Monday, January 25, 2016

Jod-doh

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.....


JODOH



Sebenarnya aku tak berapa suka sangat untuk cerita pasal tajuk ni? Tau kenapa? Sebab seringkali kecewa. Hahahahahaha (Gelak banyak). Ini kali kedua aku berbicara soal ini di sini. 


Ramai orang berfikir, mencari jodoh itu biarlah yang mempunyai rupa, biar papa asal hensem, biar tak berakhlak mana asal hensem dan lain-lain. Dan tidak kurang juga yang salah faham terhadap diri aku dengan memandang bahawa aku melihat kepada rupa dan bukan budi dan agama.


TIPU!                                         


Semua itu adalah FITNAH buat diri aku. Pernah dengar kenyataan begini tak? Beauty is in the eye’s of the beholder.


Aku takkan pernah jatuh cinta kalau sekadar rupa. Kalau sekadar rupa sahaja yang aku tengok sebagai kelayakan untuk aku menikah dengannya, pasti, sudah berapa ramai lelaki yang aku telah jatuh cinta dan berharap untuk menjadi ‘permaisuri’ (permaisuri la sangat haha) di hatinya.


Kebiasaannya, memang rupa antara kriteria yang kita akan tengok sebab seumur hidup muka tulah yang kita akan pandang. Aku tak nafikanlah. Tetapi, untuk diri aku, aku ni jenis yang susah nak cakap ‘orang-orang biasa’ (bukan artis lah maksud aku) ni hensem. Biasanya aku akan cakap ‘Bolehlah’. Hahaha. Memang susah nak cakap seseorang lelaki tu hensem. Sebab untuk lelaki itu hensem bagi aku, aku suka untuk tengok daripada keseluruhan aspek. Bukan pada rupa semata-mata. So, it is very difficult bila kita first time tengok terus nak cakap hensem. Dan kalau dia hensem sekalipun, cukup sekadar terlintas di hati cuma sekali. Kerna aku tahu untuk menghabiskan seumur hidup dengan seseorang, paras rupalah yang paling bahaya kalau takat tu je yang kita tengok.


Dan biasanya kalau aku suka seseorang tu, aku tengok banyak aspek. Keluarga dia, perangai dia, perangai dia di media social, cara dia berinteraksi dengan berlainan jantina, cara dia berinteraksi sesame jantina, bahasa yang dia guna (kasar ke, galok ke, mencarut atau tak), semua itu kita kena perhati dan korek.


Aku suka lelaki yang nakal, peramah, kelakar, cakap banyak. Semua kriteria yang aku sebut ni yang opposite dengan diri aku. Sebab tu lah. Biasanya kita akan suka dengan yang opposite, ye dok?Kriteria yang aku paling suka ialah yang jenis nakal. Haha. Pelik je rasa taste kita. Dia mestilah lebih tinggi daripada aku, tak kecik sangat, taklah besar sangat, kulit tak nak dah la yang putih-putih, nanti kontra sangat dengan aku yang hitam ni. Umur, aku harap tua setahun dua ok lah.


Ni impian aku je, haha, tak semestinya kita akan dapat seperti yang kita mahu. insyaAllah berkat doa aku dan ibu bapa, aku dapat lelaki yang baik akhlak dan agama, tak mudah marah, sabar dengan keloqlaqan aku, dan melengkapi aku lah since of course he is not perfect and  I am as well. 


Aku pernah ada jugak cita-cita nak kahwin dengan lelaki yang biasa-biasa sahaja tidaklah terus kahwin dengan yang berharta, kenapa? Kenapa? Sebab aku ingin susah senang dengan dia. Nak bina kehidupan bersama. Ceewaaah. Bunyi dia macam poyo. Tapi, kalau Allah anugerahkan lelaki yang dah punya harta, entahlah hahaha. Malas nak pikir plak.





Yang penting tahu ukur baju di badan sendiri. Dengan kriteria yang disebut di atas, aku tak nak lah yang hensem sangat, cukuplah dia hensem bagi aku.  Beauty is in the eyes of the beholder, kan. . . . tetapi selama ni pun yang aku suka, yang hensem bagi aku lah kan..
Kita pun bukannya cantik sangat kalau nak yang hensem.


Tetapi buat masa sekarang, hati aku nak focus kepada pelajaran dulu. Selain, tidak ada orang pun yang nak kat kita kan. Sad. Haha. So, bila dah banyak kali gagal ni, kita ork la dulu. Sampai satu masa sampai jugak dia. Aku harap satu je, aku berkenanlah dengan dia. Tak terbayang kita nak kahwin dengan lelaki yang kita tak berapa tahu sangat pasal dia dan berkenan? *can I say that?* Tapi, bila dah memang orang tu jodoh kita, pasti kita akan berkenan punya, insyaAllah. 

Cuma apa yang aku harapkan ialah 'Moga tak tersalah pilihan' (macam dalam lagu 'Nur Kasih - in-team). Moga-moga tak, Amiin.


Sebab tu taaruf tu penting. Ok lah tak nak dah suka orang dulu, tak nak dah menyimpan perasaan kat sapa-sapa lepas ni. Cukuplah pengalaman lalu mendewasakan.

He will come, but, please not now. Hahaha.








study dulu,noh!



:)

No comments:

Post a Comment