Friday, July 9, 2021

Kak El, I'm Gonna Miss You

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita pemergian kawan serumah saya di Kuala Lumpur. Arwah merupakan seorang jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Amat mengejutkan. Arwah masih muda berumur 32 tahun. Beliau meninggalkan kami semua ke negeri abadi pada tanggal 4 Julai 2021. 😢

Saya tak ada sangat gambar dengan Kak El. Di sini saya letakkan sekeping gambar Kak El (ambil daripada Facebook Kak El) untuk dijadikan kenangan. 



Kami tahu, sebagai jururawat di hospital besar, arwah sentiasa sibuk. Tetapi arwah sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat selalu. Kematian arwah katanya dikaitkan dengan overwork. Wallahualam. Keputusan SWAB COVID menunjukkan keputusan ujian adalah negatif. 

Sepanjang saya tinggal di Kuala Lumpur, arwah adalah seorang kakak yang baik. Selalu rajin memberikan semangat dan nasihat kepada saya. Yang paling saya ingat ialah ketika hanya saya dan arwah yang ada di rumah tersebut. Penghuni lain ada yang belum pulang daripada kerja dan ada yang pulang ke kampung. Malam itu, arwah balik lambat dan saya kebetulan ada di ruang tamu sedang melipat kain. So, sebelum arwah masuk tidur, lama kami menghabiskan masa dengan bersembang di ruang tamu tersebut.  Itu merupakan memori yang paling kuat yang saya ada semasa bersama-sama dengan arwah.

Masih kuat dalam ingatan ketika hari terakhir saya di Kuala Lumpur, arwah lah yang tolong saya mengangkat barang ke dalam kereta sebelum saya berangkat ke Kedah. Thank You, Kak El. Ingatkan boleh jumpa lagi selepas daripada itu, tetapi Allah lebih menyanyangi Kak El. 😢

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. We will always remember you, Kak El. 😢  

No comments:

Post a Comment