Thursday, December 29, 2022

Banjir 19 Disember 2022

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Setakat pukul 4 petang, air sudah naik ke paras peha




Bermula hari Ahad baru-baru ini, hujan turun dengan lebatnya. Langit kelihatan sangat gelap pada hari tersebut. 

Hujan turun tidak menunjukkan tanda akan berhenti. Sejak semalam hujan turun sehinggalah paras air tiba-tiba naik secara mendadak menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Besut dan Setiu. Air mengalir deras seperti penempatan sebenarnya dibina di dalam sungai. 

Kebanyakan mangsa di kawasan tersebut berjaya diselamatkan dengan menaiki bot penyelamat dan dibawa ke pusat perpindahan banjir sementara. 

Sebenarnya, pada pagi hari Isnin itu, paras air sudah di takat buku lali di jalan utama di kampung saya. Dan di sepanjang laluan tersebut selalu banjir. Tetapi, kali ini, akibat daripada hujan turun tak berhenti, jalan tersebut terpaksa ditutup kerana air naik agak tinggi daripada biasa.

Saya sudah panik dan perasaan untuk pulang membuak-buak kerana sudah mengetahui bahawa jalan tersebut mudah dinaiki air dan kereta saya pula rendah dan tidak mampu mengharungi air banjir tersebut. Saya terpaksa mengambil jalan alternatif untuk pulang ke rumah kerana jalan tersebut sudah tinggi dinaiki air walaupun masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Tetapi menjelang malam, laluan di situ telah pun ditutup untuk semua kenderaan.

Terdapat beberapa laluan alternatif untuk balik ke rumah, tetapi semua jalan dinaiki air dan hanya satu jalan yang masih boleh dilalui iaitu jalan belakang melalui Kampung Durian Mas, Manir.

Alhamdulillah kampung saya pernah mengalami banjir yang paling teruk adalah pada akhir tahun 80-an. Tetapi, sejak itu, banjir tidak pernah menjengah lagi. Rumah tok saya pula berhadapan dengan Sungai Manir, tetapi Alhamdulillah walaupun air sungai sedikit lagi akan mencecah tebing, tetapi, akhirnya surut kerana hujan telah pun berhenti dan matahari pun telah memancarkan sinarnya semula.

Boleh dikatakan banjir kali ini, air cepat naik dan cepat turun. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mangsa-mangsa banjir dan supaya mereka mendapat bantuan yang sewajarnya atas kehilangan dan kerosakan barang-barang yang dimiliki. B

Thursday, December 15, 2022

LUNCH BREAK

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu bos kami Dr Emma belanja ahli jawatankuasa teknikal dan harga, makan tengah hari di McD Gong Badak. Aku telah memilih burger prosperity (daging lembu). Thank you Boss. Memang pada setiap tahun, McD akan buat promosi ni pada hujung tahun. So, jangan lepaskan peluang ini ok 😉 B





Monday, December 5, 2022

Welcome To The World, BABY GIRL

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Berpadanan dengan tajuk untuk post kali ni, saya ingin mengucapkan selamat datang ke dunia untuk anak saudaraku yang baru lahir iaitu 'baby tanpa nama' - akan diberi nama kemudian, telah menjenguk dunia pada 1 Disember 2022.

Mukanya hampir mirip kepada abangnya, 'Areeq, dan hampir dipanggil dengan nama Erika hahaha.

Ayahnya begitu gembira kerana setelah mendapat dua orang putera, akhirnya dikurniakan rezeki oleh Allah Taala dengan anak perempuan.

Entah apa pula takdir namanya kali ini. Wallahualam, belum diputuskan lagi oleh ibu bapanya.

Semoga terus kuat menjalani hidup di akhir zaman ini. Kuatkan iman dan bekalan untuk di sana nanti. Tiber... B



Spek mata baru warna Pink gittew

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Sebenarnya ceritanya begini, spek mata saya patah sebab terlibat dengan kemalangan tempoh hari. Oleh sebab saya lebih gemar memakai spek mata jenis plastik dibandingkan dengan memakai spek mata besi di rumah sebab spek mata besi tu dah senget sebelah. 

Jadi, saya membeli cermin mata baru menggantikan cermin mata lama. Harganya murah sahaja. (p/s Sebenarnya mahal juga tetapi kira murah lah untuk sebuah cermin mata, mana ada cermin mata yang murah, kalau murah mesti kurang berkualiti cermin dia.) 

Jadi, jom tengok cermin mata baru saya dalam gambar di bawah. Cantik, tak?p/s Abaikan muka saya yang bulat itu. Haha. B



Thursday, December 1, 2022

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Saya telah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kereta saya rosak terutama di bahagian tepi sebelah kiri.

Rim tayar kereta di sebelah depan kiri saya rosak teruk dan keempat-empat tayar mesti ditukar kerana tidak boleh mengganti hanya satu rim sahaja disebabkan oleh ketiadaan model rim tersebut.

Kemalangan itu berlaku kerana saya ingin memberi laluan kepada kereta bertentangan agar dapat lalu di kawasan jalan tar yang lebih elok kerana laluan tar untuk kereta dari arah bertentangan agak landai dan semakin hari dilihat semakin landai. Saya kasihan kepada kereta kancil itu kerana keretanya kecil dan dibimbangi tidak stabil jika melalui jalan landai tersebut.

Ketika saya mengambil side ke tepi sedikit ke arah semak, tiba-tiba kereta saya terlanggar tunggul yang berada di bahu jalan tersebut. Tunggu kayu itu sangat ampuh dan besar. Saya tidak nampak tunggul kayu tersebut kerana ia agak rendah dan sedikit tercorot ke dalam semak-samun. Bunyi hentakan yang kuat kedengaran dan kereta saya berpusing 360 darjah sebelum jatuh ke dalam parit atau tali air. 

Ketika jatuh berundur ke dalam parit, saya hanya mampu berdoa kepada Allah; "Ya Allah, janganlah bagi kereta ni masuk ke dalam air."

Alhamdulillah kalau tengok dalam gambar sebenarnya sikit lagi kereta saya nak masuk ke dalam air. 😭😭😭

Apa-apa pun semuanya dalam keadaan selamat dan saya mengalami cedera ringan sahaja; sakit di bahagian dada dan luka (parut harry potter) di dahi. Aku dihantar ke hospital di bahagian kecemasan dan selesai pemeriksaan pada pukul 10 malam. 

Hasil daripada tindakan pantas abah, kereta tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke bengkel. Semuanya siap dibaiki dalam masa tiga hari sahaja. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan. Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi. B