Tuesday, June 26, 2012

Visit to HOYA!

Assalamualaikum..

I am not sure whether am I still remember vividly what happens on our visit to HOYA. Pertama-tamanya saya nak memperkenalkan apa itu H-O-Y-A. HOYA adalah sebuah syarikat yang menghasilkan lens yang bermutu tinggi berpangkalan di Jepun. HOYA ada membuka cawangan di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. If you really want to know the exact place of this factory, I think you should ask 'PAK CIK GOOGLE'. haha.. *malas den nak mencarinya

Saya tidaklah ingat sangat tarikh secara tepatnya bila kami pergi ke sana. But, if I am not mistaken, we went there on 25th of April 2012. Rasanya hari itu adalah cuti umum. Oh, I really cannot remember the exact date!Huh! *Teruk betul daya ingatanku.

Oh, tiba-tiba jadi malas nak menulis. Hehe.. Jangan marah. Saya tetap akan ceritakan serba sedikit pasal lawatan kami ke sana. *Macam orang menulis laporan yang dah terlepas due-date dah. Haih!


Kami bertolak boleh katakan agak lambat la. Tapi, tak adalah lambat sangat pun. Dari tentatif yang kami sediakan, kami terlambat hampir satu jam. Hampir je, tak sampai satu jam lagi. Huhu. Errkkk

Sampai-sampai je ada dua orang kakak yang cantik menyambut kami. *Sori, I do not remember their names. Biasalah jumpa sekali tu je. Apa nama diorang eh? Haha. Sori. Really cannot remember. *Short memory loss kah? errkk

Di sana kami diberi penerangan tentang apa itu lens, kepelbagaian jenis lens, cara menghasilkan lens dan lain-lain. Lawatan yang agak meletihkan nak-nak masa lawat kilang diorang. Fuhh! Giler penat masa tuh!
Selepas penerangan diberikan di dewan kecil di sana, kami dikehendaki berkumpul di kilang HOYA selepas solat zuhur. Inilah saat kemuncak lawatan kami. Oh, memang sangat-sangat menantikan lawatan ke kilang HOYA. I am sure everyone is waiting for this moment! Huhu.. Kami solat zuhur di surau yang terletak di kilang HOYA. Kecil giler surau kat sana yang hanya boleh memuatkan sehingga lebih kurang lima orang jemaah dalam satu-satu masa sahaja.

Setelah selesai solat, saya sakit perut la. Hihi. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Siapa cepat, akan ikut kumpulan yang pertama dan begitulah sebaliknya. Kalau diikutkan, saya sebenarnya termasuk dalam kumpulan pertama, tetapi oleh sebab saya sakit perut dan terpaksa ke tandas, jadi, saya ditinggalkan. Kumpulan pertama bergerak je, saya baru keluar dari tandas. Hehe.

Jadi, saya pun termasuk dalam kumpulan kedua. Pada masa itu, semua ahli kumpulan kedua yang sedang menunggu semuanya adalah lelaki. Mereka adalah Fahmi, Fakruddin, Jazli, Hazwan, Syazwan, Syukri dan Nasrul.

Ini lah abang-abang dalam grup saya



Dan SAYA! Pada masa itu, hanya saya seorang sahaja perempuan! Mereka semua betul-betul ingat yang hanya saya seorang sahaja perempuan untuk ahli grup tu. Tetapi, sebenarnya tidak. Ada sekali, Kak Jannah, Zai dan Farah. Kebanyakan perempuan di grup satu.


Ini pulak gambar kami semua



Kami bertolak pulang pada lebih kurang pukul 4 petang. This experience is so amazing!
Gambar kenangan terakhir di HOYA

No comments:

Post a Comment