Wednesday, September 28, 2022

Mutton-Fat Keratic precipitates

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Ini merupakan antara kes menarik yang saya jumpa ketika bekerja di bidang retail dahulu (Lima tahun dahulu tidak silap). Adik ni datang nak buat cermin mata tetapi sebelum saya mula memeriksa tahap penglihatannya, saya menyuluh ke dalam matanya dengan menggunakan retinoscope. Tetapi, refleks merah (red-reflex) yang dilihat tidak penuh dan terlihat seperti ada bayang hitam di mata pesakit.

Jadi, ketika memeriksa bacaan tahap penglihatannya, saya mendapati tahap penglihatannya berkurang dan ibunya juga memberitahu anaknya mempunyai temu janji di hospital dan dalam rawatan berkenaan dengan keadaan matanya.

Pada pandangan saya, lebih baik adik ini mendapatkan nasihat optometris di hospital jika ingin membuat cermin mata terlebih dahulu.

Sekiranya terdesak sangat barulah kami membenarkan cermin mata dibuat. Tetapi, jika belum ada keperluan terdesak dan adik ini masih di dalam rawatan doktor, adalah dinasihatkan untuk mengikuti setiap temujanji di hospital dan kembali semula setelah pulih kelak. B

Rawatan di Klinik Dr Ko

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Entah macam mana suatu hari tu terbuka untuk pergi ke Klinik Dr Ko. Pergi untuk rawatan apa tu rahsialah tak boleh nak bagitahu. 

Tapi saya pergi bukan untuk tujuan pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik ke apa sebab niat untuk kecantikan dibimbangi jatuh ke hukum HARAM pulak nanti.

Jadi, rawatan yang saya dapatkan untuk memudahkan urusan saya di kemudian hari nanti. Semoga dengan rawatan ini, segalanya akan beransur pulih dan semoga ALLAH mudahkan dan berikan kesihatan yang baik untuk saya.

Haha ayat cliche sangat bajet retisss..

Jadi, sesiapa ada masalah kulit atau rambut, boleh dapatkan pandangan dan juga rawatan di sini. Layanan daripada pihak klinik agak bagus. Semuanya straightforward dan tak ada mengambil masa yang lama pun. Pastikan tujuan anda untuk ke sini pun jelas dan dengan niat yang baik.

Selebihnya tawakkal kepada Allah agar urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.  B

FOR THE SAKE OF ALLAH

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim




Berkunjung ke sini merupakan impian setiap orang tidak kira sama ada yang miskin atau yang kaya. Ada yang sanggup menyimpan duit selama bertahun-tahun semata-mata ingin menunaikan rukun Islam yang kelima ini. 

Tempat ini sememangnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan merupakan antara tempat yang paling banyak menerima kunjungan manusia pada setiap masa. Jika berkunjung ke sini, tidak akan mengenal erti sunyi kerana saban masa dipenuhi dengan manusia yang ingin menghambakan diri kepada Allah. 

Selain merupakan perintah daripada Allah, pasti ada yang datang berkunjung untuk mengasingkan diri seketika daripada kesibukan memikirkan hal dunia demi mencari ketenangan daripada Ilahi. 

Semoga dengan izinNya kita diberikan peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sini pada suatu hari nanti. InsyaAllah. B  

Tuesday, September 20, 2022

RINGKASAN PEMBEDAHAN KATARAK

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Antara teknik pembedahan yang dilakukan untuk membuang katarak adalah jenis PHACOEMULSIFICATION.


Berikut saya akan kongsikan cara pembedahan secara PHACO ini dilakukan.


PERMULAAN / PERSEDIAAN


Setelah microincision dibuat, sejenis cecair yang dikenali sebagai VISCOELASTIC dimasukkan ke dalam  mata untuk menstabilkan anterior chamber. Viscoelastic dimasukkan untuk menggantikan secara sementara aqueous humour yang hilang melalui microincision tadi.


Selepas itu, capsulorrhexis dibuat di bahagian hadapan anterior capsule. Untuk pengetahuan semua, capsulorrhexis adalah satu teknik untuk membuat bukaan secara membulat pada anterior capsule.


Secara ringkasnya selepas kanta baru dimasukkan, cecair viscoelastic tadi akan dibuang.


Step-by-step:

CORNEAL INCISION

Corneal incision sebesar 2.5mm dibuat dengan menggunakan microkeratome.


DYE USED

Pewarna digunakan dalam prosedur ini agar anterior capsule akan mudah kelihatan seterusnya proses membuat capsulorrhexis boleh berjalan dengan lancar. Pewarna yang digunakan adalah sejenis TRYPAN BLUE.


HYDRODISSECTION

Ia merupakan sejenis prosedur untuk memisahkan antara anterior capsule dengan cortex (bahagian terpeinci di dalam kanta mata) dengan menggunakan BALANCE SALT SOLUTION (BSS).


HYDRODILINEATION

Ia merupakan sejenis prosedur untuk memisahkan ikatan antara nucleus dengan cortex kanta dengan menggunakan solution yang sama (BSS). 


IOL INSERTION

IOL jenis foldable digunakan daripada jenis material ACRYLIC.


HYDRATION OF WOUND

Melalui pembedahan secara phaco, incision atau bukaan yang dibuat terlalu kecil untuk ditutupi dengan suture, oleh itu, bukaan pada cornea tadi ditutupi dengan memasukkan BSS ke dalam stromal lamella of cornea. 

Jadi, pembedahan secara phaco boleh mempercepatkan proses penyembuhan mata kerana tidak terdapat luka yang besar pada kornea. Selain itu, komplikasi yang datang daripada suture seperti Giant Papillary Conjunctivitis (sejenis inflamasi) atau jangkitan kuman boleh dielakkan.   



  

CATARACT / KATARAK

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Cataract adalah sejenis penyakit yang paling banyak berlaku di dunia dan selalu dikaitkan dengan usia. Manakala pembedahan pembuangan katarak adalah pembedahan yang paling kerap dilakukan di dunia hampir dilakukan pada setiap hari.


Apa itu katarak?

 = Katarak adalah keadaan di mana kanta yang asalnya jernih bertukar menjadi keruh dan menjadi kurang fleksibel.


Apabila kanta ini menjadi keruh akibat daripada pengumpulan protein, cahaya tidak dapat menembusi mata menyebabkan ia berserakan dan terbias lalu menyebabkan gejala silau dalam kalangan pesakit katarak.


Selain daripada faktor usia, katarak boleh terjadi kerana faktor-faktor berikut:

a) Kencing manis

b) Trauma / Kecederaan kepada mata

c) Komplikasi daripada pembedahan mata

d) Keturunan (Congenital)


Pembedahan digalakkan kepada individu yang mengadu aktiviti sehariannya terganggu disebabkan oleh katarak. 


Dalam pembedahan katarak, microincision iaitu torehan kecil dibuat (dalam lingkungan panjang 2.5mm) pada kornea sebagai bukaan untuk memasukkan alat yang digunakan untuk menghancurkan katarak kepada serpihan kecil dan menyedut keluar serpihan tersebut.


Jenis pembedahan yang kerap dilakukan dipanggil sebagai PHACOEMULSIFICATION. Selain itu, teknik pembedahan terkini dan lebih canggih telah diperkenalkan. Ia dikenali sebagai FEMTOSECOND LASER ASSISTED CATARACT SURGERY.


Terdapat beberapa kelebihan menggnunakan laser dalam pembedahan pembuangan katarak; antaranya ialah:

a) Ia dapat membantu membetulkan astigmatism dengan incision yang tepat seterusnya membantu mengurangkan power astigmatism seseorang individu

b) Memecahkan katarak kepada serpihan yang lebih kecil agar serpihan tersebut mudah untuk disedut keluar

c) Bukaan hadapan kapsul lebih kemas (Anterior Capsulorrhexis)


Kanta yang keruh yang dibuang akan digantikan dengan kanta baru artificial (Intraocular Lens). Terdapat beberapa jenis kanta di pasaran dan yang paling kerap digunakan adalah kanta jenis monofokal.

a) Kanta Monofocal

 - kanta ini mempunyai satu power sahaja iaitu power untuk melihat jauh dengan jelas

 - kanta ini adalah yang sering digunakan

 - kelemahan kanta ini ialah pesakit masih perlu membuat cermin mata untuk membaca.


b) Kanta Bifocal


c) Kanta Trifocal atau Multifocal (Symfony, Tecnis, ReSTOR, 

Accommodative IOL : Crystalens)  

Tuesday, September 13, 2022

TIKTOK: BAIK ATAU TIDAK

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ni saya nak membebel (baca: menulis) tentang tiktok.

Kita sedia maklum yang tiktok merupakan sebuah applikasi yang sangat digemari ramai dan medium hiburan yang sangat popular dasawarsa ini.

Pernah suatu ketika dahulu, tiktok menjadi viral kerana pengaruh negatif yang dibawa olehnya. Negatif yang macam mana? Saya tidak pasti tetapi saya yakin ia membawa pengaruh yang tidak baik kerana banyak waktu terbuang dengan melayarinya. ITU DAHULU.

Tetapi, kerana tuntutan kerja dan ingin mencari idea untuk marketing produk, akhirnya saya memutuskan untuk mendownload aplikasi tersebut.

Adakalanya saya menggunakan untuk mencari idea untuk marketing, adakalanya saya menggunakannya untuk mencari kata-kata motivasi untuk membantu saya move on. 

Tetapi setelah lama menggunakannya, saya dapati saya berasa sedikit sebanyak tertekan kerana kebanyakan video yang lalu di wall saya (video fyp) kebanyakannya menceritakan tentang pasangan masing-masing. hahaha.

Ada yang berkongsi tips, tidak kurang juga yang mempamerkan betapa indah dan bahagianya berpasangan. Saya juga berasa kurang senang kerana lambakan video fyp yang berkongsi banyak tips ringkas dan ilmu ringkas sehingga saya berasa kepala saya terlalu penuh dengan ilmu-ilmu yang banyak dalam satu masa dan tidak tersusun. Pening den jadinya. 

Selain itu, masa saya banyak habis dengan melayari tiktok dengan mendapat perkongsian ilmu dan video-video yang saya tidak perlukan langsung. Saya berasa tidak ada penambahbaikan daripada segi kualiti hidup dan masa saya dengan melayari tiktok. Pendek kata buang masa dan tak bermanfaat kerana tidak ada tujuan khusus saya menggunakannya.

Maka, saya memutuskan untuk menghadkan penggunaan tiktok dan akan membukanya sekiranya perlu sahaja terutama apabila saya ingin mencari sesuatu info atau maklumat yang penting sahaja.

Saya beri satu contoh, baru-baru ini saya mencari idea untuk mendekorasikan meja study di dalam bilik saya. 

Sekiranya kita menggunakan tiktok secara bijaksana, terdapat pelbagai idea yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai inspirasi. 

Selain itu, saya juga pernah melayari tiktok untuk membantu saya membuat pilihan sama ada ingin membeli sesuatu produk atau pun tidak dengan melihat video review atau perbandingan produk di situ.

Caranya mudah sahaja, anda perlu taip sahaja kekunci untuk mendapatkan video yang anda mahukan. 

Jadi, aplikasi itu tidak salah, yang salahnya ialah cara kita menggunakannya. Adakah kita menggunakannya untuk perkara bermanfaat atau pun sebaliknya.