Monday, February 3, 2014

KEMBALI KE SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni dah stat sem baru. Sebenarnya saya agak nervous untuk clinic esok. Seriusly. Alahai.

Hopefully dapat buat betul2.

                                                                                                                                    Aku Yang Nervous,
                                                                                                                                              Sekian.

Thursday, January 30, 2014

Bengkeng aka Garang

Bismillahirrahamanirrahim

Assalamualaikum

Nasebla ada muka bekeng. Kita bergurau pun orang ingat kita serius. Satu lagi kelebihan ada muka garang ni orang tak berani kacau. Nak usik kita apatah lagi. Tapi saya akui la saya memang bekeng pun. Tapi saya tak sewenang-wenangnya marah orang. Hmm, tak pe lah, nak buat camne. Redha. Cuba banyak kan senyum kot. Hahaha. Jadi ke kalu buat camtu? Hahaha.

Memang at the first place orang tak akan suka la kalu tengok muka kita. Bengkeng sangat kan. Hahaha. Bila senyum manis la kan. Hahaha *wak-lolloqs*

Orang yang kenal saya je tahu saya ni macam mana. Tak kesah la orang nak pikir apa pun hmm.

Bye *senyum sokmo gannu kiter* haha

Tuesday, January 28, 2014

sem 2 tahun 4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

sedih..

TAU KENAPA?

Sebab cuti sem dah nak habis.

takut..

TAU KENAPA?

Sebab sem depan klinik lagi. Hahaha.

Excited la jugak sikit..

TAU KENAPA?

Sebab tak sabar nak grad. hihihi

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Optom gen-7. <3 <3




Cantik dan tak cantik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamaualaikum

YES,, MY SIS IS CORRECT!

Dia cakap, takkan ada lelaki yang akan jatuh cinta kalu tengok kitorg buat pertama kali. hmm, ye la kan sebab kitorang bese-bese jer. Saya pun lalui benda yang sama. Sebab tu tak ada dalam sejarah hidup lelaki datang ngorat ke hape. But, I tak kesah. Honestly. Tak percaya ke? Hahaha Percayalah.Lelaki memang pandang kecantikan untuk pertama kali. Hm, maybe 99% correct. Untuk pertama kali. Alah macam perempuan jugak, tengok lelaki hensem dulu. Unik kan kita ni? Allah ciptakan manusia yang banyak-banyak ni, ada yang cantik, ada yang tak cantik, ada yang biasa-biasa je. Kalau kita pikirkan balik. Sebab apa tau Allah buat macam tu, sebab nak suruh masing-masing bersyukur. At least kalau kita tak ramai peminat pun, kita ada benda lain kan? Contoh macam kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, duit yang cukup dan lain-lain. Sebenarnya Allah buat semua benda ni walaupun berbeza pada srtiap insan, Allah nk lihat siapakah antara kita yang bersyukur. Jangan tahu merungut tak cantik je. Kata Ustaz Azhar: Semua perempuan cantik, tapi akan ada sesetengah kata dia ni cantik walaupun sesetengah yang lain kata sebaliknya. Cantik luaran siapa kata tak penting, cukuplah bagi saya memiliki kulit yang sihat tak payah la pakai produk pemutih ke apa. Yes, orang selalu sinonimkan cantik dengan putih. Tapi memang saya akui, putih itu lebih cantik. Tapi kata seorang rakyat Amerika ni, diorang pun sangat menghargai 'tanned skin'. SEE!! Haha

So point kat sini ialah: Bersyukur! =)

Sunday, January 19, 2014

wedding trip terengganu-kelate

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Miss Ilya dah bertemu dengan Pneghujung Cintanya iaitu En Hazwan.
So, the trip begins from Kuantan-Terengganu-Kelate.

Kawan-kawan sekelas saya yang datang dari Kuantan; 5 orang (yang datang dengan kereta dari Kuantan); K.jan, Asma, Ain, Farah dan Zai.

Actually, Zai datang dari Kuala Lumpur ke Kuantan, naik kereta Farah ke Terengganu.

Ikut plan asal, some of them supposed to stay at Mena's house, some at my house, tp alang-alang diorang dah singgah kat rumah saya untuk tinggalkan kereta K.Jan sebab berasap masa on the way ke Kuala Terengganu (masa berasap tu kat Kemaman), jadi semua tinggal kat rumah saya. Senang cerita.

Masa diorang sampai kat rumah saya tu, diorang rehat sekejap kat rumah saya sambil minum-minum air dan makan buah jambu. Lepas dah solat zuhur baru kitorang ke Pantai Batu Buruk untuk berjumpa dengan Fahmi, Syaz dan Mena.



Sampai je kat Pantai Batu Burok, kitorang ambil gambar la sekejap walaupun masa tu dah lapar giler. Aku pun lapar. Haha. Tunggu diorang sebab ingat nak makan sekali. Kih3. Nak ajak makan kat rumah, memang dari awal tak masak banyak pon. Kuah singgang pun takat cukup untuk satu family je. Hihi. *sebab dah memang tak plan diorang makan kat rumah aku, ingatkan diorang sampai awal kat sini, sebelum kul 12 ke, kan. tengok-tengok sampai masa waktu Zuhur, so memang tak prepare apa-apa lah.

*ok, saya tak reti tulis karangan T.T

Then, pergi makan kat Restoran A-Z Selera Timur sebelum ke muzium dan masjid kristal untuk ambil gambar.

Thanx to brothers la sebab sporting sangat tolong plan diorang punya trip dan sanggup jadi tourist guide. Alhamdulillah. =)

Kami juga tak lepaskan peluang ke Pantai Teluk Ketapang. Uish, sejuk giler kat situ. Bez main ombak dia yang berbuih-buih. haha.

Lepas solat mangrib, kitorang pergi makan-makan kat Pulau Duyong. That was my third time in Pulau Duyong. Saya tak sangka kat Pulau Duyong tu ada jeti kayu yang terapung, yang panjang, kitorang naik kat atas tu dan menikmati pandangan yang menarik di seberang sungai, ICT, berlampukan cahaya purnama 15 RabiulAwal. Seronok giler!

Keesokan paginya, pukul 8 pagi, kitorang pergi makan kat kedai makan nasi dagang kat Pasar Manir. Pada pukul 9 pagi kitorang bertolak ke Kelate yang di lead oleh Farah. Ada konflik jugak time tu nak lalu jalan mana. Hihi. Last-last kitorang lalu jalan pantai. Bez jugak lalu kut jalan pantai sebab boleh tengok rumah orang dll. *malas nak tulis*

Sampai je kat Pasir Mas, check-in rumah tumpangan, rehat sekejap then keluar pergi makan dan jalan-jalan malam tu kat Wakaf Che Yeh. Petang tu kitorang pergi ke Rantau Panjang. Barang-barang giler murah kat situ. Baju sehelai RM10, blouse RM20, makanan, beras pun murah.

Lewat jugaklah kitorang balik malam tu. Kul 12 malam baru sampai rumah. Jauh jugak saya rasa nak pergi ke Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang tu.

Sebab letih giler, saya tidur nyenyak giler malam tu. Hilang semua rasa penat lelah memnadu pagi tu. So, wedding trip ke Tanah Merah (rumah Miss Ilya) begins.

Sesat jugaklah kitorang. Dua kali pusing, sekejap kata kut tu, sekejap rasa kut ni. Alhamdulillah kul 3 petang, kitorang sampai kat rumah miss. Kul 3 petang tu. Tak pernah lagi saya sampai rumah pegantin kul 3 petang Hoho.

Tapi yang best nya mari lambat ni boleh ambil gambar banyak-banyak. Miss yang dah jadi madam nampak sangat bahagia, tersenyum je sepanjang masa. Suami dia nampak sangat ramah, kelakar dahla ada lesung pipit. Memang bagai pinang di belah dua lah! Tahniah Miss!



Setakat ni sajalah coretan perjalan wedding trip ni.

Saturday, January 11, 2014

YEAY!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kenapa YEAY!!?? Hehe.

Sebabnya Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk daki Bukit Panorama 6hb baru ni. Hehe. Tak sangka dapat daki sampai ke puncak. Masa tak sampai separuh jalan pun lagi, saya rasa nak give up sebab sakit peha betis seme sakit. Dahlah bernafas kuat giler. Malu kat orang. Haha. Sebabnya nampak sangat ta fit sebab nafas tercungap-cungap. Ngeee.

Tapi yang kelakar time mendaki tu, setiap kali kitorang rasa macam "Bila nak sampai ni?" Jazli mesti akan kata "Sikit lagi sikit lagi" padahal jauh lagi. Haha. Tapi kata-kata semangat macam tu yang kita inginkan sebabnya, macam psychology la. Minda kita akan rasa dah dekat dan semangat tak lah luntur di tengah jalan. Thanks to Jazli. Huhu. *okey nama Jazli masuk blog saya*
Masa tu tak sangka walaupun lelah giler-giler, tapi saya antara terawal sampai ke puncak. Boleh tahan spirit. Haha. *poyo je*

Lepas dah sampai, apa lagi ambil gambarlah. Sangat mengagumi kebesaran Allah sebab bila tengok dari atas, cantik sangat pemandangan. Masa tu saya terfikir, "Semua makhluk yang ada di langit dan di bumi ni, semunaya berzikir memujiNya". Rugi la kalau sampai kat atas, sikit pun kita tak kagumi kebesaran Allah dan zikir sekali. Wuhuu.

Lepas dah puas ambil gambar, kitorang tak lepaskan peluang baca na'thurat kat puncak tu. Tenang dan sejuk. Ma'thurat recitation is led by Jazli. *Eh, Jazli lagi*

Masa turun bukit tu, kaki menggeletar kot. Susah jadinya nak turun tangga. Saya sangat berpuas hati. Saya bukannya tak nak naik bukit masa setahun yang lepas, tapi sebab saya pernah ada kecederaan pada pinggang so saya takutlah. Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja.

Lepas dah mendarat, kitorang lapar! Jom gi makan! Saya makan nasi dagang. Sedap macam masakan kat Terengganu jugak. Mulalah teringat kat kampong. Ngee.

Kami jalan-jalan kat muzium sungai lembing tu. Saya dah pernah pergi dah dulu. So, kali ni biarlah diorang merasa plak. Ikut je lah. Tak membosankan pun sebab pergi ramai-ramai kot. Huh?

Lepas tu balik la. Ok malas dah nak menaip. 

Nah, gambar untuk tatapan:




first semester year four

Bismillahirrahmanirrahim. (tak de jiwa menulis) huh!

Assalamualaikum.

For your information, pada tanggal 9 Januari lalu, berakhir sudah peperiksaan Final untuk semester pertama tahun keempat saya. I can say this paper is quite tough. As expected, there will be essays. Not expected that there are three essay questions. Huhu. Susah siot. Tapi Alhamdulillah goreng je. Eh kenapa Alhamdulillah kalu goreng? Haha

Gambar kat bawah ni gambar yang kitorang ambil lepas habis paper Clinical optometry 2. 








Hmm, petang tu saya dapat berita mengejutkan. Tapi not going to share it here. Cuma pada hemat saya, saya perlu lakukan sesuatu untuk selamatkan dia balik. Kalau masuk syurga, biarlah kita masuk sama-sama. Kalau saya ke neraka, sahabat sayalah yang akan tarik saya ke syurga balik. That what a friend for right? We will try, we will try.


Malam tu pulak, kami ada makan-makan (setiap kali semester we did), huu. Sekali lagi buat kat City Times. Kali ni, I would say the place is not nicely arranged, (I dont really like the arrangement there, how they arrange the foods and others), why? ummm, sebab macam dia susun benda tu jadi berselerak, tak nampak keserasian dalam susunan, maybe no yin and yang? haha *joking*. Kami makan sampai puas, dan lepas ucapan dan pemilihan ketua kelas dan penolong ketua kelas dan bergambar sikit-sikit, kitorang pon balik. Meneruskan hidup macam biasa.

Not forget to mention, new class representatives are Fakruddin Saleh and Suyidatina aka Datin hehe.
Some of the pictures to be installed in memory. hmmm.





Bak kata Sir Azuwan: Welcome to Final Semester. #ScaryJeBilaDengar

Ok sori kalau tulisan ni tak menarik because I have no feel at all while writing this entry. Dont know why??

Ok, Bye, Salam.

Wednesday, January 8, 2014

2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Okeh lah, coretan pertama 2014. Nak tulis pasal apa yer? OK saya ada banyak cerita nak kongsi sebab 2014 ni permulaannya Alhamdulillah jugaklah.

Juz to share in this entry, 2014 bermula dengan sambut tahun baru (sambut lah sangat kan) dengan melepak di bilik acik. Haha.

Then, pagi keesokannya pergi makan sarapan di restoran di Malay Town. Tak silap saya nama restoran tu Restoran Wak Sufian. Boleh tahanlah makan nasi lemak kat situ. Kami makan set pakej whereby RM2.50 untuk nasi lemak dan air milo yang boleh ditambah! I had my breakfast with Kak Hawa, Acik, K.Jan dan Mena. Bila sampai je kat kedai semua excited sebab boleh online. Hahaha.

So setakat ni dulu lah. Esok ada paper lagi.

ok, Gudluck Biha! Jawab exam esok elok-elok.

Lusa saya balik ke Terengganu! Yehhuu!! *tak sabar nak balik hee*

Bye.