Saturday, August 14, 2021

Kebaikannya disebut ramai orang - Siti Sarah Raisuddin


Pemergian Siti Sarah Raisuddin memberi pengajaran yang berharga untuk kita yang masih hidup ini. Pemergiannya membuatkan kita berasa kita belum lagi membuat yang terbaik sebagai HAMBA Allah dan masih ada banyak benda perlu dibaiki sebagai hambaNya.

Beliau mengajar kita betapa besarnya ganjaran dan pahala yang Allah berikan kepada orang yang suka BERSEDEKAH. Beliau merupakan sebuah figura yang tidak pernah rasa lokek dengan harta yang beliau miliki kerana beliau percaya semakin banyak kita memberi, harta kita tidak semakin berkurang pun malah Allah akan tambah dengan lebih banyak lagi. 

Memiliki mindset yang begitu kuat tentang kebaikan bersedekah memberikan inspirasi yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Semoga kita yang masih hidup ini boleh cuba untuk berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa kerana jika dilihat perjalanan hidup beliau, beliau melalui proses perubahan secara perlahan tetapi konsisten. Beliau merupakan figura yang sentiasa mengupgrade diri untuk menjadi insan yang lebih baik lagi. 

Saya sangat terinspirasi dengan prinsip yang beliau pegang. Pemergian beliau menyedarkan kita bahawa hidup ini terlalu singkat. Beliau pergi ketika usia beliau masih muda iaitu baru berumur 37 tahun. Jadi, kita sebenarnya tidak sedar semakin bertambah usia semakin dekat ktia dengan kematian. Sejauh manakah kita menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai Ad-din? Dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai Ad-din agar dengan itu setiap pergerakan, tindakan dan perkataan kita dikira sebagai pahala oleh Allah. Begitu juga, berapa banyakkah kita BERSYUKUR dengan segala NIKMAT yang Allah berikan kerana segala yang kita dapat adalah PERCUMA sahaja daripada Allah. Kata Ustaz, cuba kita bayangkan jika satu maksiat yang  kita buat, Allah menarik satu nikmat daripada kita, mampukah kita hidup seperti biasa jika nikmat Allah itu ditarik balik?

Maka jadikanlah diri kita Muslim yang bersyukur iaitu dengan patuh dengan perintah ALLAH dan banyakkan bersedekah kerana Allah menjamin kemurahan rezeki bagi orang yang rajin bersedekah.

Jika kita telusuri perjalanan sahabat-sahabiah dahulu, mereka adalah orang yang paling hatinya tidak ATTACH kepada DUNIA, sehinggakan sanggup untuk bersedekah seluruh harta demi Islam tercinta. Marilah kita sama-sama belajar dan melatih diri untuk rajin bersedekah dan sentiasa upgrade ibadat kita, agar kita menjadi hamba yang disayang Allah agar kita beroleh REDHAnya dan dimasukkan ke SYURGANYA.

Amin.  Jom sedekahkah Al-Fatihah buat beliau. (Kebaikannya disebut-sebut oleh ramai orang). 

No comments:

Post a Comment