Monday, August 29, 2016

Random - ulasan Majalah Gen-Q

18 OGOS 2015, SELASA
JURNAL 5: SYUKUR

Syukur. Ia merupakan sebuah kalimah agung yang membuktikan rasa kehambaan seorang manusia kepada Tuhannya. Apalah yang mampu dilakukan oleh seorang hamba tanpa belas kasihan dan bantuan daripada Allah. Oleh sebab itu, kita harus belajar menjadi hamba yang bersyukur kerana Allah menyukai orang yang bersyukur kepadaNya. Ingatlah Allah pasti menambah rezeki kepada orang yang mahu bersyukur kepadaNya.

Hanya dengan satu kalimah Alhamdulillah sahaja sudah memadai untuk membuktikan rasa syukur seorang hamba kepada Pencipta. Ayuh kita belajar bersyukur dengan sentiasa melazimi kalimah Alhamdulillah apabila menerima nikmat daripadaNya.

Beralih kepada ceirta tentang sifat ahli syurga yang disebut oleh Rasulullah SAW. Dia ialah seorang lelaki yang ibadatnya biasa-biasa sahaja, tetapi memiliki hati yang cukup bersih sehingga tidak pernah bersangka buruk terhadap orang lain dan hanya perkataan yang baik-baik sahaja keluar daripada mulutnya. Fuh! Hebat benar orang ini. Dialah yang dikenali sebagai Saad bin Abi Waqqas. Beruntunglah orang yang Rasulullah sebut sebagai bakal penghuni syurga. Dimanakah kita? Jika ingin menjadi penghuni syurga juga, apa kata kita pun beramal dengan amalan bakal penghuni syurga. Aku cuba insyaAllah.

Pernahkah anda berada dekat dengan perokok? Apakah perasaan anda pada ketika itu? Sakit hati? Sesak nafas? Itulah kesan dikelilingi perokok. Merokok membuatkan perokok berbau tidak nyaman dan boleh menyesakkan nafas orang lain dengan asap mereka. Ingatlah fatwa kebangsaan telah memfatwakan bahawa merokok itu adalah haram kerana merokok membawa keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Lama kelamaan organ-organ dalaman akan menerima kesan akibat daripada rokok. Jadi, keseronokan merokok itu hanya sementara berbanding dengan penderitaan yang akan ditanggung kelak. Oleh itu, jauhilah merokok dan perokok. Banyak produk di pasaran yang boleh membantu menghentikan ketagihan rokok. When there is a will there is a way. Berjumpalah dengan doktor agar tabiat merokok boleh dihentikan secara berperingkat dengan cara yang betul.

Mesti ada di kalangan kita yang suka bersukan, bukan? Terutamanya kepada kaum lelaki. Mereka suka beriadah bersama kawan-kawan pada waktu petang. Sesudah bermain, mereka terus ke surau atau masjid berdekatan untuk berjemaah tanpa terlebih dahulu membersihkan diri. Apakah hukum solat dengan peluh hasil daripada bermain tadi? Solatnya sah tentu sekali. Tetapi sekiranya bau badan akibat peluh boleh mengganggu jemaah lain, maka seeloknya mereka pergi membersihkan diri terlebih dahulu. Pasti ibadat menjadi lebih khusyu’ kesan daripada badan yang wangi dan bersih.


Sekian setakat ini sahaja dulu. Inilah ilmu yang dapat saya kutip pada hari ini. Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment