Wednesday, June 27, 2012

Partner Skill Test

Assalamualaikum..

Actually I wanna tell you a story of my second partner during skill test on 12th June 2012. Why do I want to tell you about him? This is because I am amazed by his skill - slit lamp, Binocular Indirect Opthalmoscope (BIO), condensing lens and so on. His skill is very good.

Siapakah dia?
Fazril Akmal Azali.

Orang terengganu cakap 'dia wak ikot dang je tapi menjadi'. Tak tahu rahsianya apa, tapi, menjadi! He found what need to be searched, he managed to do it fast and with confidence. Saya teringin untuk belajar daripada dia.
Semasa skill test, selalunya 'lecturer' tetapkan perempuan akan berpasangan dengan lelaki. Ini adalah WAJIB! Huhu.. Nak buat macam mana, terima lah. Katanya, kalau perempuan sesama perempuan macam dah terbiasa dah, kalau buat dengan lelaki, mungkin gelabah sebab tidak biasa dan 'patient' pun bukan selalunya sama jantina dengan kita,kan? Hmmm..

Fazril tak lulus untuk 'round' yang pertama. Dia cuma diekhendaki untuk 'repeat' satu 'test' sahaja iaitu Keratometry. The difference between his reading and sir is only 0.50. It is quite high actually. Tetapi dia punya 'skill' memang cam orang 'expert' + dengan muka selamba dia. Keep it up! ^_^


Fazril yang sebelah kiri ye! Sebelah kanan tu lecturer kitorang

Adeq =)

Assalamualaikum..

Hehe..Sementara tengah tunggu solat isya' ni saya 'update' blog jap. Hehe..

Ok, hari ni saya nak 'update' pasal satu sajak karya adik saya, Nur Arina Suhaila


Kanan sekali itulah adik saya




TITLE: SWEET MELODY

This sweet melody,
And I've strongly perfect in,
It is coupled sweet melody.

Just by looking at you,
I can't have the second look,
But, it is just in my mind.

This feeling is over weird,
When I'm be the melody,
And you just too sweet.

I want hurt no more,
Let's just be us two,
Honestly telling the truth.

This sweet melody,
Finally have this two,
And it is just perfect,
Sweet ending love story.

The end.

Actually, I don't really understand what she is trying to say. But, I am just post it here to appreciate her talent. I think she can go far but, she must has great effort to strengthen her skill. Hopefully, she can reach her dreams.
Dia karang benda ni masa 'on the way' nak ke Kuantan.*dapat idea time tu dalam kereta.
Kalau Allah nak bagi tu, kat mana-mana pun boleh!

>.^

Tuesday, June 26, 2012

SEM2 TAHUN2

Assalamualaikum..

Berakhir sudah sem 2 tahun 2 pada 12 Jun 2012 lalu. Menghadapi musim dan minggu peperiksaan yang sangat dahsyat amat meletihkan! Tidak terbayang macam mana saya mampu untuk mengharungi semua itu. Oh, Ya Allah!

Daripada hari pertama peperiksaan hanya satu perkara yang sangat merunsingkan kami budak-budak opto. SKILL TEST! Selain itu, perkara paling dahsyat ialah kami menjawab soalan yang sangat kritikal dan dahsyat hampir kesemua subjek! Ada soalan yang saya tidak pernah mendengarnya, ada soalan yang saya langsung tak ingat apa yang pernah tertulis dalam nota! Saya hanya bantai je menjawab soalan tersebut di dalam peperiksaan mengikut apa yang pernah didengar, apa yang saya  pernah ingat. Huh! Teruk kan? Subhanallah. Tetapi setiap hari kami lalui dengan tabah dan sabar. Kami ingin lulus semua kertas peperiksaan. Melangkah penuh berani ke dalam dewan peperiksaan seperti orang yang siap sedia berperang. Padahal tak pun. Hahaha

Setelah tamat kertas terakhir pada 9hb Jun 2012, saya tetap merasakan masih ada perkara yang tidak menyedapkan hati ini.Skill test yang dinanti-nantikan pun tiba. Hendak dijadikan cerita, pada pagi hari peperiksaan itu, rombongan kereta saya adalah yang terawal bergerak dari Mahalah Maimunah 5. Tiba-tiba, Hani mendapat panggilan daripada Kak Jannah (kalau tak silap), mereka meminta kami berpatah balik ke mahalah, kerana katanya keretanya terkunci dan kunci tertinggal di dalam! Mujurlah kami semua bersiap dan turun awal untuk ke Jalan Hospital Campus (JHC). Jam waktu tu menunjukkan hampir pukul 7.30. Pada masa itu, kereta saya sudah sampai ke traffic light kedua dari UIA. Kami pun berpatah balik dan apa yang saya harapkan dalam hati, biarlah kami semua sempat sampai tepat pada waktunya ke JHC. Kami semua dikehendaki sampai ke klinik pada pukul 8 pagi. Tidak dapat saya bayangkan apa yang akan terjadi sesampainya kami ke sana sekiranya terlewat.

Setelah sampai semula di UIA, kami bertungkus-lumus menolong Kak Jannah membuka keretanya. Nak tergelak pun ada bila teringat balik. Mujur ada satu tingkap yang terbuka sedikit memudahkan kerja kami untuk membuka tingkap itu menggunakan butang membuka tingkap yang automatik menggunakan kayu. Alhamdulillah, dengan berjayanya membuka tingkap tersebut, maka kami berjaya menyelesaikan masalah kereta terkunci. YES!WE DID IT! Tidak silap saya, kami mengambil masa hampir 10 minit jugak rasanya. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya di JHC. Allah masih mahu membantu kami.

Skill test bermula lebih kurang pukul 8.45. Kali ini, skill test ini diuruskan sepenuhnya oleh Madam Wafirah. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada K.Hawa, Fahmi, Jazli, K.Suyi,   Farah, Zai, Syukri, Hani, Nasrul, Hazwan dan Awatif.
Kumpulan kedua pula terdiri daripada saya, Fazril, Amalina, Sarizi, K.Jannah, Fakruddin, Asma, Syazwan, Ain dan Yusof. Skill test untuk kumpulan kedua bermula pada pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Pada hari itu, terdapat empat orang yang lulus untuk percubaan pertama. Mereka ialah K.Hawa (daripada kumpulan pertama), saya, K.Jannah dan Fakruddin (daripada kumpulan kedua).

Kepada yang tidak lulus pada peringkat pertama diberi peluang untuk 'repeat' pada hari itu juga. Lecturer mana la yang nak balik bercuti lambat kan?haha..

Sebenarnya kalau nak cerita pasal lulus ni, sebenarnya tidaklah menunjukkan apa-apa signifikan pun. Hal ini adalah kerana, tidak semestinya yang LULUS itu adalah yang terbaik dan yang tidak lulus itu sebaliknya. Malah kami sebenarnya belajar lebih lagi apabila 'repeat' ini. 'Repeat' ini adalah perkara biasa bagi budak opto dalam skill test. No need to feel sad or down, but it is a way of learning.

Sekarang kami boleh bercuti dan bergumbira selayaknya (errkk..OVER!)haha..

Visit to HOYA!

Assalamualaikum..

I am not sure whether am I still remember vividly what happens on our visit to HOYA. Pertama-tamanya saya nak memperkenalkan apa itu H-O-Y-A. HOYA adalah sebuah syarikat yang menghasilkan lens yang bermutu tinggi berpangkalan di Jepun. HOYA ada membuka cawangan di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. If you really want to know the exact place of this factory, I think you should ask 'PAK CIK GOOGLE'. haha.. *malas den nak mencarinya

Saya tidaklah ingat sangat tarikh secara tepatnya bila kami pergi ke sana. But, if I am not mistaken, we went there on 25th of April 2012. Rasanya hari itu adalah cuti umum. Oh, I really cannot remember the exact date!Huh! *Teruk betul daya ingatanku.

Oh, tiba-tiba jadi malas nak menulis. Hehe.. Jangan marah. Saya tetap akan ceritakan serba sedikit pasal lawatan kami ke sana. *Macam orang menulis laporan yang dah terlepas due-date dah. Haih!


Kami bertolak boleh katakan agak lambat la. Tapi, tak adalah lambat sangat pun. Dari tentatif yang kami sediakan, kami terlambat hampir satu jam. Hampir je, tak sampai satu jam lagi. Huhu. Errkkk

Sampai-sampai je ada dua orang kakak yang cantik menyambut kami. *Sori, I do not remember their names. Biasalah jumpa sekali tu je. Apa nama diorang eh? Haha. Sori. Really cannot remember. *Short memory loss kah? errkk

Di sana kami diberi penerangan tentang apa itu lens, kepelbagaian jenis lens, cara menghasilkan lens dan lain-lain. Lawatan yang agak meletihkan nak-nak masa lawat kilang diorang. Fuhh! Giler penat masa tuh!
Selepas penerangan diberikan di dewan kecil di sana, kami dikehendaki berkumpul di kilang HOYA selepas solat zuhur. Inilah saat kemuncak lawatan kami. Oh, memang sangat-sangat menantikan lawatan ke kilang HOYA. I am sure everyone is waiting for this moment! Huhu.. Kami solat zuhur di surau yang terletak di kilang HOYA. Kecil giler surau kat sana yang hanya boleh memuatkan sehingga lebih kurang lima orang jemaah dalam satu-satu masa sahaja.

Setelah selesai solat, saya sakit perut la. Hihi. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Siapa cepat, akan ikut kumpulan yang pertama dan begitulah sebaliknya. Kalau diikutkan, saya sebenarnya termasuk dalam kumpulan pertama, tetapi oleh sebab saya sakit perut dan terpaksa ke tandas, jadi, saya ditinggalkan. Kumpulan pertama bergerak je, saya baru keluar dari tandas. Hehe.

Jadi, saya pun termasuk dalam kumpulan kedua. Pada masa itu, semua ahli kumpulan kedua yang sedang menunggu semuanya adalah lelaki. Mereka adalah Fahmi, Fakruddin, Jazli, Hazwan, Syazwan, Syukri dan Nasrul.

Ini lah abang-abang dalam grup saya



Dan SAYA! Pada masa itu, hanya saya seorang sahaja perempuan! Mereka semua betul-betul ingat yang hanya saya seorang sahaja perempuan untuk ahli grup tu. Tetapi, sebenarnya tidak. Ada sekali, Kak Jannah, Zai dan Farah. Kebanyakan perempuan di grup satu.


Ini pulak gambar kami semua



Kami bertolak pulang pada lebih kurang pukul 4 petang. This experience is so amazing!
Gambar kenangan terakhir di HOYA

Blog saya kah?

Assalamualaikum..

huhu..actually it has been awhile i do not update my blog. The worst is I cannot remember my blog's address! Teruk giler rasa! haha..