Tuesday, June 26, 2012

SEM2 TAHUN2

Assalamualaikum..

Berakhir sudah sem 2 tahun 2 pada 12 Jun 2012 lalu. Menghadapi musim dan minggu peperiksaan yang sangat dahsyat amat meletihkan! Tidak terbayang macam mana saya mampu untuk mengharungi semua itu. Oh, Ya Allah!

Daripada hari pertama peperiksaan hanya satu perkara yang sangat merunsingkan kami budak-budak opto. SKILL TEST! Selain itu, perkara paling dahsyat ialah kami menjawab soalan yang sangat kritikal dan dahsyat hampir kesemua subjek! Ada soalan yang saya tidak pernah mendengarnya, ada soalan yang saya langsung tak ingat apa yang pernah tertulis dalam nota! Saya hanya bantai je menjawab soalan tersebut di dalam peperiksaan mengikut apa yang pernah didengar, apa yang saya  pernah ingat. Huh! Teruk kan? Subhanallah. Tetapi setiap hari kami lalui dengan tabah dan sabar. Kami ingin lulus semua kertas peperiksaan. Melangkah penuh berani ke dalam dewan peperiksaan seperti orang yang siap sedia berperang. Padahal tak pun. Hahaha

Setelah tamat kertas terakhir pada 9hb Jun 2012, saya tetap merasakan masih ada perkara yang tidak menyedapkan hati ini.Skill test yang dinanti-nantikan pun tiba. Hendak dijadikan cerita, pada pagi hari peperiksaan itu, rombongan kereta saya adalah yang terawal bergerak dari Mahalah Maimunah 5. Tiba-tiba, Hani mendapat panggilan daripada Kak Jannah (kalau tak silap), mereka meminta kami berpatah balik ke mahalah, kerana katanya keretanya terkunci dan kunci tertinggal di dalam! Mujurlah kami semua bersiap dan turun awal untuk ke Jalan Hospital Campus (JHC). Jam waktu tu menunjukkan hampir pukul 7.30. Pada masa itu, kereta saya sudah sampai ke traffic light kedua dari UIA. Kami pun berpatah balik dan apa yang saya harapkan dalam hati, biarlah kami semua sempat sampai tepat pada waktunya ke JHC. Kami semua dikehendaki sampai ke klinik pada pukul 8 pagi. Tidak dapat saya bayangkan apa yang akan terjadi sesampainya kami ke sana sekiranya terlewat.

Setelah sampai semula di UIA, kami bertungkus-lumus menolong Kak Jannah membuka keretanya. Nak tergelak pun ada bila teringat balik. Mujur ada satu tingkap yang terbuka sedikit memudahkan kerja kami untuk membuka tingkap itu menggunakan butang membuka tingkap yang automatik menggunakan kayu. Alhamdulillah, dengan berjayanya membuka tingkap tersebut, maka kami berjaya menyelesaikan masalah kereta terkunci. YES!WE DID IT! Tidak silap saya, kami mengambil masa hampir 10 minit jugak rasanya. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya di JHC. Allah masih mahu membantu kami.

Skill test bermula lebih kurang pukul 8.45. Kali ini, skill test ini diuruskan sepenuhnya oleh Madam Wafirah. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada K.Hawa, Fahmi, Jazli, K.Suyi,   Farah, Zai, Syukri, Hani, Nasrul, Hazwan dan Awatif.
Kumpulan kedua pula terdiri daripada saya, Fazril, Amalina, Sarizi, K.Jannah, Fakruddin, Asma, Syazwan, Ain dan Yusof. Skill test untuk kumpulan kedua bermula pada pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Pada hari itu, terdapat empat orang yang lulus untuk percubaan pertama. Mereka ialah K.Hawa (daripada kumpulan pertama), saya, K.Jannah dan Fakruddin (daripada kumpulan kedua).

Kepada yang tidak lulus pada peringkat pertama diberi peluang untuk 'repeat' pada hari itu juga. Lecturer mana la yang nak balik bercuti lambat kan?haha..

Sebenarnya kalau nak cerita pasal lulus ni, sebenarnya tidaklah menunjukkan apa-apa signifikan pun. Hal ini adalah kerana, tidak semestinya yang LULUS itu adalah yang terbaik dan yang tidak lulus itu sebaliknya. Malah kami sebenarnya belajar lebih lagi apabila 'repeat' ini. 'Repeat' ini adalah perkara biasa bagi budak opto dalam skill test. No need to feel sad or down, but it is a way of learning.

Sekarang kami boleh bercuti dan bergumbira selayaknya (errkk..OVER!)haha..

No comments:

Post a Comment