Sunday, January 19, 2014

wedding trip terengganu-kelate

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Miss Ilya dah bertemu dengan Pneghujung Cintanya iaitu En Hazwan.
So, the trip begins from Kuantan-Terengganu-Kelate.

Kawan-kawan sekelas saya yang datang dari Kuantan; 5 orang (yang datang dengan kereta dari Kuantan); K.jan, Asma, Ain, Farah dan Zai.

Actually, Zai datang dari Kuala Lumpur ke Kuantan, naik kereta Farah ke Terengganu.

Ikut plan asal, some of them supposed to stay at Mena's house, some at my house, tp alang-alang diorang dah singgah kat rumah saya untuk tinggalkan kereta K.Jan sebab berasap masa on the way ke Kuala Terengganu (masa berasap tu kat Kemaman), jadi semua tinggal kat rumah saya. Senang cerita.

Masa diorang sampai kat rumah saya tu, diorang rehat sekejap kat rumah saya sambil minum-minum air dan makan buah jambu. Lepas dah solat zuhur baru kitorang ke Pantai Batu Buruk untuk berjumpa dengan Fahmi, Syaz dan Mena.



Sampai je kat Pantai Batu Burok, kitorang ambil gambar la sekejap walaupun masa tu dah lapar giler. Aku pun lapar. Haha. Tunggu diorang sebab ingat nak makan sekali. Kih3. Nak ajak makan kat rumah, memang dari awal tak masak banyak pon. Kuah singgang pun takat cukup untuk satu family je. Hihi. *sebab dah memang tak plan diorang makan kat rumah aku, ingatkan diorang sampai awal kat sini, sebelum kul 12 ke, kan. tengok-tengok sampai masa waktu Zuhur, so memang tak prepare apa-apa lah.

*ok, saya tak reti tulis karangan T.T

Then, pergi makan kat Restoran A-Z Selera Timur sebelum ke muzium dan masjid kristal untuk ambil gambar.

Thanx to brothers la sebab sporting sangat tolong plan diorang punya trip dan sanggup jadi tourist guide. Alhamdulillah. =)

Kami juga tak lepaskan peluang ke Pantai Teluk Ketapang. Uish, sejuk giler kat situ. Bez main ombak dia yang berbuih-buih. haha.

Lepas solat mangrib, kitorang pergi makan-makan kat Pulau Duyong. That was my third time in Pulau Duyong. Saya tak sangka kat Pulau Duyong tu ada jeti kayu yang terapung, yang panjang, kitorang naik kat atas tu dan menikmati pandangan yang menarik di seberang sungai, ICT, berlampukan cahaya purnama 15 RabiulAwal. Seronok giler!

Keesokan paginya, pukul 8 pagi, kitorang pergi makan kat kedai makan nasi dagang kat Pasar Manir. Pada pukul 9 pagi kitorang bertolak ke Kelate yang di lead oleh Farah. Ada konflik jugak time tu nak lalu jalan mana. Hihi. Last-last kitorang lalu jalan pantai. Bez jugak lalu kut jalan pantai sebab boleh tengok rumah orang dll. *malas nak tulis*

Sampai je kat Pasir Mas, check-in rumah tumpangan, rehat sekejap then keluar pergi makan dan jalan-jalan malam tu kat Wakaf Che Yeh. Petang tu kitorang pergi ke Rantau Panjang. Barang-barang giler murah kat situ. Baju sehelai RM10, blouse RM20, makanan, beras pun murah.

Lewat jugaklah kitorang balik malam tu. Kul 12 malam baru sampai rumah. Jauh jugak saya rasa nak pergi ke Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang tu.

Sebab letih giler, saya tidur nyenyak giler malam tu. Hilang semua rasa penat lelah memnadu pagi tu. So, wedding trip ke Tanah Merah (rumah Miss Ilya) begins.

Sesat jugaklah kitorang. Dua kali pusing, sekejap kata kut tu, sekejap rasa kut ni. Alhamdulillah kul 3 petang, kitorang sampai kat rumah miss. Kul 3 petang tu. Tak pernah lagi saya sampai rumah pegantin kul 3 petang Hoho.

Tapi yang best nya mari lambat ni boleh ambil gambar banyak-banyak. Miss yang dah jadi madam nampak sangat bahagia, tersenyum je sepanjang masa. Suami dia nampak sangat ramah, kelakar dahla ada lesung pipit. Memang bagai pinang di belah dua lah! Tahniah Miss!



Setakat ni sajalah coretan perjalan wedding trip ni.

No comments:

Post a Comment