkan Bendera Putih? Jamdi Nasir 1 Julai 2021: https://www.kosmo.com.my/2021/07/01/apa-salahnya-mengangkat-bendera-putih/

2. Malaysia Date Line Perlekeh Kibar Bendera Putih Tanda Hati Hati Sudah Hitam Shahbudin Husin 1 Julai 2021: https://malaysiadateline.com/perlekeh-kibar-bendera-putih-tanda-hati-sudah-hitam/

3. Mufti Wilayah Persekutuan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-588: Hukum Kibar Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan Aiman Rafie 1 Julai 2021: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4853-irsyad-al-fatwa-siri-ke-588-hukum-kibar-bendera-putih-untuk-meminta-bantuan

4. Berita Harian Sokong Kempen Bendera Putih 2 Julai 2021: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/07/834545/sokong-kempen-bendera-putih

5. Ismaweb Bendera Putih: Ahli Politik Patut Rasa Bersalah Tak Tahu Rakyat Perlu Bantuan Athirah Huda Zaihe 3 Julai 2021: https://ismaweb.net/2021/07/03/bendera-putih-ahli-politik-patut-rasa-bersalah-tak-tahu-rakyat-perlu-bantuan/

6.  Ikram Bendera Putih: Mencari Pemimpin Berjiwa Umar Abdul Aziz Atriza Umar 29 Jun 2021: https://ikram.org.my/berita/artikel/item/4555-bendera-putih-mencari-pemimpin-berjiwa-umar-abdul-aziz.html

7. Info Rakyat Siapa Mulakan Kempen Kibar Bendera Putih? 30 Jun 2021: https://www.inforakyat.net/siapa-mulakan-kempen-kibar-bendera-putih/

8. Malaysia Kini Bendera Putih: Orang Agama Sepatutnya Lebih 'Husnudzon' Kata Puad 2 Julai 2021: https://www.malaysiakini.com/news/581393

Thursday, July 1, 2021

Selamat Jalan, Mak Cik Nah

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Salam 1 Julai 2021.

Hari ni marked a sad story for penduduk taman aku apabila kami mendapat berita kematian Mak Cik Nah jiran sebelah rumah. 

She was warded in hospital due to COVID recently. But today, we received the news of her death. Macam tak percaya je sebab Mak Cik Nah masih lagi muda. Dalam around 50-an macam tu usianya. It turns out hat her cause of death was usus bocor bukan sebab COVID. 

Mak Cik Nah seorang yang sangat baik, sentiasa tersenyum jarang la kita lihat dia marah. Suara dia sangat lembut menyejukkan hati yang mendengarnya. 

Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah dan doakan arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

We gonna miss you, Mak Cik Nah. Sincerely. 😢



Masa kita bila pula? Moga kita sentiasa menjadikan diri kita orang yang sentiasa bersedia untuk bertemu Allah.