Saturday, January 11, 2014

YEAY!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kenapa YEAY!!?? Hehe.

Sebabnya Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk daki Bukit Panorama 6hb baru ni. Hehe. Tak sangka dapat daki sampai ke puncak. Masa tak sampai separuh jalan pun lagi, saya rasa nak give up sebab sakit peha betis seme sakit. Dahlah bernafas kuat giler. Malu kat orang. Haha. Sebabnya nampak sangat ta fit sebab nafas tercungap-cungap. Ngeee.

Tapi yang kelakar time mendaki tu, setiap kali kitorang rasa macam "Bila nak sampai ni?" Jazli mesti akan kata "Sikit lagi sikit lagi" padahal jauh lagi. Haha. Tapi kata-kata semangat macam tu yang kita inginkan sebabnya, macam psychology la. Minda kita akan rasa dah dekat dan semangat tak lah luntur di tengah jalan. Thanks to Jazli. Huhu. *okey nama Jazli masuk blog saya*
Masa tu tak sangka walaupun lelah giler-giler, tapi saya antara terawal sampai ke puncak. Boleh tahan spirit. Haha. *poyo je*

Lepas dah sampai, apa lagi ambil gambarlah. Sangat mengagumi kebesaran Allah sebab bila tengok dari atas, cantik sangat pemandangan. Masa tu saya terfikir, "Semua makhluk yang ada di langit dan di bumi ni, semunaya berzikir memujiNya". Rugi la kalau sampai kat atas, sikit pun kita tak kagumi kebesaran Allah dan zikir sekali. Wuhuu.

Lepas dah puas ambil gambar, kitorang tak lepaskan peluang baca na'thurat kat puncak tu. Tenang dan sejuk. Ma'thurat recitation is led by Jazli. *Eh, Jazli lagi*

Masa turun bukit tu, kaki menggeletar kot. Susah jadinya nak turun tangga. Saya sangat berpuas hati. Saya bukannya tak nak naik bukit masa setahun yang lepas, tapi sebab saya pernah ada kecederaan pada pinggang so saya takutlah. Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja.

Lepas dah mendarat, kitorang lapar! Jom gi makan! Saya makan nasi dagang. Sedap macam masakan kat Terengganu jugak. Mulalah teringat kat kampong. Ngee.

Kami jalan-jalan kat muzium sungai lembing tu. Saya dah pernah pergi dah dulu. So, kali ni biarlah diorang merasa plak. Ikut je lah. Tak membosankan pun sebab pergi ramai-ramai kot. Huh?

Lepas tu balik la. Ok malas dah nak menaip. 

Nah, gambar untuk tatapan:




No comments:

Post a Comment