Tuesday, August 24, 2021

Kisah daripada CUSTOMER

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hari ni saya ada satu kisah MENARIK untuk dibawakan. Ia berkisar tentang seorang customer saya, yang hadir untuk membeli kanta lekap. Tetapi, apabila sedang memeriksa power mata adik ini, dia membuka cerita tentang kisahnya mengalami kemalangan beberapa bulan yang lalu.

Berdasarkan kisah yang disampaikan, dia sepatutnya koma selama 5-6 bulan. Tetapi, keajaiban datang daripada Allah, adik ini dikembalikan semula (hidup semula) selepas terlantar koma selama 12 hari. Menakjubkan kan?

Mengikut perkiraan doktor, akibat kemalangan tersebut, kepalanya mengalami gegaran membuatkan dirinya koma dan berkemungkinan hilang ingatan apabila sedar kembali nanti. Tetapi keajaiban berlaku sekali lagi apabila ingatannya pulih kembali selepas 2 minggu dia sedarkan diri. 

Dia menceritakan kisah peliknya selepas dia bangun daripada koma apabila dia mula bercakap dan menyapa hampir kesemua pesakit di wadnya duduki itu. Itu sahajalah perkara pelik yang dialaminya dan diceritakan kembali oleh ahli keluarganya kepadanya.

Satu lagi keajaiban yang berlaku kepada dirinya ialah apabila dia perlu menjalani pembedahan memasukkan besi ke tulang belakangnya akibat teralih?? Tetapi, kerana dia mampu untuk berjalan semula dan tidak langsung berasa sakit, doktor tidak meneruskan pembedahan dan hanya membuat pemantauan berkala sahaja. 

Semoga adik cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu, AMIN.


Cerita kedua pula ialah tentang customer ni volunteer cerita tentang penyakit yang dialaminya. Sudah dua tahun dia hidup sebagai pejuang kanser ovari. Rahimnya telah dibuang keseluruhannya. Dia juga terpaksa membawa ke hulu dan ke hilir kantung najis kerana ususnya pula bocor. Beratnya ujian yang dia alami. Tetapi mukanya sentiasa menunjukkan riak wajah yang ceria dan tersenyum. Dia kuat kerana mempunyai tulang belakangnya untuk menghadapi liku-liku ujian kehidupan iaitu suaminya. 

Dia adalah sosok tubuh yang begitu tabah menghadapi ujian hidup. Adakah aku mampu bertahan sepertinya? Ya Allah begitu berat ujian yang dialaminya sehinggakan aku merasakan aku tidak mampu untuk menjadi tabah sepertinya. Benarlah firman Allah: 


Semoga kita yang sihat ini sentiasa mensyukuri segala kesihatan dan keselamatan yang Allah bagi kepada kita. 

Sejarah Solat Dhuha

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Hari ni saya nak share cerita tentang SOLAT DHUHA. Semua orang pasti tahu, solat dhuha ni penarik rezeki. Antara kelebihannya:



Setelah kita ketahui tentang kelebihan solat dhuha, saya nak cerita serba sedikit tentang macam mana saya boleh mula kenal dengan solat dhuha.


Solat dhuha ni saya kenal masa saya darjah 6. Masa tu saya lalu depan surau sekolah rendah. Dalam surau tu saya nampak cikgu Matematik saya, sedang menunaikan solat dhuha. 


Saya tertarik untuk bertanya, cikgu solat apa tu? Lalu cikgu ni menceritakan serba sedikit tentang kelebihan dan tatacara solat dhuha. Cikgu ni nama dia Cikgu Kamariah. Saya suka sangat cikgu ni sebab walaupun muka cikgu garang, tapi, muka je garang, cakapnya penuh dengan kelembutan dan pengajaran. 


Masa tu cikgu pun dah menghampiri usia untuk pencen. Saya sangat menghormati guru saya itu. Moga cikgu damai di sana, Al-Fatihah. Saya sayang cikgu sebab cikgu adalah orang PERTAMA yang memperkenalkan saya dengan solat dhuha. 


Kini, saya ingin melakukannya kembali. InsyaALLAH. Moga Allah memberikan kekuatan untuk ISTOQAMAH melakukannya setiap hari. Amin. 

Saturday, August 14, 2021

Kebaikannya disebut ramai orang - Siti Sarah Raisuddin


Pemergian Siti Sarah Raisuddin memberi pengajaran yang berharga untuk kita yang masih hidup ini. Pemergiannya membuatkan kita berasa kita belum lagi membuat yang terbaik sebagai HAMBA Allah dan masih ada banyak benda perlu dibaiki sebagai hambaNya.

Beliau mengajar kita betapa besarnya ganjaran dan pahala yang Allah berikan kepada orang yang suka BERSEDEKAH. Beliau merupakan sebuah figura yang tidak pernah rasa lokek dengan harta yang beliau miliki kerana beliau percaya semakin banyak kita memberi, harta kita tidak semakin berkurang pun malah Allah akan tambah dengan lebih banyak lagi. 

Memiliki mindset yang begitu kuat tentang kebaikan bersedekah memberikan inspirasi yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Semoga kita yang masih hidup ini boleh cuba untuk berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa kerana jika dilihat perjalanan hidup beliau, beliau melalui proses perubahan secara perlahan tetapi konsisten. Beliau merupakan figura yang sentiasa mengupgrade diri untuk menjadi insan yang lebih baik lagi. 

Saya sangat terinspirasi dengan prinsip yang beliau pegang. Pemergian beliau menyedarkan kita bahawa hidup ini terlalu singkat. Beliau pergi ketika usia beliau masih muda iaitu baru berumur 37 tahun. Jadi, kita sebenarnya tidak sedar semakin bertambah usia semakin dekat ktia dengan kematian. Sejauh manakah kita menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai Ad-din? Dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai Ad-din agar dengan itu setiap pergerakan, tindakan dan perkataan kita dikira sebagai pahala oleh Allah. Begitu juga, berapa banyakkah kita BERSYUKUR dengan segala NIKMAT yang Allah berikan kerana segala yang kita dapat adalah PERCUMA sahaja daripada Allah. Kata Ustaz, cuba kita bayangkan jika satu maksiat yang  kita buat, Allah menarik satu nikmat daripada kita, mampukah kita hidup seperti biasa jika nikmat Allah itu ditarik balik?

Maka jadikanlah diri kita Muslim yang bersyukur iaitu dengan patuh dengan perintah ALLAH dan banyakkan bersedekah kerana Allah menjamin kemurahan rezeki bagi orang yang rajin bersedekah.

Jika kita telusuri perjalanan sahabat-sahabiah dahulu, mereka adalah orang yang paling hatinya tidak ATTACH kepada DUNIA, sehinggakan sanggup untuk bersedekah seluruh harta demi Islam tercinta. Marilah kita sama-sama belajar dan melatih diri untuk rajin bersedekah dan sentiasa upgrade ibadat kita, agar kita menjadi hamba yang disayang Allah agar kita beroleh REDHAnya dan dimasukkan ke SYURGANYA.

Amin.  Jom sedekahkah Al-Fatihah buat beliau. (Kebaikannya disebut-sebut oleh ramai orang). 

Tuesday, August 10, 2021

Kalendar Islam - 1 MUHARRAM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Pernah dengar tak lagu ni:

Satu Muharram Detik Permulaan,

Pepindahan Nabi dan Umat Islam,

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Asas Keyakinan dan Iman yang Teguh,

Kaum Mujahirin dan Ansar Bersatu,

Rela berkorban Harta dan Nyawa,

Demi Menegakkan Islam Tercinta.


Setakat itu dulu la lagunya. Haha. Nak dengar lebih-lebih, bolehlah cari sendiri dekat you tube.

Hari ni merakamkan tarikh 1 Muharram yang merupakan tahun baru bagi kalendar umat Islam. Penganut agama lain pun ada kalendar masing-masing. Jom saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah Kalendar Umat Islam.

Tanggal 1 Muharram seringkali dikaitkan dengan penghijrahan Nabi SAW. Tetapi tahukah anda yang sebenanarnya tarikh tersebut bukanlah tarikh penghijrahan Nabi ke Kota Madinah seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut pengkaji sejarah Islam, Nabi berhijrah pada bulan RabiulAwal. 

Usaha memulakan kalendar Islam adalah bermula daripada Khalifah Umar Al-Khattab. Kalendar Islam ini dimulakan kerana pada ketika itu, umat Islam tidak mempunyai kiraan tahun dan bulan secara sistematik. Berkat usaha daripada Saidina Umar, kalendar Islam digunakan sehingga ke hari ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Bagi kiraan tahun pula, Saidina Umar menetapkan tahun di mana Rasulullah berhijrah ke Madinah ditetapkan sebagai tahun pertama dalam kiraan kalendar Islam.

Kenapa Muharram diambil sebagai bulan pertama dalam Kalendar Islam?

Bulan Muharram diambil kerana Muharram merupakan bulan pertama selepas umat Islam mengerjakan haji. 

Saya lupa nak baca doa akhir tahun dan awal tahun 😭😭

Semoga tahun ni membawa sinar untuk kita menjadi Umat Nabi MUHAMMAD yang lebih baik dan semoga COVID cepat berlalu pergi dari muka bumi ini. Amin. 

Hadiah daripada Zue

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Post kali ni nak tunjuk hadiah yang Zue bagi masa birthday saya baru-baru ini. Zue suka bagi hadiah seperti kain tudung dan kali ni Zue buat kelainan - saya dapat seutas jam dan gelang. Cantik sangat!!


Terima kasih atas ingatan Zue, saya sangat hargai. Semoga kita pun BERSAHABAT SAMPAI SYURGA nanti 😀







APPRECIATION POST TO MENA

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


SELAMAT HARI LAHIR MENA!!

Bersama Mena dan anak-anaknya, seorang lagi ada dalam perut


Hari ni 10 hb Ogos, marked hari lahir sahabat baik saya Mena. Mena adalah kawan saya yang paling lama. Kami berkawan daripada sekolah menengah masa tu kami di tingkatan empat. Pernah satu kelas semasa di tingkatan dua tetapi kami tidak berkawan sangat pada ketika itu. 

Al-kisahnya macam mana kami boleh bersahabat baik adalah kerana pada tingkatan empat kami berdua ditawarkan untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolah. Daripada pakaian seragam berwarna putih ke pakaian seragam berwarna biru selama dua tahun; tingkatan empat dan lima.

Oleh sebab kami berdua baru dilantik dan tidak ada geng pun dalam MPP ketika itu, jadi kami banyak bergantung antara satu sama lain kalau nak ke mesyuarat MPP atau event berkaitan dengan MPP. 

Tambahan, kami berdua sekepala. Haha. Tak sangka bermula daripada situ, kami jadi bertambah rapat sehingga menjadi kawan baik (BFF) sampai sekarang. Persahabatan kami sudah menjangkau 14 tahun. Lama giler! Kalau dekat universiti tu semua dah tahu kalau sebut Biha mesti ada Mena, kalau sebut Mena mesti ada Biha. haha.

Perjalanan persahabatan kami daripada SEKOLAH MENENGAH, PLKN, ASASI sehinggalah ke UNIVERSITI mendapat KOS dan JURUSAN yang SAMA. Kuat betul jodohnya. Cuma kami berbeza dari segi dia dah lama mendirikan rumahtangga sedangkan saya masih dalam proses mengenali diri dengan lebih baik dan mencari JODOH yang Allah tetapkan untuk saya. (Masalah saya, tidak reti ekspresif depan orang yang saya suka 😭 - akan cuba cari yang MELENGKAPI insyaAllah)

Semoga Allah permudahkan jodoh saya dan dikuatkan semangat saya dan saya tidak berputus asa mencarinya. Amin. 

Saya bersyukur Allah anugerahkan Mena dalam hidup saya. Seorang kawan yang baik, jarang nak terasa dengan kawan baiknya yang emosional ni. Mulai tahun ini, saya bertekad untuk ubah diri saya dengan menyertai kelas-kelas pembangunan diri untuk menjadikan saya seseorang yang lebih baik lagi dari segi kawalan emosi (EQ). Amin, InsyaAllah.

Semoga Mena diberkati Allah sentiasa dan selalu dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga tercinta. Semoga kita BERSAHABAT SAMPAI SYURGA, AMIN 😊 

Selamat Maju Jaya, Salwa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Sebenarnya saya sepatutnya tulis posting ni pada 5hb yang lalu. Tetapi disebabkan kesibukan dan ada urusan lain, baru sekarang saya dapat meluangkan masa untuk menulis entry ini pada kali ini.

Entry saya pada kali ini berkisar tentang perpisahan kami dengan Salwa iaitu salah seorang staf kontrak di tempat saya bekerja sekarang. Salwa masuk menggantikan Syamien yang akan cuti bersalin selama dua bulan.

Walaupun kehadiran Salwa hanya sebentar cuma (3 bulan sahaja), tetapi kami senang dengan kehadirannya. Tutur katanya yang berlemah-lembut dan tidak pernah menyakiti hati orang lain.

Jadi pada hari terakhir Salwa di sini, kami mengadakan jamuan kecil perpisahan khas untuk Salwa. Saya ingin mengucapkan maju jaya kepada Salwa, semoga berjaya mencari kerja yang sesuai dengan jiwanya dan sentiasa upgrade diri dan raikan setiap kejayaan kecil yang berjaya dilakukan. Di bawah ini saya kongsikan sedikit gambar kami bersama.   


Bersama Adik Salwa




Jamuan makan kecil-kecilan




Last bergambar sebelum Salwa pulang

Wednesday, August 4, 2021

Dah Start PKPD

Kampung saya dah kena PKPD....

Alamatnya kami tekurung la dalam kawasan ni. 

Tak tahu lagi sama ada boleh keluar pergi kerja atau pun tak.

Semoga cepat la COVID ni pergi daripada dunia ni.