Wednesday, July 31, 2013

Selamat Hari Lahir Biha

Assalamaualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.

Hehe. Tengok tajuk pom rasa macam nk senyum sampai ke telinga. *tahan-tahan haha
Diri sendiri je lah yang rasa macam tu. Orang lain tak lah kan.

Semakin dewasa ini, tarikh hari jadi tidak akan menjadi suatu benda yang kita nak gembira sangat. Hal ini adalah kerana (macam tengah buat karangan sekolah menengah hihi), hari lahir adalah hari untuk kita bermuhasabah (yang ini bab paling penting) hari untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan selama kita 22 tahun kita hidup. Nombor itu adalah sangat sedikit jika ingin membandingkan detik-detik yang telah kita lalui dari saat pertama kita menghirup oxygen dari dunia ini (waktu lahir).

Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keadaan normal dan baik. Itu sudah merupakan nikmat yang tak terhitung. 'Time' posting di hospital adalah waktu di mana kita boleh sentiasa menghitung dan memuhasabah diri akan seinfiniti nikmat yang Allah beri kepada diri kita. Kasih sayangMu melimpah ruah, Ya Allah. Ada banyak 'babies' yang dilahirkan pramatang di mana mereka perlu membuat 'check-up' secara menyuluruh akan kesihatan anak mereka. Mereka terlalu kecil untuk melalui semua itu. T.T

Saya dibesarkan dalam keadaan baik dan sihat walafiat, thanks to my parents yang menjaga saya sehabis baik sehingga pejam celik- pejam celik I am 22 years old now.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku masa kecilku"

Sweet kan doa ni? Bacalah selalu usai solat. InsyaAllah Allah kabulkan doa seorang anak untuk kedua ibubapanya.



Doa untuk Kedua Ibu Bapa
Doa untuk ibu bapa.



25 July 1991 (Hari Khamis saya dilahirkan)





Happy bithday dear, Allah selamatkan kamu :)

Best je nampak kek kat atas. Tahun ni tak ada kek. Nak jugak makan kek sebab bukan tiap-tiap hari makan kek. On special occasion macam ni lah kek memainkan peranan kan. Hahaha *tak gitu?

I'm grateful cause I got great wishes from great people. Mena post on blog about me on my birthday.



Hehe (^_^)/

Best wishes from beloved juniors opto.

Dapat wish birthday dari kawan di perantauan.


Birthday wish from Sofiah.

Mostly I got unexpected wish from my friends. Hehe ^^ *gembira2
And also wishes from my unforgettable classmates. Thanks everyone :)

Ma'assalamah wa ilalliqa' <3







Sungai Buloh O_O

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum

Ok, renggang-renggangkan jari sikit. Sebabnya saya nak start blogging ni. Huhu. Banyak yang nak tulis ni. *ye ke? Haha

Ok, sebenarnya nak cerita pasal my story in Sungai Buloh. Dalam kepala ni tak pernah terfikir pun akan sampai ke suatu tempat bernama Sungai Buloh. Buat apa nak ke sana kan? Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Saya sampai ke sana atas sebab musabab 'posting' punya pasal.

Hospital yang di'request' akhirnya dapat jugak. Saya dan Mena je pun yang 'request' nak 'posting' kat Hospital Sungai Buloh, Yang lain pilih hospital lain.

Pada tahun ke-3, ada sem 3. Wajib ambil sem 3 kalau nak 'graduate'. Hanya ada satu subjek sahaja di sem 3, iaitu 'posting'. Yo!

Hmmm. Ada berita kurang enak yang dikhabarkan sedikit sebanyak membantutkan semangat untuk posting. Tapi Allah ada berpesan,

"Dan bertawakkal lah kepada Allah, Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Anfal: 61)

Okeh, kita tawakkal jer. Takut tetap menyelimuti tapi tawakkal tetap mengatasi.

Aku bertolak agak awal ke sana. *Bukan agak awal, tapi sangat awal sebenarnya hmmm
Aku bertolak pada hari Jumaat which is relevant to those who are going to start posting on Sunday. But, me?? My posting start on Monday. Hmm, tak pelah. Masalah kenapa bertolak awal tu tak nak ceritalah. Bye-bye lah.

Sampai di sana, terus menghubungi K. Ida. Kak Ida tu pemilik rumah / bilik yang kami sewa. Sewanya agak berpatutan. That's why I agreed to rent. Tunggu punya tunggu akhirnya Kak Ida sampai dengan motosikalnya membonceng bersamanya ialah adiknya, Siti dan anaknya ChaCha. Huhu.

Follow-lah kami dari belakang sampai di Kuarters Integrasi untuk para staf Hospital Sungai Buloh. Rumahnya boleh tahan tapi biliknya kosong. No bed, No cupboard. Kosong. It's ok.
Duduklah saya di rumah itu seorang diri lepas ayah dan sepupu plus ayah dan mak sedara balik. Kak Ida keluar jap pergi 'renew' passport katanya nak ke Turki.

Selesai kemas barang seme, saya pun duk rilek-rilek sampai Kak Ida balik. First-first tu duk terbayanglah dalam fikiran macam manalah nak hidup seorang diri sebatang kara dengan orang yang kita tak kenal pulak tu! Mula-mula memang rasa janggal tapi lama-lama mesra. M-E-S-R-A.. haha

Kak Ida seorang yang baik hati. Jasamu kukenang. :)

Kak Ida ada seorang anak yang bijak dan cute namanya Emelda atau panggilan manjanya Chacha. Comel giler tau. Mula-mula saya agak janggal nak dukung budak *almaklumlah tak terbiasa hehe *malu-malu

Tapi lama-lama Alhamdulillah reti dah sekarang untuk dukung budak setahun. Haha *Apa daaa~

Okeh, that's All for this evening. *Sakit mata la tenong komputer lama-lama

#22Ramadhan1434H


Emelda aka Chacha

Hospital Sungai Buloh