Saturday, September 4, 2021

TUNNEL

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


TUNNEL.

Sebuah drama KOREA yang mempunyai 16 episod. 

Berdasarkan tajuk drama tersebut, ia berkisar tentang kematian yang berlaku di sebuah tunnel pada tahun 1987. Sebanyak enam mangsa yang dibunuh secara bersiri dan pihak polis tidak mampu menangkap pembunuhnya sehinggalah kes dibawa ke tahun 2017. 

Pada suatu hari, seorang anggota polis merentas masa dari tahun 1987 ke tahun 2017 ketika sedang mengejar pembunuh tersebut. Malangnya, anggota beliau tidak sempat melihat wajah pembunuh itu.

Ketika merentas masa dan sampai ke tahun 2017, beliau tidak perasan akan perubahan zaman yang dialami sehinggalah keesokan harinya apabila beliau melihat keadaan pejabat berubah dengan begitu drastik sekali. 

Maka, sejak daripada hari tersebut, beliau tidak dapat kembali ke masa silam semula dan bermulalah perjalanan beliau menjejaki pembunuh tersebut kerana setelah 30 tahun menghilangkan diri, pembunuh bersiri tersebut kembali muncul dan melakukan pembunuhan semula. 

Saya tidak menyesal sama sekali menonton drama ini. Kadang tu sampai menonton 2-3 kali tapi tak pernah bosan pun sebab jalan ceritanya sangat menarik. Ditambah pula dengan para pelakon yang terbaik dipilih untuk menjayakan watak dalam drama tersebut.

Sangat recommend untuk menonton drama ini. Saya bagi 10/10 bintang. ⭐  




No comments:

Post a Comment