Thursday, December 1, 2022

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim



Saya telah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kereta saya rosak terutama di bahagian tepi sebelah kiri.

Rim tayar kereta di sebelah depan kiri saya rosak teruk dan keempat-empat tayar mesti ditukar kerana tidak boleh mengganti hanya satu rim sahaja disebabkan oleh ketiadaan model rim tersebut.

Kemalangan itu berlaku kerana saya ingin memberi laluan kepada kereta bertentangan agar dapat lalu di kawasan jalan tar yang lebih elok kerana laluan tar untuk kereta dari arah bertentangan agak landai dan semakin hari dilihat semakin landai. Saya kasihan kepada kereta kancil itu kerana keretanya kecil dan dibimbangi tidak stabil jika melalui jalan landai tersebut.

Ketika saya mengambil side ke tepi sedikit ke arah semak, tiba-tiba kereta saya terlanggar tunggul yang berada di bahu jalan tersebut. Tunggu kayu itu sangat ampuh dan besar. Saya tidak nampak tunggul kayu tersebut kerana ia agak rendah dan sedikit tercorot ke dalam semak-samun. Bunyi hentakan yang kuat kedengaran dan kereta saya berpusing 360 darjah sebelum jatuh ke dalam parit atau tali air. 

Ketika jatuh berundur ke dalam parit, saya hanya mampu berdoa kepada Allah; "Ya Allah, janganlah bagi kereta ni masuk ke dalam air."

Alhamdulillah kalau tengok dalam gambar sebenarnya sikit lagi kereta saya nak masuk ke dalam air. 😭😭😭

Apa-apa pun semuanya dalam keadaan selamat dan saya mengalami cedera ringan sahaja; sakit di bahagian dada dan luka (parut harry potter) di dahi. Aku dihantar ke hospital di bahagian kecemasan dan selesai pemeriksaan pada pukul 10 malam. 

Hasil daripada tindakan pantas abah, kereta tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke bengkel. Semuanya siap dibaiki dalam masa tiga hari sahaja. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan. Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi. B


No comments:

Post a Comment