Monday, August 12, 2013

my very first day at premise

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini tanggal 12 Ogos 2013, hari Isnin, 5 Syawal, saya start berpraktikal di premise. Rasa berat hati ada jugak la sebab raya ke-5 kan. Hoho

Saya datang ke kedai Sanadi pukul 9.15 am ikut jam di mesin punch card dia tu. Tapi, jam tangan saya masa tu 9.25 am dah. Tak tahu lah jam mana satu yang betul. Kita ikut jam kedai je la. Hmmmm

Hari ini, kakak saya yang hantar sebab tak tahu nak parking kereta kat mana. Dahlah semua tempat berbayar, mahal pulak tu. Mana ada perkataan murah dah sekarang ni.

Eh, jap-jap, tengah nak ambil feel nak cerita asal first day kat premise ni. Feeling tak mari la pulak.

------------------------------------INTERMISSION---------------------------------------

Haha.

Macam mana saya nak simpulkan hari pertama saya ye? Ada perasaan berdebar sikit kot haha  *padahal tak rasa berdebar sangat pun*

Masa saya sampai tu, En Sanadi (bos) dah pesan dah supaya jumpa dengan Puan Azura. Masa bos sebut nama Azura tu saya bayangkan dia berisi sikit, tua, pakai cermin mata. Tapi, bila juma semuanya opposite. She is around 28 or 29 years old, not wearing spectacles and slender. She is married with a child. Dia dah kerja lama dekat Sanadi tu. Paling lama la antara ramai-ramai kat kedai tu. Lepas dia grad jer, dia terus kerja kat situ, now dah 5 tahun dah dia kerja kat situ. So, di pendekkan cerita, saya ni atau mana-mana budak-budak praktikal akan duduk di bawah pantauan dia.

Kedai Optometris Sanadi


Ada seorang pekerja baru yang masuk hari ni. Nama dia Fatin, 20 tahun orang Marang. Jauh kot nak sampai ke bandar tu dari Marang. Mula-mula dia macam susah sikit nak ajak borak, tapi lama-lama best woo borak ngan dia. Ramah je pun orangnya. Mungkin sebab pagi tadi dia baru masuk, so dia pun baru nak adapt macam saya jugak. Lol

Macam-macam jugak kami borak. Sebelum kerja kat Sanadi, dia pernah sambung belajar, tapi sebab tak minat dengan kos tu, so, dia berhenti. Lepas tu dia kerja kat eTiQa, sebelum apply kat Sanadi.

Hah! Lupa nak cakap masa awal-awal tadi, kat kedai ni, ada senior UIA kerja kat situ. Alhamdulillah. Hehe. Lega la sikit sebab rasa macam ada orang jaga. Wah3.

Kak Fad dah sebulan lebih kerja kat situ. Banyak la cerita-cerita yang Kak Fad kongsi dengan saya. Bagi saya Kak Fad seorang yang sangat berprinsip. Adalah sebabnya kenapa saya simpulkan macam tu. Dia bagi tipstips sikitlah kat junior ni. Siapalah yang nak share kat junior kalu bukan senior kita sendiri kan?Thanks Kak Fad ;) #FamilyFarFromHome

Saya ingatkan hari ini bos tak masuk, aik, tengok-tengok bos masuk rupanya. Dia bagi keizinan kat saya balik kul 5 petang *YEAY!! dan keizinan untuk potong lens. Tapi saya je yang takut kalu tak jadi nanya saya. Haha. Semua staf-staf kat situ baik-baik belaka.

Apa lagi yang saya buat hari ini ye? Hmm, susun spec bagi cantik, susun biar nampak price tag tu. Sebenarnya banyak cerita nak kongsi. Tapi tak dapat nak kongsikan di sini. Hmmmmm.

*Sambung balik cerita perenggan atas* Saya tengok refraction yang Kak Fad & Kak Hawa buat. Still tak dapat perform lagi hari ini. Sad beribu-ribu kali. Dah orang tak bagi, nak mintak pom tak berani. Tak pe, lain masa insyaAllah. Tapi katanya saya hanya boleh buat refraction kat student sahaja. Ok-lah. At least dapat jugak buat refraction.

Target saya, saya nak buat at least 1 refraction dan potong satu spec setiap hari. *Boleh ke dok, dok au. Haha
InsyaAllah akan di usahakan.

Tadi pom ada check power lens dan check PD lens yang dah siap potong. Tolong pilih lens untuk customer. Belajar macam mana nak handle customer yang mari nak main-main je. *Khepok palle kang haha


Best jugak hari ni, nak-nak time customer ramai. Rasa macam meriah la pulak. Bersusun customer menunggu giliran untuk masuk ke bilik refraction. Ada yang sampai mengeluh, "Hei, lamanya~"

Macam-macam lah customer ni. Biasalah bila orang pergi kat kedai spec ni, aim diorang yang paling penting ialah tak payanh tunggu lama-lama macam kat hospital tu. Kalau kat hospital, datang lah awal mana pun, your number will be called two hours later. Sedih kan? Sebab apa jadi macam tu, you know? Patient dah la ramai, banyak pulak tu test kena buat hanya untuk seorang patient sahaja. Patient pulak datang dengan bermacam-macam jenis penyakit.


Ada jugak customer yang nak spec sebijik macam yang dia pakai sekarang. Mana nak jumpa yang sebijik? Haih. Ada yang jenis hepi-hepi. Kita nak layan dia pun tak stress. Ada yang muka garang. Berkerut je muka tu.

Sebenarnya, hari pertama pun dah mengantuk sebenarnya. Hihi.
Mengantuk menguap la time customer tak dop. Selain duk borak-borak dan bergosssiippsss. Hehe.

Katanya bos nak transfer Kak Fad, Kak Hawa, Kak Fifi & Fatin ke Dungun sebab Dungun nak pakai ramai orang. Sedih lah saya kalau Kak Fad tak dop :(
Kenapa bos nak tukar mereka sekarang? Time saya posting? *Boleh pulak tanya macam tu hihi
Hmmm......

Tadi jugak tak disangka-sangka ustaz yang mengajar masa sekolah rendah datang ke kedai Sanadi. Saya tertanya-tanya, betul ke ustaz ni ar? Kang salloh orang kang parok. Tapi tak salah untuk bertanya. Hehe.

Saya tak ingat nama ustaz sebenarnya. (Hehe. Nama ustaz Ustaz Mokhtar la hehe) Dah la ustaz tu ustaz sekolah rendah. Ustaz pulak tak pernah mengajar saya. Dia mengajar kakak saya. Saya pun pergilah approach ustaz:

S: Ustaz pernah mengajar sekolah belada ke? *Hehe
U: Ye.
S: Oh, saya anak murid ustaz la ni.

Ustaz pun tanya nama saya dan kitorang pun borak la bla bla bla bla

Ustaz sekarang jadi tukang kawen ke orang (tok kadi) dan imam kat masjid Pulau Rusa. Rumah ustaz dekat dengan masjid Pulau Rusa katanya. Alhamdulillah.

Biarlah cikgu tak kenal kita pun, sebab anak murid cikgu ramai. IMPOSSIBLE lah cikgu nak ingat semua orang, kan? So, kita sebagai anak murid ini lah yang kena tegur dulu. Tak tahu kenapa rasa seronok pulak jumpa ustaz. Mungkin sebab lama tak jumpa kot. Huhu. Ustaz masih sihat lagi. Alhamdulillah. Masih hensem macam dulu. Haha.

Saya diberi HOMEWORK orang putih kata. Where I need to present all types of lenses exist in this world. The presentation is tomorrow. BAGUS kan ada homework ni? Dia kata nak bagi homework tiap-tiap hari kat saya. Baguslah~


Setakat ini lah dulu kot. Lenguh la menulis. Ingat tak lenguh ke menaip? Haha. Nak mintak diri nak buat homework dulu.

Sekian.

Kita kena senyum je walau apa pun yang terjadi. *ye la tu kan hehe
Yang penting sabar. Sabar dalam menuntut ilmu. *Peace yaww!!*




No comments:

Post a Comment