Tuesday, August 10, 2021

Kalendar Islam - 1 MUHARRAM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Pernah dengar tak lagu ni:

Satu Muharram Detik Permulaan,

Pepindahan Nabi dan Umat Islam,

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Asas Keyakinan dan Iman yang Teguh,

Kaum Mujahirin dan Ansar Bersatu,

Rela berkorban Harta dan Nyawa,

Demi Menegakkan Islam Tercinta.


Setakat itu dulu la lagunya. Haha. Nak dengar lebih-lebih, bolehlah cari sendiri dekat you tube.

Hari ni merakamkan tarikh 1 Muharram yang merupakan tahun baru bagi kalendar umat Islam. Penganut agama lain pun ada kalendar masing-masing. Jom saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah Kalendar Umat Islam.

Tanggal 1 Muharram seringkali dikaitkan dengan penghijrahan Nabi SAW. Tetapi tahukah anda yang sebenanarnya tarikh tersebut bukanlah tarikh penghijrahan Nabi ke Kota Madinah seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut pengkaji sejarah Islam, Nabi berhijrah pada bulan RabiulAwal. 

Usaha memulakan kalendar Islam adalah bermula daripada Khalifah Umar Al-Khattab. Kalendar Islam ini dimulakan kerana pada ketika itu, umat Islam tidak mempunyai kiraan tahun dan bulan secara sistematik. Berkat usaha daripada Saidina Umar, kalendar Islam digunakan sehingga ke hari ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Bagi kiraan tahun pula, Saidina Umar menetapkan tahun di mana Rasulullah berhijrah ke Madinah ditetapkan sebagai tahun pertama dalam kiraan kalendar Islam.

Kenapa Muharram diambil sebagai bulan pertama dalam Kalendar Islam?

Bulan Muharram diambil kerana Muharram merupakan bulan pertama selepas umat Islam mengerjakan haji. 

Saya lupa nak baca doa akhir tahun dan awal tahun 😭😭

Semoga tahun ni membawa sinar untuk kita menjadi Umat Nabi MUHAMMAD yang lebih baik dan semoga COVID cepat berlalu pergi dari muka bumi ini. Amin. 

No comments:

Post a Comment