Thursday, December 29, 2022

Banjir 19 Disember 2022

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Setakat pukul 4 petang, air sudah naik ke paras peha




Bermula hari Ahad baru-baru ini, hujan turun dengan lebatnya. Langit kelihatan sangat gelap pada hari tersebut. 

Hujan turun tidak menunjukkan tanda akan berhenti. Sejak semalam hujan turun sehinggalah paras air tiba-tiba naik secara mendadak menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Besut dan Setiu. Air mengalir deras seperti penempatan sebenarnya dibina di dalam sungai. 

Kebanyakan mangsa di kawasan tersebut berjaya diselamatkan dengan menaiki bot penyelamat dan dibawa ke pusat perpindahan banjir sementara. 

Sebenarnya, pada pagi hari Isnin itu, paras air sudah di takat buku lali di jalan utama di kampung saya. Dan di sepanjang laluan tersebut selalu banjir. Tetapi, kali ini, akibat daripada hujan turun tak berhenti, jalan tersebut terpaksa ditutup kerana air naik agak tinggi daripada biasa.

Saya sudah panik dan perasaan untuk pulang membuak-buak kerana sudah mengetahui bahawa jalan tersebut mudah dinaiki air dan kereta saya pula rendah dan tidak mampu mengharungi air banjir tersebut. Saya terpaksa mengambil jalan alternatif untuk pulang ke rumah kerana jalan tersebut sudah tinggi dinaiki air walaupun masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Tetapi menjelang malam, laluan di situ telah pun ditutup untuk semua kenderaan.

Terdapat beberapa laluan alternatif untuk balik ke rumah, tetapi semua jalan dinaiki air dan hanya satu jalan yang masih boleh dilalui iaitu jalan belakang melalui Kampung Durian Mas, Manir.

Alhamdulillah kampung saya pernah mengalami banjir yang paling teruk adalah pada akhir tahun 80-an. Tetapi, sejak itu, banjir tidak pernah menjengah lagi. Rumah tok saya pula berhadapan dengan Sungai Manir, tetapi Alhamdulillah walaupun air sungai sedikit lagi akan mencecah tebing, tetapi, akhirnya surut kerana hujan telah pun berhenti dan matahari pun telah memancarkan sinarnya semula.

Boleh dikatakan banjir kali ini, air cepat naik dan cepat turun. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mangsa-mangsa banjir dan supaya mereka mendapat bantuan yang sewajarnya atas kehilangan dan kerosakan barang-barang yang dimiliki. B

No comments:

Post a Comment