Monday, April 3, 2023

Abah Jatuh Sakit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.



15 Mac 2023

Aku cuti pada hari tersebut kerana Ma ada appointment di Klinik Mata HSNZ. Aku harus teman Ma sebab aku kan belajar pasal mata ni, so maybe aku yang lebih tahu pasal management doctor (walaupun dok la tahu mana hahaha)

Tapi, berdasarkan apa yang doktor beritahu hari tu, memang Ma kena buat operation untuk mata belah kiri dia sebab keadaan saraf yang semakin merosot.

Berbalik kepada cerita macam mana abah boleh jatuh sakit. Beberapa hari sebelum 15hb, kipas di dalam bilik aku tiba-tiba rosak. Seperti biasa aku selalu mengadu dekat abah kalau ada barang rosak ke, masalah dengan kereta ke. Nak buat macam mana; My Abah is My Hero. Mana au my Superman ni nak sampai. Lama dah tunggu awak. haha.

Jadi, abah ni bersemangat nak baiki kipas tu. Actually niat aku nak abah tahu je. Since duit gaji pun belum masuk lagi, so aku ingat nak tangguh ke akhir bulan baru nak beli kipas baru.

Tapi, abah tu insist nak baiki jugak. So, selepas balik daripada appointment mata ma tu, kami singgah beli kipas baru. 

Selepas makan nasi tengah hari, abah terus nak pasang kipas tu dekat syiling. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang. 

Aku tanya abah, kipas ni berat, mana boleh pasang sorang- sorang. Tapi, dia insist nak pasang jugak. So, semasa aku assist abah, tiba-tiba abah mengadu sakit kepala. Jadi, aku turunkan kipas tu dan suruh abah turun. Tetapi, sebab terlalu sakit kepala, abah jatuh di atas lantai pada tangga terakhir.

Kami semua papah abah keluar dan tiba-tiba abah muntah.

Abah muntah 3-4 kali. Dan sakit kepalanya tak tertahan-tahan walaupun kami dah cuba picit. 

Tiga jam kemudian, lebih kurang pada pukul 7.30 petang, pertuturan abah jadi tidak jelas dan tidak memberi respon apabila dipanggil.

Aku terkejut kerana tak expect yang sakit kepala boleh menjadi teruk seperti itu

Abah dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Selepas 4 jam di Yellow Zone, abah dibawa ke bilik bedah untuk pembedahan membuat saluran di otak. 

Alhamdulillah pembedahan selesai selepas 2 jam; iaitu pada pukul 3 pagi. Abah dimasukkan ke ICU dan aku pulang ke rumah pada pukul 4.30 pagi.

16hb Mac 2023-today: 3 April 2023

Imbasan kepala abah tidak begitu jelas (CTA) dan ini menyebabkan abah perlu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujan imbasan (DSA) dan pembedahan kedua (ketiga sebenarnya kerana abah terpaksa melalui pembedahan membina saluran baru setelah saluran lama - EVD - teralih kerana abah tu banyak bergerak).

Pembedahan kedua adalah pembedahan meletakkan clip di saluran darah yang pecah untuk menghentikan pendarahan. Terdapat dua salur darah yang bengkak (aneurysm) - 1 di bahagian kanan kepala, 1 di bahagian kiri kepala. Tetapi, hanya di bahagian saluran darah yang pecah sahaja diletakkan clip kerana pembedahan ini agak berisiko untuk dilakukan secara serentak.

Dan sehingga kini, abah masih di HKL. Semoga abah cepat sembuh dan boleh transfer ke HSNZ. Tetapi, kalau berada di HKL lebih baik, abah stay-lah sana sampai sembuh. 😥


Ramadhan

Ramadhan kali ini berbeza sungguh dengan tahun-tahun sebelumnya kerana mostly kami berpuasa di hospital, berulang-alik di hospital, dan di Kuala Lumpur. 

Semoga dapat beraya bersama kali ni.