Wednesday, 31 July 2013

Sungai Buloh O_O

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum

Ok, renggang-renggangkan jari sikit. Sebabnya saya nak start blogging ni. Huhu. Banyak yang nak tulis ni. *ye ke? Haha

Ok, sebenarnya nak cerita pasal my story in Sungai Buloh. Dalam kepala ni tak pernah terfikir pun akan sampai ke suatu tempat bernama Sungai Buloh. Buat apa nak ke sana kan? Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Saya sampai ke sana atas sebab musabab 'posting' punya pasal.

Hospital yang di'request' akhirnya dapat jugak. Saya dan Mena je pun yang 'request' nak 'posting' kat Hospital Sungai Buloh, Yang lain pilih hospital lain.

Pada tahun ke-3, ada sem 3. Wajib ambil sem 3 kalau nak 'graduate'. Hanya ada satu subjek sahaja di sem 3, iaitu 'posting'. Yo!

Hmmm. Ada berita kurang enak yang dikhabarkan sedikit sebanyak membantutkan semangat untuk posting. Tapi Allah ada berpesan,

"Dan bertawakkal lah kepada Allah, Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Anfal: 61)

Okeh, kita tawakkal jer. Takut tetap menyelimuti tapi tawakkal tetap mengatasi.

Aku bertolak agak awal ke sana. *Bukan agak awal, tapi sangat awal sebenarnya hmmm
Aku bertolak pada hari Jumaat which is relevant to those who are going to start posting on Sunday. But, me?? My posting start on Monday. Hmm, tak pelah. Masalah kenapa bertolak awal tu tak nak ceritalah. Bye-bye lah.

Sampai di sana, terus menghubungi K. Ida. Kak Ida tu pemilik rumah / bilik yang kami sewa. Sewanya agak berpatutan. That's why I agreed to rent. Tunggu punya tunggu akhirnya Kak Ida sampai dengan motosikalnya membonceng bersamanya ialah adiknya, Siti dan anaknya ChaCha. Huhu.

Follow-lah kami dari belakang sampai di Kuarters Integrasi untuk para staf Hospital Sungai Buloh. Rumahnya boleh tahan tapi biliknya kosong. No bed, No cupboard. Kosong. It's ok.
Duduklah saya di rumah itu seorang diri lepas ayah dan sepupu plus ayah dan mak sedara balik. Kak Ida keluar jap pergi 'renew' passport katanya nak ke Turki.

Selesai kemas barang seme, saya pun duk rilek-rilek sampai Kak Ida balik. First-first tu duk terbayanglah dalam fikiran macam manalah nak hidup seorang diri sebatang kara dengan orang yang kita tak kenal pulak tu! Mula-mula memang rasa janggal tapi lama-lama mesra. M-E-S-R-A.. haha

Kak Ida seorang yang baik hati. Jasamu kukenang. :)

Kak Ida ada seorang anak yang bijak dan cute namanya Emelda atau panggilan manjanya Chacha. Comel giler tau. Mula-mula saya agak janggal nak dukung budak *almaklumlah tak terbiasa hehe *malu-malu

Tapi lama-lama Alhamdulillah reti dah sekarang untuk dukung budak setahun. Haha *Apa daaa~

Okeh, that's All for this evening. *Sakit mata la tenong komputer lama-lama

#22Ramadhan1434H


Emelda aka Chacha

Hospital Sungai Buloh





7 comments:

  1. Assalamualaikum, sy akn posting di hospital sg buloh x lama lg.. agak2 available lg x ea bilik sewa tu ��

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, nak tanya, masa akak sewa bilik kat sini, tandas tu kena sharing ngan orang (common bathroom) ke, setiap bilik sewa ada tandas sendiri?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Wslm. Tandas tu kena share. Rumah yg akk duduk tu rumah persendirian. Dia bg kitorg tinggal sementara (sewa bilik) sepanjang latihan industri tu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi. Boleh saya tahu macam mana awak apply utk buat posting di hospital sg buloh?

    ReplyDelete