Tuesday, August 24, 2021

Kisah daripada CUSTOMER

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hari ni saya ada satu kisah MENARIK untuk dibawakan. Ia berkisar tentang seorang customer saya, yang hadir untuk membeli kanta lekap. Tetapi, apabila sedang memeriksa power mata adik ini, dia membuka cerita tentang kisahnya mengalami kemalangan beberapa bulan yang lalu.

Berdasarkan kisah yang disampaikan, dia sepatutnya koma selama 5-6 bulan. Tetapi, keajaiban datang daripada Allah, adik ini dikembalikan semula (hidup semula) selepas terlantar koma selama 12 hari. Menakjubkan kan?

Mengikut perkiraan doktor, akibat kemalangan tersebut, kepalanya mengalami gegaran membuatkan dirinya koma dan berkemungkinan hilang ingatan apabila sedar kembali nanti. Tetapi keajaiban berlaku sekali lagi apabila ingatannya pulih kembali selepas 2 minggu dia sedarkan diri. 

Dia menceritakan kisah peliknya selepas dia bangun daripada koma apabila dia mula bercakap dan menyapa hampir kesemua pesakit di wadnya duduki itu. Itu sahajalah perkara pelik yang dialaminya dan diceritakan kembali oleh ahli keluarganya kepadanya.

Satu lagi keajaiban yang berlaku kepada dirinya ialah apabila dia perlu menjalani pembedahan memasukkan besi ke tulang belakangnya akibat teralih?? Tetapi, kerana dia mampu untuk berjalan semula dan tidak langsung berasa sakit, doktor tidak meneruskan pembedahan dan hanya membuat pemantauan berkala sahaja. 

Semoga adik cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu, AMIN.


Cerita kedua pula ialah tentang customer ni volunteer cerita tentang penyakit yang dialaminya. Sudah dua tahun dia hidup sebagai pejuang kanser ovari. Rahimnya telah dibuang keseluruhannya. Dia juga terpaksa membawa ke hulu dan ke hilir kantung najis kerana ususnya pula bocor. Beratnya ujian yang dia alami. Tetapi mukanya sentiasa menunjukkan riak wajah yang ceria dan tersenyum. Dia kuat kerana mempunyai tulang belakangnya untuk menghadapi liku-liku ujian kehidupan iaitu suaminya. 

Dia adalah sosok tubuh yang begitu tabah menghadapi ujian hidup. Adakah aku mampu bertahan sepertinya? Ya Allah begitu berat ujian yang dialaminya sehinggakan aku merasakan aku tidak mampu untuk menjadi tabah sepertinya. Benarlah firman Allah: 


Semoga kita yang sihat ini sentiasa mensyukuri segala kesihatan dan keselamatan yang Allah bagi kepada kita. 

No comments:

Post a Comment