Saturday, November 26, 2022

Perhimpunan Staf ala Perhimpunan Rumah Sukan

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Sebahagian staf Jabatan Oftalmologi


Perhimpunan Staf HPUniSZA telah diadakan pada hari Selasa 22 November 2022 dan diadakan di perkarangan unit kecemasan HPUniSZA. Setiap jabatan diminta melakukan perbarisan dan memakai pakaian mengikut kreativiti jabatan masing-masing. Ada yang memakai maskot dan ada juga yang berpakaian lagaknya seperti di Zaman 60-an dengan sekuntum bunga terselit di tudung dengan lilitan kain batik di kepala. Sangat kreatif! Jabatan Oftalmologi telah memilih pakaian berwarna seragam warna biru dengan seluar berwarna kelabu. 

MasyaAllah begitu bersemangat sekali semua.

Setelah ucapan disampaikan oleh pengarah hospital, sesi senamrobik bermula dan ia telah diketuai oleh Jabatan Rehabilitasi. Semua peserta nampak begitu bersemangat bersenamrobik dengan diiringi alunan muzik daripada lagu-lagu rancak seperti lagu Kelentang Kelentong dari Hael Husaini. Molek sungguh!

Majlis bersurai selepas sesi makan-makan. Alhamdulillah. B

Pilihan Raya Umum

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Tanggal 19 November 2022 (Sabtu) telah dinobatkan sebagai tarikh yang bersejarah bagi negara Malaysia apabila telah diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Walaupun negara berhadapan dengan ramalan banjir, PRU tetap diadakan dan Alhamdulillah PRU berjalan dengan lancar dan banjir tidak berlaku seperti yang diramalkan. 

(p/s: sebenarnya agak pelik jugak sebab selalunya kalau dah masuk musim tengkujuh jarang Malaysia tidak menghadapi musim banjir) -wallahualam

Ini merupakan kali ke-3 saya mengundi. Kali pertama mengundi adalah pada PRU 13. Saya masih ingat lagi semangat sebagai seorang anak muda begitu berkobar-kobar mendaftar mengundi dengan Mena di Kuantan kerana pada ketika itu saya masih menuntut di UIA, Kuantan.

Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Kami turun awal pada hari tersebut iaitu pada pukul 8.15 pagi. Ketika itu hanya barisan di Saluran 1 dan 2 agak ramai, tetapi Saluran 3 (saya berada di Saluran 3) masih belum ramai yang turun mengundi lagi. Jadi selepas 15 minit semuanya sudah selesai. 

Keputusan menunjukkan PAS menang di semua Parlimen di Terengganu. Kali ini, PAS bergabung di bawah PERIKATAN NASIONAL. Calon yang bertanding, menggunakan tiket PAS di semua parlimen di Terengganu. PAS sapu bersih semua kerusi bukan sahaja di Terengganu, tetapi juga di Kelantan. Kubu kuat PAS tu. Jangan main!

Kerana tidak ada parti pun yang menguasai 112 kerusi untuk membentuk kerajaan, maka negara kita tergantung sehingga 5 hari lamanya untuk melantik seorang perdana menteri yang bakal menerajui kerajaan Malaysia. PH menang dengan majoriti 83 kerusi, PN 72 kerusi dan BN 39 kerusi.

Tidak ada satu pun parti yang bersetuju untuk bergabung agar dapat membentuk majoriti 112 kerusi, maka Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk mengadakan perbincangan dan menggunakan kuasa Baginda untuk melantik Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh.

Kali ini, politik Malaysia dirasakan begitu berbeza daripada sebelumnya kerana UMNO/BN sebelum ini menang mudah dan boleh membentuk dan menerajui kerajaan. Tetapi, kini tidak lagi. Rakyat pun sebenarnya sudah muak dengan berita rasuah pemimpin-pemimpin dan mengharapkan kerajaan yang bersih rasuah dan boleh mentadbir kerajaan dengan baik disamping boleh membela nasib rakyat yang dilihat makin dihimpit dengan masalah kegawatan ekonomi di mana harga barang semakin naik tetapi taraf hidup rakyat tidak berubah dan sempit. 

Adalah diharapkan dengan pelantikan Dato Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia dapat membela hidup rakyat dan membawa perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik. Kami beriman dengan Qada’ dan Qadar Allah. Sekiranya inilah yang berlaku, sebagai rakyat kita kena menerima dan berdoa moga ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Semoga agama Islam tidak dipinggirkan dan dijadikan sumber rujukan utama dan tidak dibelakangkan. Amin. B

CME 1: VISUAL ACUITY

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Baru-baru ini telah diadakan Continous Medical Education atau lebih dikenali dengan abbreviation CME secara kecil-kecilan yang diadakan oleh Jabatan Oftalmologi. CME ini bertujuan untuk memastikan staf sentiasa up-to-date dengan ilmu semasa berkenaan dengan medikal atau perubatan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melatih staf berkaitan dengan cara-cara yang betul dalam menjalankan prosedur perubatan yang berkaitan dengan mata.

Topik pertama adalah berkenaan dengan cara mengambil tahap penglihatan pesakit. Cara mengambil tahap penglihatan pesakit di hospital tidak banyak bezanya berbanding dengan cara ia diambil di retail. Cuma, pastinya banyak pesakit yang mengalami kemerosotan tahap penglihatan kerana masalah kesihatan mata yang dialaminya.

Begitulah perkongsian yang saya dapat share di sini serba sedikit tentang topik pertama yang nampak mudah tetapi tidak sebenarnya kerana tahap penglihatan sebenarnya adalah kunci untuk kita ketahui sama ada pesakit tersebut boleh melihat dengan baik selain dapat memantau progress penyakit mata dengan mengevaluasi tahap penglihatan pesakit. Sekiranya tahap penglihatan bertambah baik, maka boleh dikatakan masalah mata yang dihadapi bertambah baik juga, insyaAllah. B

Tuesday, November 15, 2022

MESYUARAT PENERIMAAN PERALATAN

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim




Pada hari Isnin baru-baru ini telah diadakan mesyuarat penerimaan peralatan bersama pembekal. Seramai lapan orang wakil daripada Jabatan Oftalmologi telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Saifuddin dan minit mesyuarat ditulis oleh saya.

Saya kira kerja-kerja seperti ini merupakan pengalaman baru untuk saya menyertai sebuah mesyuarat bersama dengan orang-orang besar. Kalau disuruh bercakap, nervous saya dibuatnya haha. Apa-apa pun saya gembira membuat kerja-kerja seperti ini. 

Diharapkan proses penghantaran, pemasangan dan latihan berjalan dengan lancar. B

Friday, November 11, 2022

I am GLAD, I did it!

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



I just want to say that I am glad that I did it. It took me half of the year to think about it. At first I decided not to proceed with laser because I think I look better with it. 

Since I thought that I need to take care of it while sometime I think maybe in the future I might not have time for it. So, I decided to remove it for the better. 

Sometimes it is bleeding only for God-know why. It left scar and the shape is irregular and sometimes it gets itchy and swelling for no reason. 

After I made up my mind, I went to Dr Ko’s clinic and had it lasered. I am proud to say that Alhamdulillah, I am glad that I did it. 

I did not tell anyone about this except my sister because she went there first. If you have mole and it is disturbing you, gives out cancer-suspicious-symptoms, you should check with the doctor and remove it if it is bad for your health. Above is the picture taken one week post laser. I think the scar appearance is getting better and better. 

Even in Islam, it is not considered as changing the creations of Allah because it falls under the category of a cluster of ABNORMAL melanocytes. So don’t worry if you have plan to do so, just proceed. OK! 😉 B

Review Buku: Aku Bukan Superman: Aku Pemuda Luar Biasa

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini saya telah habis membaca sebuah buku bertajuk Aku Bukan Superman:Aku Pemuda Luar Biasa. Buku ini saya habiskan dalam masa dua hari. Buku ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan muda dan mudah untuk sampai kepada hati pembaca. Buku ini ditulis oleh Asyraf Farique dan diterbitkan oleh Humaira Bookstore.

Buku ini cukup luar biasa sekali. Ia memberikan kesedaran tentang peranan seorang pemuda agar tidak mensia-siakan masa dengan sesuatu yang tidak bermanfaat sebaliknya sentiasa membaiki diri agar dapat menjadi pemuda yang berjuang untuk agama.

Kita telah banyak dilalaikan dengan agenda Barat seperti hedonisme dan 4S: Sex, Sport, Screen, Song. Betapa ramai anak muda yang meninggalkan solat, lalai dengan hiburan dunia dan kurang mengambil cakna tentang keadaan umat Islam kini seperti yang berlaku di Palestin, Syria dan Rohingya.

Kenapa semua ini berlaku dan bagaimana kita mahu berubah? Perkara tersebut ada dikupas dalam buku ini. Kepada anak-anak muda yang ingin membuka minda dan menjentik kesedaran untuk menjadi lebih baik dan berubah, buku ini adalah pilihan tepat sebagai permulaan untuk memulakan langkah yang pertama. Iaitu, KESEDARAN. 

Thursday, November 10, 2022

Review Buku

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni saya nak review buku yang saya baca kelmarin. Buku yang pertama ialah Kembara Iman karya Lisa Nurisha yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Manakala buku kedua bertajuk Kosong-kosong terbitan Mustread Sdn Bhd yang dituliskan oleh Mohd Fakhruddin.



Buku pertama merupakan sebuah novel yang menceritakan tentang pengembaraan seorang cucu ke tanah asing untuk mencari datuknya yang telah lama hilang. Jalan ceritanya ringkas sahaja tetapi cukup membekas di hati kerana pengolahan yang baik daripada penulis. Mungkin kisah begini jarang didengari tetapi tidak mustahil untuk berlaku dalam masyarakat di mana darjat dan keturunan dipandang tinggi dan keturunan orang biasa tidak akan dipandang. 

Tetapi kasih-sayang yang akhirnya menang di penghujung cerita. Watak utama iaitu Nurul Iman berjaya menemukan semula nenek dengan datuknya yang telah terpisah selama 40 tahun. Penantian yang penuh dengan penyeksaan dan tanda-tanya akhirnya terjawab malah neneknya semakin sihat sejak kepulangan suami tercinta yang ditunggu-tunggu selama ini.




Buku kedua tidak kurang hebatnya apabila tema yang diangkat penulis adalah berkenaan dengan kepentingan menggunakan sebaiknya peluang yang ada kerana kita sering mensia-siakan peluang yang diberikan Allah. Tetapi, apabila hilang peluang tersebut barulah kita akan tercari-cari dan menyesali atas segalanya.

Sebagaimana contoh, sekiranya kita bangun untuk ke tandas pada waktu tengah malam, ada baiknya kita mengambil peluang untuk melakukan solat sunat tahajjud. Itu antara contoh yang diberikan dalam buku tersebut dan terdapat banyak lagi contoh lain. Saya sangat recommend buku ini kepada semua kerana isinya ringkas tetapi tembakannya padu! B

Wednesday, November 9, 2022

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam pada tarikh 8 November 2022, telah diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Tujuan majlis diadakan adalah untuk memohon keberkatan daripada Yang Maha Esa kerana tidak lama lagi klinik akan dibuka secara berperingkat. 

Setelah itu, sedikit jamuan disediakan untuk para jemputan yang hadir. Antara menu yang ada adalah seperti Nasi Minyak, Soto, Satey, Kuih-muih, pulut panggang dan lain-lain.

Walaupun majlis diadakan cuma ringkas tetapi sambutan cukup meriah daripada staf yang hadir. Alhamdulillah. B

Wednesday, November 2, 2022

MESYUARAT PENERIMAAN PERALATAN FASA 1: MODUL 15,17,20

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim




Baru-baru ini telah diadakan sebuah mesyuarat berkenaan dengan penerimaan peralatan daripada syarikat Medilliance Sdn Bhd, Demed Solutions Sdn Bhd dan Carl Zeiss Sdn Bhd. 

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit permasalahan berkenaan dengan peralatan untuk Jabatan Oftalmologi kerana kesempitan ruang untuk meletakkan peralatan, tetapi diharapkan isu ini boleh diselesaikan dengan baik. B


Selamat Hari Pembantu Perawatan Kesihatan

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan "SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN" kepada semua yang bergelar PPK. Bantuan anda di hospital amat kami hargai. Anda boleh semak tugas dan tanggungjawab PPK di sini: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pen%20Peg%20Perubatan/TUGAS_DAN_TANGGUNGJAWAB.pdf

Kawan pertama saya di UniSZA merupakan seorang PPK. Tidak sangka bertemu dengan seorang yang berkongsi tarikh lahir yang sama. Cuma perbezaan antara kami ialah dia sudah menikah manakala saya masih belum bertemu jodoh.

Saya berharap semoga persahabatan kita dirahmatiNya. B